warkah cinta |
Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihani. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian, Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhluk, semulia-mulia ciptaan, Rasulullah s.a.w dan juga keluarga baginda dan para sahabatnya.
Wahai saudaraku yg sangat berminat dan sangat dahaga dalam mencari ilmu, seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba mendapatkan kemegahan dalam kalangan masyarakat atau untuk menarik perhatian orang ramai atau untuk menghimpunkan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah menghancurkan agamamu dan membinasakan akhiratmu untuk mendapatkan syurga dunia. Ketika ini, guru yang mengajarmu itu seperti penjual pisau kepada pembunuh.
Sabda Rasulullah s.a.w :-
" Sesiapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi di dalam maksiat tersebut."
Sabda Rasulullah s.a.w :-
" Sesiapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi di dalam maksiat tersebut."
Jikalau niatmu di dalam mencari ilmu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, bukan semata-mata hendak untuk pandai bercakap, maka hendaklah engkau bergembira kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya. Hidupan laut semuanya memohon keampunan bagimu.
Sebelum itu, hendaklah engkau mengetahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu. Bagi hidayah itu ada permulaan dan ada kesudahan, ada zahir dan ada batinnya. Engkau tidak akan sampai kepada kesudahan hidayah dan tidak akan menyelami batin hidayah kecuali setelah engkau selesai menyempurnakan segala urusan berkenaan zahir hidayah itu.
Sebelum itu, hendaklah engkau mengetahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu. Bagi hidayah itu ada permulaan dan ada kesudahan, ada zahir dan ada batinnya. Engkau tidak akan sampai kepada kesudahan hidayah dan tidak akan menyelami batin hidayah kecuali setelah engkau selesai menyempurnakan segala urusan berkenaan zahir hidayah itu.
Seandainya engkau mendapati hatimu cenderung kepadaNya dan nafsumu mahu mengikuti arahanNya, maka nanti engkau akan mampu mengharungi lautan ilmu yang luas. Jikalau engkau mendapati hatimu tidak memberi perhatian kepadaNya dan nafsumu suka berlambat-lambat dalam melaksanakan perintahNya maka ketahuilah bahawa kecenderunganmu dalam menuntut ilmu sebenarnya hanya tunduk kepada perintah syaitan. Syaitan sebenarnya menipu pemikiran engkau dengan sendiri menyangka engkau sedang berbuat perkara kebaikan tetapi padahal engkau melakukan kejahatan.
Sabda Rasulullah s.a.w :-
" Orang yang paling dahsyat siksaannya pada hari kiamat ialah orang yang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya."
Maka berhati-hatilah engkau wahai saudaraku daripada tipu daya syaitan dan janganlah engkau tunduk kepada tipuaanya. Maka celaka bagi si jahil dengan sekali celaka kerana dia tidak mahu belajar dan celaka bagi si alim dengan seribu kali celaka apabila dia tidak mengamalkannya.
Ketahuilah bahawa penuntut ilmu ini terbahagi kepada 3 keadaan :-
- Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat dengan mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan negeri akhirat. Inilah golongan orang yang beruntung.
- Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan dunia dan mendapatkan kemuliaan, pangkat serta harta. Dia menyedari hal ini dan merasakan di dalam hatinya akan kejahatan keadaan yang sedang dialaminya. Inilah golongan yang bahaya. Sekiranya dia mati sebelum bertaubat, dibimbangi mati dalam keadaan suul khatimah.
- Orang yang telah dikuasai syaitan, maka ia menjadikan ilmu yang dituntutnya sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya. Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti pakaian ulama. Pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak dan haloba dalam mengumpul kekayaan dunia. Siapa sangka dia telah diuji Allah dengan istidraj. Nafsunya juga menkhayalkan kepadanya bahawa dia adalah lebih baik daripada hamba-hamba Allah yang lain.
surat cinta |
Wahai pencinta ilmu, jadikanlah dirimu bersama dengan golongan pertama dan hati-hatilah supaya engkau tidak termasuk di dalam golongan kedua kerana bimbang kematian menjemput dahulu sebelum bertaubat. Jangan sama sekali engkau termasuk ke dalam golongan ketiga, maka engkau akan terjerumus ke jurang kebinasaan.
rujukan dan idea asal |
Semoga pencarian kita menuntu ilmu sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah. Amiin.
ReplyDeleteInsyaAllah..amin :)
Delete