Saturday, 2 March 2013

Kisah Di Sebalik Baucar Buku

baucar buku
baucar buku 1 Malaysia























buku-buku















Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Tahun 2013 merupakan tahun kedua kerajaan Malaysia memberikan baucar buku kepada mahasiswa di seluruh IPT sama ada awam mahupun swasta. Golongan yang layak menerima terdiri daripada pelajar tingkatan 6, matrikulasi, asasi, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

Kalau mengikut anggaran kasar, baucar buku tahun 2012 membelanjakan sehingga RM 260 juta untuk dimanfaatkan seramai 
lebih kurang 1.3 juta orang pelajar. Tahun 2013 pula sebanyak RM325 juta. Kos perbelanjaan meningkat disebabkan oleh naiknya 
nilai dari RM 200 kepada RM 250..

waaa...di atas adalah ayat skema yang boleh dipetik dalam artikel pembaca berita.

Penulisan kali ini aku tidak mahu libatkan dari sudut politik. Nanti ada yang kata pro kerajaan la sebab kata kerajaan sekarang sudah banyak memberi bantuan kepada rakyat, banyak berbelanja kepada rakyat, jadi kena bersyukur la.

Aku juga tidak mahu menyentuh artikel seolah pro pembangkang yang mengkritik pemberian baucar buku, dengan penulisan menyentuh berkaitan pemberian ini hanyalah gula-gula politik, kerajaan hanya kaburkan pandangan mahasiswa bahawa tidak perlu lagi pendidikan percuma, pemberian baucar buku alat untuk kerajaan berkempen kepada mahasiswa dan pelbagai isu lagi.

..bla...bla...bla...bla..bla..

Aku akan hanya menyentuh beberapa pandangan mahasiswa yang seperti tidak mahu terlibat dengan perbalahan parti politik, mahasiswa yang hanya ingin hidup di dalam dunianya sahaja.

Ok, permulaannya aku ingin menyentuh kepada 1 golongan ini. Memang tidak diragui sedikit sebanyak baucar buku dapat dimanfaatkan oleh golongan pertama ini iaitu kaki buku. Kaki buku ini boleh dipecahkan kepada dua kumpulan. Pertama kaki beli buku dan kaki baca buku. 

Kenapa ada dua pecahan?..Ada dua pecahan sebab memang wujud realiti golongan ni. Kita boleh contoh terdekat ialah kawan sendiri. Ramai juga sebenarnya golongan yang suka membeli buku tetapi hakikatnya mereka ini tidak berapa gemar membaca buku. Mereka akan beli buku yang nampak hebat tajuknya, siapa penulisnya dan betapa kreatif ilutrasi grafik di luar kulit buku. (Dont judge a book by its cover).. Lepas beli, dapat baca setakat 10-20 muka surat lepas tu tukar buku lain sebab bosan..hahaha..memang ada sebenarnya golongan ini.

Pecahan kedua ialah kaki baca buku. Golongan ini akan memanfaatkan baucar buku sebaiknya. Kalau golongan wanita kebanyakan akan membeli novel berkisar cintan-cintun. Ada juga yang akan membeli buku perihal agama. Tidak kurang juga, ada yang menggunakan baucar tu untuk wakafkan al-quran. Alhamdulillah. ( Dapat juga la saham akhirat sikit kat siapa yang bagi baucar buku ni ). Ada yang dapat beli buku yang harga mahal. Tidak dinafikan memang ada manfaatnya dan sedikit sebanyak berjaya memupuk budaya membaca dalam kalangan anak muda.

Ok, golongan yang seterusnya ialah golongan yang kurang membeli buku apatah lagi membaca buku tetapi ajaibnya baucar tetap habis. Macam mana boleh habis? Dengan suka citanya mereka memborong gadjet IT la. Ada yang beli pendrive, hard disk, printer, wireless mouse, headphone dan macam-macam lagi. Kira ok la sebab memang harga gadjet IT ni mahal, jadi dapat merasa juga la untuk ada hard disk. Tapi macam mana pula golongan yang tak minat gadjet ni? Macam mana dia orang "hilangkan" baucar buku?..

Taraa!!...caranya ialah dengan memborong di kedai mamak la. Aku dengar ada yang guna untuk borong maggi, milo, nestum, dan pelbagai lagi lah makanan, memang beli cukup-cukup untuk stok satu sem..waaaaa..kuat makan juga rupanya student ni... Aku dengar ada juga yang beli top up kredit semata-mata untuk habiskan RM250. Makin kuat la bergayut golongan ni malam-malam. Alangkah ruginya.

Begitulah sedikit sebanyak perihal mahasiswa dengan baucar buku. Sebenarnya, golongan peniaga pun turut mengambil kesempatan dari kemewahan baucar buku ni. Contohnya bagi penjual gadget IT. Harga hardisk menggunakan baucar buku jadi RM200 tetapi kalau guna duit tunai akan jadi RM190. Berjaya juga mereka menumpang kemewahan student.

Itulah kehidupan di sebalik pemberian, pasti ada yang akan mengambil manfaat. Jika bukan untuk orang lain, sekurang-kurangnya ada juga la manfaat untuk diri sendiri. Berubah untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. 

7 comments:

  1. eh boleh guna baucar ke kat kedai mamak? klu cmtu aku pun nak borong stok2 makanan ni! milo, biskut segala bagai haha..
    best la baca ni, terhibur hati haha kelakar jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.boleh..ada 1 kedai kat Bangi ni..kedai mamak ni pun memang ada jual buku. Jual buku n jual barang makanan..memang ada member yang borong sakan beli milo, maggi, nescafe..tapi dia beli juga la buku nota, 2 pun sbgai syarat untuk dapat guna baucar..haha

      Delete
  2. Adeh. Terasa pula bab perangai membeli buku ni. Saya suka beli buku-buku yang cantik kulitnya. Bacanya... apabila mendapat ilham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni menunjukkan berjayanya kreativiti penerbit menconteng muka depan buku untuk menarik minat pelanggan membeli buku..ini salah satu orang yang tertarik..haha

      Delete
  3. Kdai yg bole bli milo,maggi pe sume gune baucer bku kat bangi belah mane ye?

    ReplyDelete
  4. di tanjong malim lagi parah... kedai² komputer ambil kesempatan ke atas pelajar dengan mengenakan cukai sebanyak rm10-rm15 per kupon... maknanya setiap rm50 kupon, pelajar hanya dapat rm35 ... lebih dari McD @ KFC diaorg cekik darah mahasiswa UPSI. harap pihak berwajib membuat siasatan dan mengenakan tindakan keras bagi peniaga sebegini. Kalau x percaya, boleh datang check di semua kedai komputer UPSI...

    ReplyDelete

Setiap tulisan dan artikel adalah pandangan penulis semata-mata. Tidak semestinya padangan penulis betul atau tidak semestinya salah. Kita semua berhak memberikan pandangan masing-masing. Jika berbeza pandangan boleh nyatakan di ruangan komen yang disediakan. Terima Kasih