Thursday 23 May 2013

Warkah Cinta buat Pencari Ilmu

warkah cinta
warkah cinta


Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihani. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian, Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhluk, semulia-mulia ciptaan, Rasulullah s.a.w dan juga keluarga baginda dan para sahabatnya.


Wahai saudaraku yg sangat berminat dan sangat dahaga dalam mencari ilmu, seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba mendapatkan kemegahan dalam kalangan masyarakat atau untuk menarik perhatian orang ramai atau untuk menghimpunkan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah menghancurkan agamamu dan membinasakan akhiratmu untuk mendapatkan syurga dunia. Ketika ini, guru yang mengajarmu itu seperti penjual pisau kepada pembunuh.

Sabda Rasulullah s.a.w :-
" Sesiapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi di dalam maksiat tersebut."

Jikalau niatmu di dalam mencari ilmu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, bukan semata-mata hendak untuk pandai bercakap,  maka hendaklah engkau bergembira kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya. Hidupan laut semuanya memohon keampunan bagimu.

Sebelum itu, hendaklah engkau mengetahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu. Bagi hidayah itu ada permulaan dan ada kesudahan, ada zahir dan ada batinnya. Engkau tidak akan sampai kepada kesudahan hidayah dan tidak akan menyelami batin hidayah kecuali setelah engkau selesai menyempurnakan segala urusan berkenaan zahir hidayah itu.

Seandainya engkau mendapati hatimu cenderung kepadaNya dan nafsumu mahu mengikuti arahanNya, maka nanti engkau akan mampu mengharungi lautan ilmu yang luas. Jikalau engkau mendapati hatimu tidak memberi perhatian kepadaNya dan nafsumu suka berlambat-lambat dalam melaksanakan perintahNya maka ketahuilah bahawa kecenderunganmu dalam menuntut ilmu sebenarnya hanya tunduk kepada perintah syaitan. Syaitan sebenarnya menipu pemikiran engkau dengan sendiri menyangka engkau sedang berbuat perkara kebaikan tetapi padahal engkau melakukan kejahatan.

Sabda Rasulullah s.a.w :-
" Orang yang paling dahsyat siksaannya pada hari kiamat ialah orang yang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya."


Maka berhati-hatilah engkau wahai saudaraku daripada tipu daya syaitan dan janganlah engkau tunduk kepada tipuaanya. Maka celaka bagi si jahil dengan sekali celaka kerana dia tidak mahu belajar dan celaka bagi si alim dengan seribu kali celaka apabila dia tidak mengamalkannya.

Ketahuilah bahawa penuntut ilmu ini terbahagi kepada 3 keadaan :-

  1. Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat dengan mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan negeri akhirat. Inilah golongan orang yang beruntung.
  2. Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan dunia dan mendapatkan kemuliaan, pangkat serta harta. Dia menyedari hal ini dan merasakan di dalam hatinya akan kejahatan keadaan yang sedang dialaminya. Inilah golongan yang bahaya. Sekiranya dia mati sebelum bertaubat, dibimbangi mati dalam keadaan suul khatimah.
  3. Orang yang telah dikuasai syaitan, maka ia menjadikan ilmu yang dituntutnya sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya. Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti pakaian ulama. Pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak dan haloba dalam mengumpul kekayaan dunia. Siapa sangka dia telah diuji Allah dengan istidraj. Nafsunya juga menkhayalkan kepadanya bahawa dia adalah lebih baik daripada hamba-hamba Allah yang lain.


surat cinta
surat cinta



Wahai pencinta ilmu, jadikanlah dirimu bersama dengan golongan pertama dan hati-hatilah supaya engkau tidak termasuk di dalam golongan kedua kerana bimbang kematian menjemput dahulu sebelum bertaubat. Jangan sama sekali engkau termasuk ke dalam golongan ketiga, maka engkau akan terjerumus ke jurang kebinasaan.

petunjuk jalan hidayah
rujukan dan idea asal

Tuesday 14 May 2013

Kisah di Sebalik Kereta Vios

vios putih
vios putih
Bismillahirrahmanirrahim...Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Baru2 ini aku bertemankan sebuah kereta Toyota Vios milik ibu kawanku menuju satu tempat percutian. Tempat percutiaan yang popular. Mencari satu destinasi untuk menjayakan family day yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Insya Allah.


Pemergianku bukan berseorangan tapi berkumpulan, bersama 3 orang coursemate dan 1 orang bukan coursemate @ jumlah dalam Vios gebu ni 2 lelaki dan 3 perempuan @ 5 orang.


think
idea menerbitkan hujah
Keadaan teknologi dan keluasan informasi sekarang ini menjadikan pemuda celik informasi. Alhamdulillah. Ilmu meningkatkan tahap pemikiran dan mematangkan diri. Sangkaan aku sedikit meleset terhadap 3 pemudi di seat belakang. Maaf buat pertama kali kerana dengan sangkaan itu. Aku ingat kamu bosan dengan isu politik sekarang yang penuh dengan politik fitnah, politik lucah, politik wang, politik jatuh menjatuhkan dan segala politik kotor yang tidak mencerminkan politik Islam. Rupa2nya kamu juga mengetahui. Ternyatalah kamu mahasiswi yang mengambil cakna hal ehwal negara.

Ini kerana mahasiswi ini adalah penyokong PR dan tidak mustahil untuk dia mengetahui kerana ramai yang menjangka akan berlaku perubahan tampuk pimpinan di Malaysia pasca PRU13 tetapi kesudahannya BN kekal memerintah. Bukan itu cerita yang ingin dimainkan tapi cerita lain. Biarlah ini menjadi pengenalan kepada isi yang ingin disampaikan.

Aku memulakan perbualan dengan isu Dap dengan menyentuh sedikit kegusaran aku tentang pengaruh Dap pasca PRU-13. Maaf, pertama sekali aku memang tidak akan menyokong Dap atas sebab2 tertentu. Ternyata ucapan pembukaan aku menyebabkan 3 ahli panel di belakang mencelah. Perbincangan kami sememangnya kecoh kerana pandangan aku berlawanan dengan semua ahli forum Toyota Vios.

Situasi sekarang 4 vs 1. Aku andaikan hanya 2 vs 1 sebab 2 mahasiswi ini yang banyak menyoal dan menentang pendapat aku. Aku menyokong penuh seruan mengundi calon Muslim berwibawa yang dibawa oleh Isma. Manakala ahli forum lain adalah jelas penyokong PR. Tanpa ragu2, jelas seruan undilah calon muslim berwibawa tidak disambut sepenuhnya dari penyokong PR ( penyokong BN pun sama ). Ternyata terbukti apabila 2 ahli panel Vios tetap kukuh akan memilih calon dari PR walaupun dia calon bukan Islam dan terdapat di situ calon Islam lain. Hujahnya ialah akan merugikan PR untuk menumbangkan BN.

Aku banyak menghadiri dan mendengar ceramah tentang kewajipan mengundi calon muslim berwibawa menyebabkan aku yakin dengan apa yang aku perjuangkan dan aku tidak teragak2 untuk menyebarkannya pada orang lain. Anggapan aku kali ini tepat iaitu 4 ahli forum ini masih lagi belum mendengar hujah tentang seruan undilah calon muslim berwibawa. Terpaksalah aku untuk menerangkan sedikit sebanyak yang aku ingat.

Walaupun pelbagai hujah aku telah gunakan, semua ahli forum Vios masih belum dapat menerima hujahku. Mereka tetap bertegas dan berdiri atas pendirian mereka. Akhirnya semua mendapat satu keputusan iaitu bersetuju untuk tidak bersetuju.

Setelah semua selesai dan sudah sampai ke kolej, aku merenung seketika. Banyak juga yang aku belajar dalam forum Vios tu. Apa yang kami bincangkan adalah perihal politik yang mana bukanlah course atau kepakaran kami tetapi kami semua melontarkan hujah untuk berdiri dengan kukuh pada pandangan politik masing2. ( PR dan seruan Muslim berwibawa ). Masing2 ingin memenangi hujah tetapi langsung tidak ingin memenangi hati.


Sepanjang isu perdebatan tu aku telah gagal menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang hambaNya yang bertaqwa. Isu perdebatan politik itu menyebabkan aku gagal fokus dalam ibadat. Perkara ini dimain2kan oleh syaitan bagi menghalang kekhusyukan solatku. Alangkah ruginya jika solatku sia2.

Ilmu kami berkaitan dengan politik tersangatlah cetek tapi kami tetap bercakap, berbincang dan berdebat perkara ini. Satu perkara membuatku tersentak seketika. Ilmu politik yang bersifat fardhu kifayah kami pantas mencari, hebat berhujah. Tapi bagaimana dengan ilmu fardhu ain? Ilmu perihal solat? tauhid? aqidah? adab?... Adakah kita telah mengenali pencipta iaitu Allah sebagai mana kita mengenali politik PR atau BN?..Dapatkah kita pantas berkata2 menyebut segala sifat dan nama2 Allah seperti kita hebat berhujah politik.

Allah, kami jauh dari mengenali-Mu dengan sebenar. Kami masih gagal dalam ilmu fardhu ain. Sibuk mengejar perkara yang masih belum menjadi kewajipan ke atas kami tetapi kami meninggalkan perkara yang fardhu ke atas kami iaitu mengenal Mu...

Astaghfirullah..Maafkan kami ya Allah


ya rabbal alamin
doa senjata mukmin

Monday 6 May 2013

Tamparan Seorang Guru


tamparan
tamparan maut


Sepetang bersama pensyarah untuk mengikuti kuliah TITAS. Mood belajar - Alhamdulillah seronok, Ustaz sentiasa memberi tazkirah dan ketukan hati serta kejutan minda. Rugi kalau siapa mahasiswa UKM yang tidak menimba ilmu darinya.

Situasi kuliah - berada dalam kesejukan aircond bersama dengan kawan-kawan yang lain.

Perbincangan dimulakan.

Tazkirah pertama dikupas. Sesungguhnya menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap manusia.

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, " Menuntut ilmu adalah fadhu atas setiap orang Islam dan akan didoakan keampunan oleh semua hidupan termasuk ikan-ikan di lautan. "

Terdapat pelbagai ulasan dan syarahan dari ustaz yang saya rasa tidak perlu untuk ditulis di sini.

Perbincangan bertambah rancak apabila Ustaz mula bertanya,
" Apa pula hukum menuntut ilmu dalam bidang syariah atau agama ? " .

Soalan cepumas dari ustaz. Aku tersenyum sinis, tersengih dengan soalan ustaz. Ustaz pastinya mengetahui kami semua dapat menjawab kerana soalan ini ditujukan kepada mahasiswa/i yang majoritinya bakal bergelar ustaz @ ustazah juga.


Satu suara kecil menjawab, "Fardhu Kifayah". Suara datang dari sebelah kiriku, bakal seorang ustazah.

Ustaz mengiyakan jawapan. Ia bersifat fardhu kifayah jika sudah ada segelintir kumpulan manusia menuntutnya mewakili seluruh umat Islam di suatu tempat. Alhamdulillah semuanya terlepas dari satu perkara dosa.

Perbincangan bertambah rancak.
" Bagi pelajar yang telah memilih kursus syariah @ agama sebagai bidang utama pengajian, apa pula hukumnya dalam menuntut ilmu tersebut. ?". Ustaz menyoal lagi.

Situasi senyap seketika seolah-olah kelibat malaikat melintas. Semua terdiam tanda tersedar dan mengetahui jawapannya. Kali ini ustaz tidak menunggu jawapan bakal-bakal ustaz/ah.

" Wajib hukumnya." 
Jawapan ustaz dalam keadaan tegas. Ya, wajib hukumnya untuk dia belajar bersungguh-sungguh kerana dia sendiri telah terjun ke dalam bidang agama. Dia telah mewakili orang-orang di kampungnya, kaum keluarganya. Andai rosak dia maka rosaklah amanah yang telah dia pikul.

Setiap orang Islam kena berjihad. Berjihad bukan hanya di medan perang ataupun medan pilihanraya tetapi juga medan ilmu.Jihad itu sendiri dari segi bahasa bermaksud "bersungguh-sungguh". Bagi sesiapa yang telah menceburi apa-apa pun kursus di IPT wajiblah dia untuk berjihad. Jihad dengan belajar bersungguh-sungguh, mendalami ilmu sebaik mungkin. Bukan sekadar jihad dalam politik.

Ustaz menambah tentang kesannya jika tidak berjihad dalam ilmu. Simple statement. Kita melakukan kemungkaran. Bertambah tercengang kami yang mendengar. Ini adalah kenyataan yang mungkin pertama kali didengar. Ada juga yang pernah dengar. Kami semua kembali beristighfar.

Kemungkaran bukan sekadar melakukan dosa kecil atau besar secara jelas, malah golongan penuntut ilmu juga berdosa jika dia tidak belajar bersungguh-sungguh. Ustaz menyedarkan kami dengan kata-katanya yang cukup pedas. Ramai lepasan graduan yang berjaya konvo hanya menjadi ustaz/ah yang berpendidikan silibus IPT semata-mata. Itulah hakikatnya. Jika tiada dalam silibus, maka ilmu tu takkan dituntut. Sebab apa? Jawapan mudah, katanya ilmu ini tak masuk exam.

Inilah kemungkaran yang banyak dilakukan tanpa sedar oleh para penuntut ilmu. Masa terluang dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ada juga yang manfaatkannya dengan perkara tidak berfaedah. Pernah juga aku terdengar bicara bakal2 ustaz/ah ni. " Sabtu ni jom g enjoy. Tengok wayang, main bowling, boleh karaoke sekali." Erk, terkejut juga tapi itulah realitinya. Jangan dilupakan tanggungjawab sebagai pendidik, pembimbing dan pemimpin masyarakat. Yang penting menuntut ilmu dulu.

Ustaz memberi satu andaian. Selepas kamu semua habis belajar nanti, masyarakat akan lihat kamu sebagai seorang ustaz/ah, bukan lagi sebagai seorang penuntut ilmu. Dalam pemikiran masyarakat, ustaz/ah adalah orang yang alim dalam bidang agama. Bukan alim hanya dalam bidang-bidang tertentu. Pastinya mereka akan bertanya perihal agama sekiranya mereka tidak mengetahui. Andai saat itu, kamu bercakap betul dengan  mengatakan kamu tidak mengetahui, kamu terselamat. Jika kamu tersalah mengeluarkan hukum, maka kamu telah menyesatkan orang.

Apabila bercakap perihal agama, masyarakat akan patuh dan ikut kata-kata ustaz walaupun ustaz celup kerana setiap kata-katanya dihujahkan dengan ayat al-quran dan hadis walaupun tersalah perbahasan. Andai dia berpegang kepada yang salah itu sampai akhir hayat, tanggunglah ustaz yang mengajarnya.

Jam menunjukkan hampir jam 7. Kuliah berhenti di situ. Satu pesanan dan peringatan dari Ustaz. Harap semua dapat ambil pengajaran. Pesanan bukan dituju khas buat penuntut pengajian Islam, tapi termasuk juga pelajar sains, kejuruteraan, undang-undang, ekonomi, kedoktoran dan semua jenis bidang ilmu.

Itulah tamparan seorang guru kepada anak muridnya..


Selamat menuntut ilmu !!


cintai ilmu
cintai ilmu