jin memberi khutbah pada kaumnya |
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah selesai sudah kursus pra perkahwinan. Dua hari berlangsung. Pada petang hari kedua juga semua peserta mendapat "lesen" yang diidamkan. Betul la, pengantin kat Malaysia ni ada 6 rukun nikah. Tak percaya??
ok,
- Suami
- Isteri
- Saksi
- Wali
- Ijab dan Kabul
- Sijil Kursus Kahwin..
Takda rukun yang ke-6 itu tak boleh kahwin orang Malaysia....hahaha
Ok, sedikit cerita atas pengalaman dan pandangan mengikuti kursus pra akad nikah ni. Maaflah kalau penulis mempunyai pandangan yang sangat berbeza dengan peserta lain. Luaskan skop pandangan tuan puan ye.
Kali ini kursus kahwin diadakan di sebuah universiti dan pastinya kehadiran peserta hanya dari kalangan mahasiswa dan staf universiti. Peluang menghadiri kursus penulis sambar walaupun masih belum punyai permaisuri hati apatah lagi tarikh genap akad nikah, lagi lah jauh.
Tak kisah la, kalau esok ada yang ajak nikah boleh terus daftar kahwin berbanding korang yang tak pergi kursus lagi. hahaha.
Pandangan tentang Peserta
Penulis ingin memberi pandangan tentang peserta, penceramah dan modul kursus. Buat pembaca, terimalah pandangan penulis ini. Ok, pandangan pertama tentang peserta. Kehadiran peserta melebihi 300 orang dan al maklumlah lah kalau majlis ilmu pastinya yang paling majoriti ialah perempuan. Boleh bagi nisbah, 5:1..seorang lelaki untuk 5 perempuan.ada peluang kahwin 4.. haha
Inilah realiti bagi tempat bernama majlis ilmu dan IPT. Lelaki tenggelam dikerumuni perempuan.
Ok, penulis merasakan kehadiran yang ramai disebabkan oleh 1 faktor. Faktornya ialah yuran kursus yang murah. Kalau kursus dalam IPT ni biasanya yuran RM 45-50 je. Murahkan. Kalau yuran kat luar mahu cecah RM 80-RM100. Pergh. Mahal, sama harga untuk 2 orang. Ini lah merupakan faktor kenapa peserta lelaki boleh cecah 50 lebih. Kalau tak, confirm tak sampai 30 orang. Faktor nak kahwin tu tak termasuk la.
Pandangan tentang Penceramah
Ok, pandangan kedua pula khas untuk penceramah. Mula-mula, penulis ingin minta maaf dulu kalau ada yang terasa. Emmm, sebenarnya, semua slot tu menarik sebab ustaz-ustaz yang bagi ceramah ini pandai buat lawak. Rasa macam tengok gelanggang maharaja lawak mega. Semua gelak sakan sampai nak pecah perut. Kalau masuk maharaja lawak, insyaAllah boleh menang macam ni. Kalau tak percaya boleh test tengok.. link.Bahan lawak yang semua ustaz buat ni hampir semuanya perihal suami isteri, masalah komunikasi and sifat semulajadi lelaki dan perempuan. Banyak juga sebenarnya boleh belajar melalui lawak ni. Lawak perli memerli..hahaha..
Ok, kembali kepada landasan seterusnya. Emmm, dalam gelak ketawa menjamah jamuan lawak ustaz-ustaz ni, terdetik sedikit dalam hati penulis merasa sedikit kerugian. Bukan sebab penceramah tak kelakar tapi sebab penceramah terlampau banyak buat lawak. Mmmmm..
Maaf, penulis tahu, penceramah yang dijemput ialah memang ustaz-ustaz yang berpengalaman dalam bab institusi perkahwinan. Ada yang sudah berkhidmat 5-10 tahun. Ada yang pakar tentang hubungan komunikasi suami isteri tapi apa yang penulis sedikit terluah ialah penceramah banyak mengisahkan sketsa lawak suami isteri, ada juga sampai tak sempat nak habiskan slide modul.
Penulis juga rasa sedikit kerugian dari segi ilmu kerana dalam tempoh kursus pendek 2 hari ini perkongsian ilmu dari ustaz-ustaz yang berpengalaman tidak dapat digunakan dengan optimum. Bukan soal penyampaian tapi pada kualiti bahan penyampaian. Kita mengetahui kursus kahwin adalah kursus yang wajib bagi semua bakal pengantin di Malaysia termasuklah bukan warganegara. Ini bermakna hampir semua orang Islam akan terpaksa memasang telinga samada dengan rela hati atau tidak rela datang ke kursus ini. Semuanya perlu mendengar.
Ada satu slot berkenaan dengan Aqidah dan Ibadah dalam Islam, penceramah hanya menyentuh sedikit sahaja bab akidah dan selebihnya terus masuk pada kisah rumah tangga yang pasti lawak bila mendengarnya. Penulis rasa setiap ustaz bagi slot ini harus menerangkan tentang akidah ahli sunnah wal jamaah dengan sebaiknya dan menyampaikan tentang akidah yang salah seperti wahabi, syiah, ajaran sesat dan pelbagai lagi.
Penulis yakin masih ramai orang Islam yang nipis akhlaknya jikalau tidak, kenapa masih lagi ada orang yang memohon murtad dan mengabaikan tuntutan kefardhuan solat? Maaf, ini melibatkan aqidah kita sebagai seorang Islam. Sekiranya tersalah pegangan aqidah, tiada tempat lain melainkan hanya neraka tempatnya. Nauzubillah..
Itulah satu kerugian yang penulis rasa pihak bertanggungjawab dapat ubah kerana inilah antara salah satu waktu untuk terangkan tentang agama Islam sebaiknya. Ada yang mengatakan kalau penceramah bosan pasti peserta tidur. Bagi penulis, ini adalah perkara kecil jika dibandingkan dengan bab pegangan aqidah seseorang.
Pandangan tentang Modul
Ok, seterusnya penulis ingin pula memberi sedikit pandangan tentang modul pula. Modul pengurusan kesihatan, slot terakhir. Emm.. Pertamanya, terima kasih diucapkan kepada penceramah bagi slot ini kerana berjaya menyampaikan ilmu berkaitan kesihatan dengan sebaiknya. Contohnya tentang penjagaan kesihatan "senjata" masing-masing dan kesihatan bayi.Banyak input yang penulis dapat, insyaAllah boleh praktik untuk dapatkan anak yang sihat..hahaha.
Ok, sambung kembali pada cerita. Apa yang mungkin penulis berbeza pandangan ialah ada juga terselit sedikit gambar-gambar "senjata" lelaki dan perempuan. Erk. Yup, memang betul dan itulah perkara yang berlaku.
Ada pendapat ulama yang mengatakan boleh melihat dengan tujuan belajar tapi penulis rasa ada gambar yang terlampau censor tempatnya. Contoh, video melahirkan anak dan gambar bagaimana memakai sarung pada senjata lelaki. Emmm. Perihal video tu mungkin ada kebaikannya, sekurang-kurangnya kita tahu bagaimana perit mak lahirkan kita. So, jangan jadi anak derhaka. Apa yang mungkin boleh edit sikit tentang video ni ialah harap penceramah boleh censor kan waktu sebelum bayi nak keluar. Bukan apa, peserta lain kata jelas tengok senjata wanita tu. Erkk. So, takda beza la dengan tengok video lucah. Mungkin boleh percepatkan video dengan hanya tunjukkan apabila bayi dah keluar sikit kot.
Pandangan tentang gambar pula, penulis rasa gambar tentang cara pemakaian sarung tu tak perlu tunjuk menggunakan senjata betul. Cukuplah sekadar senjata palsu. Realitinya itulah yang terjadi dan reaksi peserta perempuan terasa loya tekak dan geli tengok senjata betul. Erkk............
ini buku yang semua dapat |
Begitulah sedikit sebanyak lontaran idea dan pandangan penulis tentang kursus kahwin yang dilalui. Minta maaf sekali lagi atas lontaran pandangan penulis yang fakir ini. Kita memang berbeza pendapat kan..
Di atas adalah gambar buku yang dibekalkan oleh JAKIM. Alhamdulillah, kandungan yang ringkas dan mudah faham. Tapi sedikit bermain di fikiran agak-agak berapa ramai yang baca buku ini.?
Sebenarnya kalau faktor harga yuran kursus sebenarnya saya tak berapa kisah. Taklah mencecah ratusan ringgit.
ReplyDeleteCuma apa yang difikirkan adalah faktor masa. Yelah kalau kahwin nanti mestilah sudah bekerja. Bukan ada masa sangat nak hadiri kursus kahwin ini. Konsentrasi pun hanya pada kerja.
Syabas saya ucapkan kepada awak kerana berjaya menghadirinya. Tapi perlu ingat juga, sijil ini bukan boleh guna di semua negeri. Takut-takut nanti kena ulang ambil sekali lagi.
p/s: terhibur membaca nukilan Amirul. Heh. (y)