tamparan maut |
Sepetang bersama pensyarah untuk mengikuti kuliah TITAS. Mood belajar - Alhamdulillah seronok, Ustaz sentiasa memberi tazkirah dan ketukan hati serta kejutan minda. Rugi kalau siapa mahasiswa UKM yang tidak menimba ilmu darinya.
Situasi kuliah - berada dalam kesejukan aircond bersama dengan kawan-kawan yang lain.
Perbincangan dimulakan.
Tazkirah pertama dikupas. Sesungguhnya menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap manusia.
Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, " Menuntut ilmu adalah fadhu atas setiap orang Islam dan akan didoakan keampunan oleh semua hidupan termasuk ikan-ikan di lautan. "
Terdapat pelbagai ulasan dan syarahan dari ustaz yang saya rasa tidak perlu untuk ditulis di sini.
Perbincangan bertambah rancak apabila Ustaz mula bertanya,
" Apa pula hukum menuntut ilmu dalam bidang syariah atau agama ? " .
Soalan cepumas dari ustaz. Aku tersenyum sinis, tersengih dengan soalan ustaz. Ustaz pastinya mengetahui kami semua dapat menjawab kerana soalan ini ditujukan kepada mahasiswa/i yang majoritinya bakal bergelar ustaz @ ustazah juga.
Satu suara kecil menjawab, "Fardhu Kifayah". Suara datang dari sebelah kiriku, bakal seorang ustazah.
Ustaz mengiyakan jawapan. Ia bersifat fardhu kifayah jika sudah ada segelintir kumpulan manusia menuntutnya mewakili seluruh umat Islam di suatu tempat. Alhamdulillah semuanya terlepas dari satu perkara dosa.
Perbincangan bertambah rancak.
" Bagi pelajar yang telah memilih kursus syariah @ agama sebagai bidang utama pengajian, apa pula hukumnya dalam menuntut ilmu tersebut. ?". Ustaz menyoal lagi.
Situasi senyap seketika seolah-olah kelibat malaikat melintas. Semua terdiam tanda tersedar dan mengetahui jawapannya. Kali ini ustaz tidak menunggu jawapan bakal-bakal ustaz/ah.
" Wajib hukumnya."
Jawapan ustaz dalam keadaan tegas. Ya, wajib hukumnya untuk dia belajar bersungguh-sungguh kerana dia sendiri telah terjun ke dalam bidang agama. Dia telah mewakili orang-orang di kampungnya, kaum keluarganya. Andai rosak dia maka rosaklah amanah yang telah dia pikul.
Setiap orang Islam kena berjihad. Berjihad bukan hanya di medan perang ataupun medan pilihanraya tetapi juga medan ilmu.Jihad itu sendiri dari segi bahasa bermaksud "bersungguh-sungguh". Bagi sesiapa yang telah menceburi apa-apa pun kursus di IPT wajiblah dia untuk berjihad. Jihad dengan belajar bersungguh-sungguh, mendalami ilmu sebaik mungkin. Bukan sekadar jihad dalam politik.
Ustaz menambah tentang kesannya jika tidak berjihad dalam ilmu. Simple statement. Kita melakukan kemungkaran. Bertambah tercengang kami yang mendengar. Ini adalah kenyataan yang mungkin pertama kali didengar. Ada juga yang pernah dengar. Kami semua kembali beristighfar.
Kemungkaran bukan sekadar melakukan dosa kecil atau besar secara jelas, malah golongan penuntut ilmu juga berdosa jika dia tidak belajar bersungguh-sungguh. Ustaz menyedarkan kami dengan kata-katanya yang cukup pedas. Ramai lepasan graduan yang berjaya konvo hanya menjadi ustaz/ah yang berpendidikan silibus IPT semata-mata. Itulah hakikatnya. Jika tiada dalam silibus, maka ilmu tu takkan dituntut. Sebab apa? Jawapan mudah, katanya ilmu ini tak masuk exam.
Inilah kemungkaran yang banyak dilakukan tanpa sedar oleh para penuntut ilmu. Masa terluang dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ada juga yang manfaatkannya dengan perkara tidak berfaedah. Pernah juga aku terdengar bicara bakal2 ustaz/ah ni. " Sabtu ni jom g enjoy. Tengok wayang, main bowling, boleh karaoke sekali." Erk, terkejut juga tapi itulah realitinya. Jangan dilupakan tanggungjawab sebagai pendidik, pembimbing dan pemimpin masyarakat. Yang penting menuntut ilmu dulu.
Ustaz memberi satu andaian. Selepas kamu semua habis belajar nanti, masyarakat akan lihat kamu sebagai seorang ustaz/ah, bukan lagi sebagai seorang penuntut ilmu. Dalam pemikiran masyarakat, ustaz/ah adalah orang yang alim dalam bidang agama. Bukan alim hanya dalam bidang-bidang tertentu. Pastinya mereka akan bertanya perihal agama sekiranya mereka tidak mengetahui. Andai saat itu, kamu bercakap betul dengan mengatakan kamu tidak mengetahui, kamu terselamat. Jika kamu tersalah mengeluarkan hukum, maka kamu telah menyesatkan orang.
Apabila bercakap perihal agama, masyarakat akan patuh dan ikut kata-kata ustaz walaupun ustaz celup kerana setiap kata-katanya dihujahkan dengan ayat al-quran dan hadis walaupun tersalah perbahasan. Andai dia berpegang kepada yang salah itu sampai akhir hayat, tanggunglah ustaz yang mengajarnya.
Jam menunjukkan hampir jam 7. Kuliah berhenti di situ. Satu pesanan dan peringatan dari Ustaz. Harap semua dapat ambil pengajaran. Pesanan bukan dituju khas buat penuntut pengajian Islam, tapi termasuk juga pelajar sains, kejuruteraan, undang-undang, ekonomi, kedoktoran dan semua jenis bidang ilmu.
Itulah tamparan seorang guru kepada anak muridnya..
Selamat menuntut ilmu !!
cintai ilmu |
Sepak terajang penuntut ilmu.. Pedih dan mematangkan..
ReplyDeletetapi ada juga yang kena penuntut ilmu yg kena tumbuk terajang sebab kena buli
Delete