air dicincang takkan putus |
Membazir...hmmm..sebenarnya aku rasa agak pelik sikit la dengan orang ni..memang susah nak faham,,semuanya nak ikut keinginan sendiri..sampai la tak pernah terfikir sikit pun..
Ni nak kongsi sikit cerita bab membazir ataupun rugi la..sebenarnya, dalam sedar tak sedar banyak aku tengok orang sekeliling yang bazirkan banyak perkara..cerita kali ni tentang pembaziran kat dunia...bukan setakat membazir air dan elektrik je, ada yang sampai tahap membazir masa..duit apatah lagi, kalau dapat yang kaki boros, suka shopping sakan la...bila sampai je dekat nak habis sem, semuanya sengkek...kesian tengok, pinjam ngan member-member.
masa itu emas |
Bab pertama yang aku nak sentuh ialah pembaziran air. Emm.. Nak cerita apa ye?.. Ok, 1 perkara yang biasa aku tengok time ambil wuduk. Biasanya masa ini aku biasa tengok orang lain ambil wuduk. Sebab apa aku tengok?, sebab memang aku suka tengok orang, perhati tindak tanduk manusia yang kadang-kadang pelik.
Apa yang nak jadi kisahnya ialah, aku perhati ramai yang buka air paip tu kuat @ dengan kuantiti yang banyak. Padahal kalau slow sikit air tu pun bukannya ada masalah.
Orang yang suka buka air paip kuat ni katanya baru puas ambil air sembahyang, kalau air perlahan rasa macam tak puas, rasa macam tak rata. Ok, awal kalinya aku boleh terima untuk seketika tapi aku rasa hujah orang macam ni memang tak kukuh. Sebab apa tak kukuh? Sebabnya ialah kalau ikut sunnah nabi sallallaahu alayhi wa salam, tak ada nya nabi buka air paip kuat macam tu. (buka air kuat macam air bomba).
Kalau mengikut hiperbola orang tua-tua, ambil air sembahyang macam nak mandi. Kalau ikutkan realitinya memang tak la tapi itulah perbandingan yang boleh dikatakan.
Biasanya yang buka air kuat ni adalah golongan kanak-kanak. Disebabkan aku adalah lelaki, jadi aku biasa tengok budak lelaki la yang biasa buka air paip kuat ni. Semestinya budak ni ikut perangai ayah dia ataupun member dia lah.
Tadi aku dah bagi hujah yang pertama iaitu bukan sunnah nabi yang mengambil air wuduk secara berlebihan. ( ..Membazir saudara syaitan woo..)
Hujah kedua ialah dengan situasi yang biasa kita lalui masa hari jumaat. ( Orang perempuan mungkin tak kot). Situasi apabila ramai orang ambil wuduk. Bila dah ramai ambil dalam satu masa, dah pasti air paip pun jadi slow. Masa ini, aku tengok semua orang muka rilex je. Sabar menunggu giliran. Tambah lagi dengan keadaan air yang slow. Boleh je pulak ambil air sembahyang. Sah pulak tu kan sembahyang jumaat. Jadi kesimpulan yang pertama ni boleh juga la ambil air sembahyang dalam keadaan air slow. So, lepas ni nak buka air paip tu buka air slow je ye. Tetap sah lagi wuduk tu ye bang.
dunia sekarang perlukan duit |
Perkara kedua yang aku nak kongsi ialah masa. Aku tengok memang majoriti orang memang banyak buang masa cam tu je. Rasa rugi lak tengok orang cam ni. Sekurang-kurangnya buat la sesuatu, jangan buang masa macam tu. Contoh yang paling mudah macam kat bus stop. Masa tunggu kat bus stop ni la aku tengok ramai orang bazir masa.
Betul la, nak tunggu bas bukan sekejap, lama jugak. Paling lama pun 25 - 30 minit. Masa yang sedikit sebanyak ni tolong lah jangan bazir macam tu je. Kalau hang tunggu sorang, bawa la buku untuk baca. Tak kisah la novel cinta ke, majalah motor ke, buku Dr M ke atau apa-apa je la. Yang penting, jangan bazir masa.
Rasa macam useless je bila tengok orang macam ni. Hang tengok tiang, tiang tengok hang. Dua-dua tak dapat faedah. Tukar jadi rajin sikit ye bang.
Kalau tunggu 2 orang atau lebih, ok je la. Aku lihat tak ada membazir masa sangat sebab boleh borak-borak. Hang borak jela apa-apa pun, aku tak kisah asalkan jangan sebarkan fitnah lak ye..
Perkara yang terakhir untuk artikel ini, aku rasa rugi jugak la bila tengok ada member aku yang tengah buat tahi mata lagi. Yela, matahari dah cerah kat luar tapi dia tidur lagi. Masa malam tak tidur. Pukul 2-3 pagi baru nak tidur. Katanya buat assignment. Ok, boleh terima tapi apa salahnya kalau hang tidur awal, sebelum subuh atau lepas subuh tu bangun and buat assignment.
Sama je sebenarnya, kalau tidur lewat mesti la bangun lewat, tidur awal insyaAllah boleh bangun awal sebab memang manusia ni biasanya tidur 6 jam. Biasanya yang tidur lewat ni pasti akan tidur sampai lebih 6 jam. Rugi bangun lewat sebab tak dapat tengok roomate tidur menganga.
Rugi..rugi..
Setakat 3 perkara ni jela yang aku ingin kongsi. Kalau taip panjang-panjang tapi hang tak baca ataupun baca tapi tak dapat pengajaran pun rugi jugak. Ok, minta maaf kalau tersalah ayat.
No comments:
Post a Comment
Setiap tulisan dan artikel adalah pandangan penulis semata-mata. Tidak semestinya padangan penulis betul atau tidak semestinya salah. Kita semua berhak memberikan pandangan masing-masing. Jika berbeza pandangan boleh nyatakan di ruangan komen yang disediakan. Terima Kasih