|
Gambar peserta Malaysia |
Alhamdulillah..baru2 ni aku bersama dengan 3 lagi sahabat lelaki berjaya menjejakkan kaki ke negara seberang. Ingin kukenalkan 3 saudara ku iaitu Naqiu, Izham dan Hafiz. Ekspedisi percutian menyeronokan sebab baru sahaja berakhirnya peperiksaan semester.
Tempat jelajahan aku kali ini ialah negeri Jogjakarta di negara Indonesia. Ini adalah pengalaman aku yang pertama kali melihat negara luar selain Malaysia, sama juga dengan Hafiz. Kami semua tiada di Malaysia pada tarikh 1-6 Julai 2013..
Bagaimana Boleh Mendapat Idea ??
|
Naqiu |
Sebenarnya idea menjelajah ke luar negara adalah datang secara tidak sengaja. Bukan bermaksud malam ini beli tiket pagi esok pula
fly tapi dirancang secara suka-suka. Pada ketika itu, dalam perjalanan Naqiu menghantar aku ke LCCT untuk penerbangan pertama aku pulang ke Terengganu, Naqiu menceritakan bahawa abangnya pernah melancong ke Jogjakarta secara seorang diri. Itu adalah perkara biasa bagiku tapi apa yang menyebabkan aku tertarik ialah apabila dikejutkan dengan hanya modal RM 1000 sahaja. Dengan modal yang agak kecil itulah menyebabkan aku tertarik untuk mengenali Indonesia secara langsung.
Keindahan Bahasa...
|
Hafiz dengan posingnya |
Sebelum kami bertutur dan menghirup oksigen di persekitaran Indonesia, kami telah diberi peringatan untuk tidak menggunakan perkataan
seronok. Apa yang tidak kena dengan
seronok ni?. Kalau merujuk kamus dewan edisi ke-3 bermaksud - perasaan yang menyenangkan (menyukakan) atau menyedapkan hati. Jika mengikut maksud dari segi bahasa, bermakna tiada masalah untuk menggunakan perkataan
seronok untuk menggambarkan perasaan gembira atau
happy (dalam inggeris) berada di Indonesia. Tetapi sebaliknya yang berlaku, walau datang dari rumpun yang sama, warna kulit yang sama, istilah
seronok tetap tidak sama pengertiannya.
|
keindahan pantai |
Istilah s
eronok di Indonesia bagi maksud setempat ialah sepasang lelaki dan perempuan yang melakukan hubungan suami isteri. (begitu lebih kurang maksudnya). Bayangkan macam mana muka pakcik atau makcik yang tanya, "
Apa perasaan kamu berada di Indonesia?" dan jawapan yang paling spontan dengan muka gembira, "
seronok".
Ada lagi satu perkataan yang ingin dikongsi iaitu
comel. Apa yang tak kena dengan
comel ni?.
Comel mengikut Kamus Dewan Malaysia edisi ke-3 bermaksud cantik dan menarik. Berbeza maksudnya dengan penggunaan
comel di sana. Kalau kita mengatakan
comel pada wanita Malaysia dengan gaya memuji, dia pasti akan tersenyum tersipu malu. Tapi apabila mengatakan
comel pada wanita Indonesia dengan mimik muka yang sama, pasti dia akan bermasam muka. Sebabnya pengertian
comel pada masyarakat setempat di sana ialah cerewet. Bayangkan bagaimana reaksi seorang yang comel dikatakan dia cerewet pasti dia bermuncung muka. Jadi, jangan mudah-mudah senyum apabila ada orang Indonesia kata kamu comel.
|
Izham Wong |
Begitu lah sedikit sebanyak kisah di Indonesia. Mempunyai bahasa nasional yang hampir sama yang mudah untuk difahami di samping juga mempunyai beratus-ratus bahasa negeri atau bahasa kampung yang pastinya orang Malaysia tidak faham. Sama seperti Malaysia mempunyai bahasa rasmi kebangsaan di samping mempunyai loghat negeri masing-masing.
Ambillah iktibar dan pengajaran dalam setiap perjalananan, kerana jauh perjalanan luas pengetahuan. Allah jadikan manusia itu berbilang bangsa dan warna kulit untuk kita semua berkenal-kenalan. Supaya kita sentiasa berhubung antara sesama manusia dan mengetahui bahawa Allah itu Maha Bijaksana.
Firman Allah dalam Surah ar-Rum ayat 42, "
Katakanlah (Muhammad) : Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu (yang telah dibinasakan), kebanyakan mereka adalah dari golongan orang musyrik.
|
Melihat keindahan makhluk ciptaan Allah |
Bila lagi nak update boh? Hehe.
ReplyDelete