vios putih |
Baru2 ini aku bertemankan sebuah kereta Toyota Vios milik ibu kawanku menuju satu tempat percutian. Tempat percutiaan yang popular. Mencari satu destinasi untuk menjayakan family day yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Insya Allah.
Pemergianku bukan berseorangan tapi berkumpulan, bersama 3 orang coursemate dan 1 orang bukan coursemate @ jumlah dalam Vios gebu ni 2 lelaki dan 3 perempuan @ 5 orang.
idea menerbitkan hujah |
Ini kerana mahasiswi ini adalah penyokong PR dan tidak mustahil untuk dia mengetahui kerana ramai yang menjangka akan berlaku perubahan tampuk pimpinan di Malaysia pasca PRU13 tetapi kesudahannya BN kekal memerintah. Bukan itu cerita yang ingin dimainkan tapi cerita lain. Biarlah ini menjadi pengenalan kepada isi yang ingin disampaikan.
Aku memulakan perbualan dengan isu Dap dengan menyentuh sedikit kegusaran aku tentang pengaruh Dap pasca PRU-13. Maaf, pertama sekali aku memang tidak akan menyokong Dap atas sebab2 tertentu. Ternyata ucapan pembukaan aku menyebabkan 3 ahli panel di belakang mencelah. Perbincangan kami sememangnya kecoh kerana pandangan aku berlawanan dengan semua ahli forum Toyota Vios.
Situasi sekarang 4 vs 1. Aku andaikan hanya 2 vs 1 sebab 2 mahasiswi ini yang banyak menyoal dan menentang pendapat aku. Aku menyokong penuh seruan mengundi calon Muslim berwibawa yang dibawa oleh Isma. Manakala ahli forum lain adalah jelas penyokong PR. Tanpa ragu2, jelas seruan undilah calon muslim berwibawa tidak disambut sepenuhnya dari penyokong PR ( penyokong BN pun sama ). Ternyata terbukti apabila 2 ahli panel Vios tetap kukuh akan memilih calon dari PR walaupun dia calon bukan Islam dan terdapat di situ calon Islam lain. Hujahnya ialah akan merugikan PR untuk menumbangkan BN.
Aku banyak menghadiri dan mendengar ceramah tentang kewajipan mengundi calon muslim berwibawa menyebabkan aku yakin dengan apa yang aku perjuangkan dan aku tidak teragak2 untuk menyebarkannya pada orang lain. Anggapan aku kali ini tepat iaitu 4 ahli forum ini masih lagi belum mendengar hujah tentang seruan undilah calon muslim berwibawa. Terpaksalah aku untuk menerangkan sedikit sebanyak yang aku ingat.
Walaupun pelbagai hujah aku telah gunakan, semua ahli forum Vios masih belum dapat menerima hujahku. Mereka tetap bertegas dan berdiri atas pendirian mereka. Akhirnya semua mendapat satu keputusan iaitu bersetuju untuk tidak bersetuju.
Setelah semua selesai dan sudah sampai ke kolej, aku merenung seketika. Banyak juga yang aku belajar dalam forum Vios tu. Apa yang kami bincangkan adalah perihal politik yang mana bukanlah course atau kepakaran kami tetapi kami semua melontarkan hujah untuk berdiri dengan kukuh pada pandangan politik masing2. ( PR dan seruan Muslim berwibawa ). Masing2 ingin memenangi hujah tetapi langsung tidak ingin memenangi hati.
Sepanjang isu perdebatan tu aku telah gagal menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang hambaNya yang bertaqwa. Isu perdebatan politik itu menyebabkan aku gagal fokus dalam ibadat. Perkara ini dimain2kan oleh syaitan bagi menghalang kekhusyukan solatku. Alangkah ruginya jika solatku sia2.
Ilmu kami berkaitan dengan politik tersangatlah cetek tapi kami tetap bercakap, berbincang dan berdebat perkara ini. Satu perkara membuatku tersentak seketika. Ilmu politik yang bersifat fardhu kifayah kami pantas mencari, hebat berhujah. Tapi bagaimana dengan ilmu fardhu ain? Ilmu perihal solat? tauhid? aqidah? adab?... Adakah kita telah mengenali pencipta iaitu Allah sebagai mana kita mengenali politik PR atau BN?..Dapatkah kita pantas berkata2 menyebut segala sifat dan nama2 Allah seperti kita hebat berhujah politik.
Allah, kami jauh dari mengenali-Mu dengan sebenar. Kami masih gagal dalam ilmu fardhu ain. Sibuk mengejar perkara yang masih belum menjadi kewajipan ke atas kami tetapi kami meninggalkan perkara yang fardhu ke atas kami iaitu mengenal Mu...
Astaghfirullah..Maafkan kami ya Allah
doa senjata mukmin |
No comments:
Post a Comment
Setiap tulisan dan artikel adalah pandangan penulis semata-mata. Tidak semestinya padangan penulis betul atau tidak semestinya salah. Kita semua berhak memberikan pandangan masing-masing. Jika berbeza pandangan boleh nyatakan di ruangan komen yang disediakan. Terima Kasih