Monday 25 February 2013

Terpaksa la Sangat

bas sp bumi
ni adalah bas sp bumi yang selalu aku naik



Ramai orang yg aku 
jumpa dia kata aku terpaksa la buat benda ni..lantas dengan keadaan mereka yg terpaksa la sangat tu menjadi lesen untuk membiarkan mereka melakukan perkara yg melanggar syariat..ramai org yg myalah guna istilah darurat..dan mungkin ramai tak tahu langsung apa syarat2 yg ada utk di claim dia berada dalam keadaan darurat.. Senang cakap, darurat adalah keadaan kamu yang sangat terdesak sehingga membahayakan nyawa jika tidak melakukan sedemikian..


Aku ingin highlight  satu keadaan terpaksa la sangat. Keadaan ni memang aku percaya ramai orang yang tahu tapi macam tak boleh nak buat apa-apa….meaningless…Umum semua yang biasa naik bas express untuk balik kampung mesti tahu yang tiket seat kita beli takda diberitahu siapa yang akan duduk di sebelah kita. Lagi bahaya kalau naik bas yang seat 2+2.. sebab apa bahaya adalah kerana seat ni lebih kecil dan rapat antara satu sama lain. Kalau duduk yang berlawanan jantina sangat bahaya, syaitan seronok tengok korang duk rapat-rapat, lagi2 yang bukan mahram. Pergh, tambah lak kalau naik bas waktu malam, jarak jauh lak tu..memang seronok habis la syaitan waktu tu. Betul la, cuba bayangkan dalam keadaan yang seat  yang rapat, waktu malam, gelap, pahtu dua-dua terlentok..takkan tak ada yang gatal tangan dalam tengah tidur.


“Alamak, aku duk sebelah laki lagi malam ni. Tak tidur lagi la aku kali ni. Habis tu nak buat macam mana dah terpaksa”…itulah keluh hati seorang perempuan sebenarnya. Suara hati yang kamu tak dengar wahai kaum lelaki. Ada juga sebenarnya lelaki yang tidak mahu duduk sebelah perempuan di dalam bas ekspress. 

seat
ni keadaan seat 2+2

Tidak kira la waktu siang ke atau waktu malam. Ini dikira lelaki baik sikit. Tapi terkilannya, kedua-dua mangsa ni tadi berjaya ditundukkan syaitan untuk duduk sebelah-menyebelah dalam satu masa yang panjang akibat terpaksa la sangat.  Apa salahnya kalau kaum wanita tu gunakan hak dia sebagai wanita untuk lindungi diri dia dgn mengadu kat pemandu bas untuk ditukarkan ke seat  yang lain ataupun orang lelaki tadi sendiri dengan gentleman untuk tukar tempat agar sama-sama boleh duk dengan sama jantina dan duduk dengan senang hati. Tak payah lagi nak risau tentang orang sebelah. Dua-dua boleh tidur lena…..




ni keadaan seat 2+1

Boleh je sebenarnya untuk tukar tempat suka sama suka. Jangan terikatkan sangat diri untuk mesti duduk di seat tu. Kamu berhak untuk tukar seat kamu wahai kaum wanita…. Wanita, kamu wajib jaga diri kamu daripada lelaki yang mungkin akan mencabul kehormatan kamu dalam tidak sedar. Ni adalah sebagai langkah berjaga2 untuk diri kamu juga. Kalau kamu masih sembunyikan kuasa kamu untuk bersuara, kamu seolah-olah telah memperjudikan maruah kamu. Keadaan akan bahaya kalau duduk di sebelah warga asing. Jadi, mulai hari ni, kamu wanita jangan malu, takut, segan untuk menyuarakan hak kamu……!!!




Ingat semua, kita masih belum berada dalam keadaan darurat, tetapi kita biasanya berada dalam keadaan terpaksa la sangat. Jangan takut untuk menyatakan kebenaran, perkara yang benar mesti ditegakkan...Jadi, jangan takut untuk ubah sistem manusia barat ni…sedangkan kerusi presiden kamu semua boleh tukat takkan seat dalam bas tak boleh tukar….

Thursday 21 February 2013

Kenapa Perlu Letak Calon Berwibawa

Hari ini ingin berkongsi cerita sikit..kalau mengikut pada tajuk iaitu " Kenapa Perlu Undi Calon Berwibawa" pastilah cerita akan berkait rapat dengan tajuk.

Ok, apabila semester dah buka, aku ingin pergi ke kuliah macam biasa selepas dah bercuti. Kalau mengikut kebiasaan, aku akan ke kuliah dengan motor Yamaha Lagenda 110Z tetapi hari tu aku ubah sikit dgn naik bas..Saja la nak naik bas sebab nak tukar angin.

Ok, apa yang ingin diceritakan ialah keadaan dalam bas tu. Dalam bas tu aku tengok pemandu bas adalah berbangsa India dan penumpangnya majoriti adalah orang melayu. Ada juga la sikit orang cina dan lagi bangsa asing 3 orang. Kalau tak silap langsung tiada orang india melainkan driver bas je.

Apa yang aku xpuas hati ialah (isu kecil je) pemandu bas tu buka radio tamil.. Habis semua penumpang 1 bas tu xfaham apa la deejay ni cakap termasuk sekali lah dengan pelajar asing 3 orang tadi. Semua penumpang duduk diam je menikmati radio tamil tu. Untungla pemandu tu dia sorang je faham. Kami semua yang dalam bas ni terpaksalah dengar juga walaupun tak faham. Hari tu menjadi sejarah mendengar radio tamil, berita pun dalam bahasa tamil dan juga lagu tamil sekali..hahaha..Kebiasaan orang melayu tak kan ambil kisah sangat perkara-perkara kecil ni tapi saja la berkongsi cerita.

Ramainya pelajar melayu dalam bas tu pun tak dapat nak jadi petunjuk kat pemandu bas tu untuk tukar siaran radio lain, cam radio era fm ke, hot fm ke takpun radio sinar fm.

Cerita di atas adalah sebagai analogi untuk kisah seterusnya yang mana pada PRU-12 yang lepas ramai pengundi beragama Islam yang majoriti di sesebuah dun atau parlimen terpaksa mengundi calon bukan Islam yang diletakkan oleh kedua-dua belah pihak pembangkang dan juga pihak kerajaan.

Adanya calon bukan Islam di sesuatu dun @ parlimen yang majoritinya adalah penduduk beragama Islam mungkin sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada penduduk di situ. Tambahan lagi kalau kedua-dua calon bukan Islam itu langsung tidak dikenali dan juga tidak berapa mengambil kisah tentang sensitiviti umat Islam di kawasan itu.

Kalau mengikut statistik orang yang tidak mengundi adalah seramai 348 600 orang. Ini adalah jumlah tertinggi jika dibandingkan dengan jumlah yang tidak mengundi bagi negeri lain. Jumlah ini tidak ditambah lagi dengan undi rosak dan undi tidak diterima. Menambah jumlah undi rosak dan tidak diterima ialah 25 942 undi. Jumlah semua menjadikan bilangan undi 374 542 undi telah hilang begitu sahaja bagi negeri Selangor.

Jumlah yang besar ini adalah pasti disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor yang ingin diketengahkan ialah isu calon di sesuatu tempat. Bilangan yang besar ini juga pastinya disebabkan oleh mungkin rasa tidak puas hati kepada calon ataupun mereka tidak tahu mengundi siapakah calon yang terbaik kerana kedua-duanya adalah bukan Islam. Oleh yang demikian, maka undi rosak adalah salah satu pilihan ataupun satu pilihan lagi adalah tidak mengundi.

Itu baru berdasarkan satu kesan kepada bilangan undi. Ingin memetik pula kesan kepada penduduk setempat selepas PRU12 akibat terpaksa mengundi calon yang tidak berwibawa.

Contohnya ialah setelah berlaku PRU-12 yang mana calon bukan Islam menang di tempat majoriti penduduk Islam, lahirnya kedai penjualan arak di tempat majoriti orang Islam. Walaupun telah mendapat bantahan daripada penduduk setempat tetapi penjualan arak masih diteruskan. Ini sudah menyentuh sensitiviti umat Islam kerana jelas Allah telah mengharamkan arak dan arak adalah najis. Tidak berwibawanya wakil rakyat ini kerana mereka tidak menjaga penduduk majoriti di situ. Wakil rakyat itu mungkin hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja.

Tidak logik langsung penjualan arak di tempat minoriti bukan Islam tetapi penjualan tetap diteruskan. Kasihan aku melihat orang Islam seperti orang Islam yang bekerja di kedai serbaneka yang terdapat arak di dalam kedai itu. Pastilah akan turut terpalit dosa kepada jurujual kedai itu tentang hadis nabi berkaitan 10 orang yang dicatat dosa disebabkan arak.

Oleh itu, calon berwibawa harus ditampil kehadapan memikul tanggungjawab ini. Memperjuangkan suara majoriti tanpa menindas kaum minoriti. Dengar-dengar "Arus Baru" akan tampil dengan calon Islam untuk bertanding di tempat yang majoriti orang Islam tetapi diletakkan calon bukan Islam.

Tambah lagi , ciri-ciri calon Arus Baru yang akan dipilih hanyalah yang AMANAH , BERAKHLAK, yang mementingkan PERPADUAN, KESETIAAN, dan KESEJAHTERAAN.


Aku sokong perjuangannya iaitu " Saya Sokong Muslim Berwibawa".

Tuesday 19 February 2013

STATUS fb 2011


Pentingnya Pembelajaran Sepanjang hayat..
- " ramai yg tlah sedar hakikat bhwa pdidikan formal smsa pergkat awal usia tdk memadai utk digunakan d sepanjang hdup mereka"..

kesimpulannya:- "Hendaklah kamu menuntut Ilmu sehingga ke liang Lahad"..

(26.12)


------------------------------------------------------------------


kematangan sentiasa berkaitan dengan kedewasaan..namun
tak semua orang dewasa itu matang jika cara BERFIKIR dan BERTINDAK seperti kanak2..so, think and do like a man, dont think and do like a boy

(24.12)

------------------------------------------------------
kongsi2 :- jangan makan terlalu banyak sebelum nak belajar @ sebelum terima sesuatu ilmu supaya perut ni tak terlalu banyak menggunakan tenaga..bila perut kosong dan dapat rehat, otak akn senang untuk melakukan kerja (berfikir)..insyaAllah baru senang faham apa yg kita belajar..wallahua'lam

(23.12)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengisian Khutbah Jumaat :- 
+ janganlah merasa sombong diri sangat atas muka bumi Allah ni, sedarlah kita ni dijadikan dari air mani, lahir dalam keadaan telanjang tidak berpakaian, mati pula akan ditanam di dalam tanah, rumah segala ulat..tanah tempat dipijak oleh manusia dan binatang..kenapa perlu rasa sombong?..

+ingatlah, apabila diberi amanah, tunaikan amanah itu dengan sebaik2nya dan jangan sekali2 mengkhianati amanah yang diberikan oleh orang..seseorang itu memberi amanah kepada kita kerana dia yakin kita mampu melaksanakannya..orang yang mengkhianati amanah itu adalah salah satu ciri2 orang munafik
(23.12)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perempuan muslim yang bertudung xsemestinya menutup aurat, tetapi perempuan muslim yang menutup aurat semestinya bertudung..

renungkanlah wahai kaum hawa yang disayangi Allah dan Rasul-Nya..

(16.12)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Firman Allah yang bermaksud ; ".. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram” 
status(QS Ar-Ra’du : 28)
(7.12)

------------------------------------------------------------
Pernah Nabi Muhamad ditanya, "Ya Rasululullah, siapakah hamba yang paling dicintai oleh Allah?" Beliau menjawab, "Yang paling baik akhlaknya." (HR. al-Tirmidzi).

Dan Nabi juga bersabda, "Orang yang paling aku cintai dan paling dekat denganku dihari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya." (HR. al-Tirmidzi).


(4.12)

-----------------------------------------------
Tazkirah..jangan dalam diri kita ada sikap "Ana khoiru minhu,.." ..aku lebih baik daripada dia..ingatlah,disebabkan sifat inilah iblis di murkai oleh Allah kerana enggan sujud atas perintah Allah..

Sabda Nabi s.a.w.."satu zarah sahaja ada sifat sombong dalam diri tempatnya neraka,"..semoga Allah melindungi kita semua kaum muslimin dan muslimat daripada sifat ini..
(24.11)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setitis air mata taubat di dunia dapat memadamkan selautan dosa tetapi selautan air mata penyesalan di akhirat tidak dapat memadamkan walaupun setitik dosa..renung2 kan lah
(15.7)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


itulah sedikit sebanyak status budak2 aku masa aku umur belasan tahun...tahun 2011 banyak kenangan terindah yang xdapat dilupakan, yang telah dilupakan dan juga turut yg terlupa...erk.......apa2 pun, sdikit sbyak pahit manis, tawar masam dunia 2011 tlah bjaya aku lalui dgn shingga sekarang menjejakkan kaki di waktu ini...all the best until the end.............

assalamualaikum


Sunday 17 February 2013

Perubahan Mengikut Masa



Andai pada masa dahulu aku pernah membenci untuk melakukan sesuatu perkara yg bsifat harus hukumnya itu kerana keadaan pada masa itu memaksa aku bertindak sedemikian. Keputusan aku pada ketika itu mungkin adalah yang terbaik pada masa itu...
Jika pula pada masa sekarang, aku melakukan sesuatu perkara yang aku pernah kata untuk tidak akan sama sekali melakukannya lagi tetapi kamu melihat aku sedang melakukannya tidak bermakna aku melakukan ssesuatu perkara yang salah... Ini juga kerana keadaan pada masa ini telah berubah sehinga memaksa aku untuk melakukan hal sedemikian. Itu tidak bermakna aku hilang prinsip tetapi aku cuba melakukan perkara yang terbaik pada diriku untuk masa ini dan masa hadapanku..

Setelah berlalu perjalanan masa, perubahan keadaan sekeliling, pertukaran budaya semasa, peningkatan ilmu pengetahuan, penambahan pengalaman telah mengubah seseorang dan berjaya membentuk individu untuk menjadi lebih matang andai individu tersebut mengambil pengajaran dari setiap perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Perbezaan prinsip terdahulu dengan prinsip sekarang tidak juga mencerminkan individu itu bersifat lalang tapi itulah individu yang berubah untuk menjadi yang lebih cemerlang buat masa akan datang...
Wallahu a'lam 




 masa sentiasa berlalu
















Friday 15 February 2013

Muqaddimah

TULISAN PERTAMA

Dengan lafaz bismillah, berkat nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

ini adalah tulisan aku yg pertama dalam blog ku yg bernama plg murah iaitu " 
Pandangan Kehidupan"..

dalam blog ni mungkin sdikit sbyak aku akn bkongsi ttg apa pdgan aku terhadap kehidupan manusia d sekeliling...itu capture awal utk pnulisan blog aku...

(suka hati aku la nk tulis apa pun, ni kan blog aku)....wahahaha

Kenapa aku tetiba je nk tulis blog?...

1 persoalan akn terjawab....emmmmmmmmmmmm......



Kalau China boleh kalahkan Amerika dalam sukan Olimpik dunia?
kenapa aku xboleh

Kalau Usain Bolt blh jadi manusia terpantas atas muka bumi?
kenapa aku xboleh

Kalau Alexander Graham Bell blh cipta telefon?
kenapa aku xboleh?

Kalau Muhammad Al-Fateh dan tenteranya blh mgalahkan tentera Rom?
kenapa aku xboleh?

Kalau elajar2 pondok dan pelajar bukan pondok blh jadi hafiz Quran?
kenapa aku xboleh?




Kalau ada pelajar genius yg boleh dapat dean list ?
kenapa aku xboleh?

Kalau Abdul Rahman bin Auf sahabat nabi blh jadi saudagar yg kaya
kenapa aku xboleh?

Kalau Dr Mahathir blh memimpin Malaysia 22 tahun?
kenapa aku xboleh

Kalau Matlutfi blh buat da bomb video pendek kt youtube?
kenapa aku xboleh

Kalau matematik dan sains boleh belajar bahasa Inggeris?
kenapa aku xboleh..........

Kalau Ustaz Azhar Idrus blh terkenal 1Malaysia?
kenapa aku xboleh

Kalau orang lain buat blog iklan pasal kasut
kenapa aku xboleh

Kalau orang lain boleh tulis?
kenapa aku xboleh

disebabkan oleh 1 pertanyaan kepada aku, kalau orang lain boleh tapi kenapa aku xboleh la menjadi sebab aku menulis benda alah ni..mungkin ada yg kata bazir masa tapi ini tidak bagi aku kerana aku tahu.....

aku tahu tentang perjanjian aku dengan tuhanku, tuhan kita semua, tuhan semua manusia sama ada orang Islam atau bukan Islam iaitu Allah...kita semua telah berjanji bahawa

"
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku adalah kerana Allah"

...itu lah tujuan yg paling utama iaitu mencari redha Allah