Sunday 24 March 2013

Kronologi Peristiwa Akhir Zaman



Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

InsyaAllah, kali ini ingin penulis berkongsi tentang kronologi seperti tajuk di atas. Kronologi ini bukan penulis reka sendiri tetapi adalah dari rujukan buku yang boleh dipercayai sumbernya. ( Melainkan ada kesilapan penerbitan.)

Ramai yang terkeliru tentang berlakunya kiamat disebabkan oleh pengaruh dari filem barat. Ramai yang menyangkakan kiamat berlaku dengan permulaanya bencana besar seperti gempa bumi, runtuhan planet, hancurnya gunung-ganang, tsunami dan sebagainya tapi tidak ramai yang menyangka kan sebenarnya banyak lagi peristiwa yang berlaku dahulu sebelum berlakunya tragedi kemusnahan dunia.

Sebagai contoh, ketika berlaku gempa bumi biasanya akan terkeluar dari mulut mangsa yang panik bahawa kiamat sudah tiba. Walaupun memang betul tragedi gempa bumi atau tsunami itu berlaku pada hari Jumaat tapi masih belum lagi tiba kiamat yang sebenar.

Itu satu contoh yang menunjukkan masih lagi kurang kefahaman tentang peristiwa berlakunya kiamat. Penulis tidak menafikan kalimah " Kiamat " yang dilontarkan itu mungkin adalah kiamat kecil bagi dirinya iaitu kematian.

Ok, penulisan dimulakan untuk memberi sedikit kefahaman tentang kiamat..





1. Munculnya Imam Mahdi

  • Sebelum kemunculannya, dia tidak mengetahui dirinya Imam Mahdi
  • Dia akan mengalami transformasi diri dalam satu malam.
  • Imam Mahdi dibai'ah oleh umat Islam di Masjidil Haram


2. Munculnya Dajjal

  • Dajjal akan menjarah di merata pelosok muka bumi kecuali Makkah dan Madinah.
  • Tentera Imam Mahdi terkepung oleh gerombolan tentera Dajjal yang terdiri daripada 70 ribu orang yahudi dan bangsa lain.
  • Pada hari-hari terakhir penjarahannya, Dajjal kehilangan kesaktiannya selepas membunuh seorang lelaki Mukmin ( Nabi Khidir).


3. Turunnya Nabi Isa a.s.

  • Nabi Isa akan menjadi makmum solat di belakang Imam Mahdi.
  • Baginda mengikut syariat Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam.
  • Nabi Isa a.s. akan berhadapan dengan Dajal dan membunuhnya.
  • Nabi Isa a.s. membunuh orang Yahudi, pengikut dajal, mematahkan salib dan membunuh khinzir.


4. Keluar Yakjuj dan Makjuj.

  • Tugasnya akan membuat kerosakan di bumi.
  • Nabi Isa a.s. bersama umat Islam terkepung di Bukit Tursina.
  • Turunnya wabak yang membunuh Yakjuj dan Makjuj berkat doa Nabi Isa a.s
  • Munculnya burung-burung yang mengangkut mayat Yakjuj dan Makjuj ke tempat yang tidak diketahui.
  • Hujan akan turun untuk membersihkan muka bumi.


5. Dunia Aman.

  • Dunia menjadi aman di bawah pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s
  • Wafatnya Imam Mahdi
  • Nabi Isa a.s menyambung pemerintahan.
  • Nabi Isa wafat di Madinah dan dimakamkan di sebelah makam Rasulullah sollallahu alaihi wassalam.
  • Dunia diperintah sementara oleh khalifah bergelar al-Muq'ad daripada Bani Tamim.


6. Mulanya episod kehancuran bumi.

  • Matahari akan terbit dari barat.
  • Tertutupnya pintu taubat.
  • Muncul binatang ganjil di Makkah pada pagi yang sama.
  • Al-quran diangkat pada satu malam
  • Kaabah akan diruntuhkan ketika tiada lagi yang bertawaf


7. Muncul Asap Tebal

  • Asap tebal memenuhi seluruh bumi selama 40 hari.


8. Bertiupnya angin dari negeri Yaman

  • Tiupan angin lembut ini akan mematikan semua orang beriman walaupun iman sebesar zarah.
  • Bumi dihuni orang yang tidak mengenal Allah yang akan hidup seperti binatang yang tiada rasa malu.
  • Tiada lagi orang yang menyebut nama Allah di bumi


9. Gempa Bumi

  • Berlaku gempa bumi yang dahsyat di timur, barat dan semenanjung arab yang menenggelamkan ramai manusia ke dalam perut bumi.


10. Sangkakala Pertama ( nafkhatul faza')

  • Tiupan sangkakala dari Malaikat Israfil diikuti dengan keluarnya api besar dari arah Yaman menghalau manusia menuju tempat kebinasaan.


11. Sangkakala Kedua ( nafkhatul sha'q )

  • Tiupan sangkakala kedua menandakan berlakunya kiamat
  • Tiupan ini mematikan semua makhluk bernyawa termasuklah    Malaikat Israfil dan Malaikat Izrail
  • Makhluk yang tidak binasa.
    • Arasy
    • Kursy
    • Luh Mahfuz
    • Qalam
    • Syurga dan neraka
    • Pelayan Syurga
    • Roh
    • Jasad nabi dan para syuhada
    • Sulbi manusia
  • Langit terbelah
  • Bumi bergoncang kuat
  • Gunung ganang bertebangan
  • Matahari digulung
  • Bintang-bintang berselerakan

12. Tiupan Sangkakala Ketiga ( Nafkhatul ba'st )

  • Malaikat Israfil dihidupkan semula selepas 40 tahun kiamat berlaku.
  • Malaikat Israfil meniup sangkakala ketiga.
  • Dengan tiupan itu, Allah menghidupkan semula semua manusia dan jin.

13. Padang Mahsyar.
  • Muncul api besar menghalau manusia dan jin ke tempat perhimpunan, Padang Mahsyar.
  • Padang Mahsyar, tempat perhimpunan terbesar dan perbicaraan seluruh manusia.



Begitulah serba ringkas kronologi hari kiamat. Walaupun dilihat seolah-olah tidak mendatangkan kegerunan tapi percayalah semua nabi mengajar kepada umatnya tentang satu doa iaitu doa minta lindung dari fitnah dajal.

Semoga kita mendapat iktibar..
waallahu a'lam..


Rujukan :- 

  • Majalah Q & A isu 16

Thursday 21 March 2013

Membazir betul la..

air dicincang takkan putus

Membazir...hmmm..sebenarnya aku rasa agak pelik sikit la dengan orang ni..memang susah nak faham,,semuanya nak ikut keinginan sendiri..sampai la tak pernah terfikir sikit pun..

Ni nak kongsi sikit cerita bab membazir ataupun rugi la..sebenarnya, dalam sedar tak sedar banyak aku tengok orang sekeliling yang bazirkan banyak perkara..cerita kali ni tentang pembaziran kat dunia...bukan setakat membazir air dan elektrik je, ada yang sampai tahap membazir masa..duit apatah lagi, kalau dapat yang kaki boros, suka shopping sakan la...bila sampai je dekat nak habis sem, semuanya sengkek...kesian tengok, pinjam ngan member-member.


masa itu emas


Bab pertama yang aku nak sentuh ialah pembaziran air. Emm.. Nak cerita apa ye?.. Ok, 1 perkara yang biasa aku tengok time ambil wuduk. Biasanya masa ini aku biasa tengok orang lain ambil wuduk. Sebab apa aku tengok?, sebab memang aku suka tengok orang, perhati tindak tanduk manusia yang kadang-kadang pelik.

Apa yang nak jadi kisahnya ialah, aku perhati ramai yang buka air paip tu kuat @ dengan kuantiti yang banyak. Padahal kalau slow sikit air tu pun bukannya ada masalah.

Orang yang suka buka air paip kuat ni katanya baru puas ambil air sembahyang, kalau air perlahan rasa macam tak puas, rasa macam tak rata. Ok, awal kalinya aku boleh terima untuk seketika tapi aku rasa hujah orang macam ni memang tak kukuh. Sebab apa tak kukuh? Sebabnya ialah kalau ikut sunnah nabi sallallaahu alayhi wa salam, tak ada nya nabi buka air paip kuat macam tu. (buka air kuat macam air bomba).

Kalau mengikut hiperbola orang tua-tua, ambil air sembahyang macam nak mandi. Kalau ikutkan realitinya memang tak la tapi itulah perbandingan yang boleh dikatakan.

Biasanya yang buka air kuat ni adalah golongan kanak-kanak. Disebabkan aku adalah lelaki, jadi aku biasa tengok budak lelaki la yang biasa buka air paip kuat ni. Semestinya  budak ni ikut perangai ayah dia ataupun member dia lah.

Tadi aku dah bagi hujah yang pertama iaitu bukan sunnah nabi yang mengambil air wuduk secara berlebihan. ( ..Membazir saudara syaitan woo..)

Hujah kedua ialah dengan situasi yang biasa kita lalui masa hari jumaat. ( Orang perempuan mungkin tak kot). Situasi apabila ramai orang ambil wuduk. Bila dah ramai ambil dalam satu masa, dah pasti air paip pun jadi slow. Masa ini, aku tengok semua orang muka rilex je. Sabar menunggu giliran. Tambah lagi dengan keadaan air yang slow. Boleh je pulak ambil air sembahyang. Sah pulak tu kan sembahyang jumaat. Jadi kesimpulan yang pertama ni boleh juga la ambil air sembahyang dalam keadaan air slow. So, lepas ni nak buka air paip tu buka air slow je ye. Tetap sah lagi wuduk tu ye bang.




dunia sekarang perlukan duit

Perkara kedua yang aku nak kongsi ialah masa. Aku tengok memang majoriti orang memang banyak buang masa cam tu je. Rasa rugi lak tengok orang cam ni. Sekurang-kurangnya buat la sesuatu, jangan buang masa macam tu. Contoh yang paling mudah macam kat bus stop. Masa tunggu kat bus stop ni la aku tengok ramai orang bazir masa.

Betul la, nak tunggu bas bukan sekejap, lama jugak. Paling lama pun 25 - 30 minit. Masa yang sedikit sebanyak ni tolong lah jangan bazir macam tu je. Kalau hang tunggu sorang, bawa la buku untuk baca. Tak kisah la novel cinta ke, majalah motor ke, buku Dr M ke atau apa-apa je la. Yang penting, jangan bazir masa.

Rasa macam useless je bila tengok orang macam ni. Hang tengok tiang, tiang tengok hang. Dua-dua tak dapat faedah. Tukar jadi rajin sikit ye bang.

Kalau tunggu 2 orang atau lebih, ok je la. Aku lihat tak ada membazir masa sangat sebab boleh borak-borak. Hang borak jela apa-apa pun, aku tak kisah asalkan jangan sebarkan fitnah lak ye..

Perkara yang terakhir untuk artikel ini, aku rasa rugi jugak la bila tengok ada member aku yang tengah buat tahi mata lagi. Yela, matahari dah cerah kat luar tapi dia tidur lagi. Masa malam tak tidur. Pukul 2-3 pagi baru nak tidur. Katanya buat assignment. Ok, boleh terima tapi apa salahnya kalau hang tidur awal, sebelum subuh atau lepas subuh tu bangun and buat assignment.

Sama je sebenarnya, kalau tidur lewat mesti la bangun lewat, tidur awal insyaAllah boleh bangun awal sebab memang manusia ni biasanya tidur 6 jam. Biasanya yang tidur lewat ni pasti akan tidur sampai lebih 6 jam. Rugi bangun lewat sebab tak dapat tengok roomate tidur menganga.

Rugi..rugi..


Setakat 3 perkara ni jela yang aku ingin kongsi. Kalau taip panjang-panjang tapi hang tak baca ataupun baca tapi tak dapat pengajaran pun rugi jugak. Ok, minta maaf kalau tersalah ayat. 


Friday 8 March 2013

Pancainderaku

HIDUNG

Pancaindera yang pertama kurniaan Allah. Hidung.
Tidak selalunya dapat menghidu, kadang kala ia selsema,
Menjadi lorong bau yang tersumbat,
Hilanglah nikmat aroma seketika.
Sifatnya sensitif terhadap bau yang menyenangkan,
juga bau yang mengembirakan.
Haruman bunga menyegarkan hati, terukir senyuman.
Aroma "tengik", menggundahkan perasaan, memasamkan muka,
Dikipas bau, biar hilang dari laluan.



bau tengik

LIDAH


semburan lidah
 Lidah menjadi pancaindera kedua.
Mempunyai pelbagai deria rasa.
Manis, masam, masin, pahit, tawar.
Deria seolah asam garam kehidupan.
Kuasa tuhan mengatasi pengetahuan.
tak kuketahui lagi, mana datangnya pedas.
Merah jambu warna penciptaan,
Menjadi warna kekuasaan, melayan nafsu yang kuat makan.




TELINGA


telingaku
telinga buat mendengar

Telinga tidak selalunya ingin mendengar,
kadangkala disumbat dengan wayar pembesar.Tanda ia tidak gembira dengan suasana.
Hanya ingin menghiburkan diri sendiri.

Jika diserang dengan drakula kecil, kelibat tangan naik ke udara,
tanda bunyi yang tak disukai.
Melibas jauh drakula kecil.
Tak dapat dilihat tapi mengetahui wujudnya.
Kepekaannya menoleh kepala, setiap bunyi menarik perhatian. Menjadikan kepala sebagai mangsa, memaling tanpa amaran. 




KULIT


Kulit tidak ingin selalu merasa,
ia alah terhadap perkara yang tidak biasa.
Panas, sejuk, kasar, geli, menjadi musuh.
Melahirkan satu musuh bermakna kepedihan.
Menjadi sel terbesar dalam tubuh.
Menjadi pakaian buat daging,
Menjadi hiasan buat hidupan,
Menjadi pelindung dari kesakitan.

Kulit tersangat sensitif dengan sentuhan,
berjaya melahirkan pelbagai perasaan.
Disentuh kekasih bertambah sayang,
menjadi pengikat perhubungan,
meningkat kemesraan sesama pasangan,
apabila tertaut dua insan.



MATA



mataku
mata anugerah tuhan
Pancaindera teristimewa,
Mata namanya. Ia selalu ingin melihat. Setiap yang berada di landasannya menjadi tumpuan. Pandangan haram, pandangan merangsang.
Jantina berlainan menjadi sasaran. Andai tidak dikawal dengan iman, ia takkan tunduk mengalah. Senipis iman bertambah nipis. Gelora nafsu bertambah girang. Tergoda dengan pandangan keasyikan. Tercatat sebagai satu nikmat kemungkaran.



HATI

Pancaindera keenam takda pilihan. Hati mengambil keputusan.
Hati tersangat sensitif. Berjaya mengumpul kesemua pancaindera.
"Ucapan ikhlas selalunya datang dari hati."
"Dari mata jatuh ke hati."

"Sentuhan pasangan mengikat hati dengan cinta dan kasih sayang."
"Luahan perasaan akan terus masuk ke hati."
"Dan hidung, selalu tidak lupa bau orang yang tersayang kerana orang yang tersayang selalu berada di hati."



Itulah kisah sedikit sebanyak pancainderaku...hargailah semuanya dengan baik...gunakanlah ia dengan bermanfaat..jangan tersalah mencuba...jadilah seorang insan yang selalu bersyukur...bersyukur atas nikmat pancaindera...untuk diguna melihat Allah, merasa cinta Allah, berkata-kata dengan Allah, mendengar kalam Allah..jagalah sebaiknya untuk digunakan di syurga

Saturday 2 March 2013

Kisah Di Sebalik Baucar Buku

baucar buku
baucar buku 1 Malaysia























buku-buku















Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Tahun 2013 merupakan tahun kedua kerajaan Malaysia memberikan baucar buku kepada mahasiswa di seluruh IPT sama ada awam mahupun swasta. Golongan yang layak menerima terdiri daripada pelajar tingkatan 6, matrikulasi, asasi, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

Kalau mengikut anggaran kasar, baucar buku tahun 2012 membelanjakan sehingga RM 260 juta untuk dimanfaatkan seramai 
lebih kurang 1.3 juta orang pelajar. Tahun 2013 pula sebanyak RM325 juta. Kos perbelanjaan meningkat disebabkan oleh naiknya 
nilai dari RM 200 kepada RM 250..

waaa...di atas adalah ayat skema yang boleh dipetik dalam artikel pembaca berita.

Penulisan kali ini aku tidak mahu libatkan dari sudut politik. Nanti ada yang kata pro kerajaan la sebab kata kerajaan sekarang sudah banyak memberi bantuan kepada rakyat, banyak berbelanja kepada rakyat, jadi kena bersyukur la.

Aku juga tidak mahu menyentuh artikel seolah pro pembangkang yang mengkritik pemberian baucar buku, dengan penulisan menyentuh berkaitan pemberian ini hanyalah gula-gula politik, kerajaan hanya kaburkan pandangan mahasiswa bahawa tidak perlu lagi pendidikan percuma, pemberian baucar buku alat untuk kerajaan berkempen kepada mahasiswa dan pelbagai isu lagi.

..bla...bla...bla...bla..bla..

Aku akan hanya menyentuh beberapa pandangan mahasiswa yang seperti tidak mahu terlibat dengan perbalahan parti politik, mahasiswa yang hanya ingin hidup di dalam dunianya sahaja.

Ok, permulaannya aku ingin menyentuh kepada 1 golongan ini. Memang tidak diragui sedikit sebanyak baucar buku dapat dimanfaatkan oleh golongan pertama ini iaitu kaki buku. Kaki buku ini boleh dipecahkan kepada dua kumpulan. Pertama kaki beli buku dan kaki baca buku. 

Kenapa ada dua pecahan?..Ada dua pecahan sebab memang wujud realiti golongan ni. Kita boleh contoh terdekat ialah kawan sendiri. Ramai juga sebenarnya golongan yang suka membeli buku tetapi hakikatnya mereka ini tidak berapa gemar membaca buku. Mereka akan beli buku yang nampak hebat tajuknya, siapa penulisnya dan betapa kreatif ilutrasi grafik di luar kulit buku. (Dont judge a book by its cover).. Lepas beli, dapat baca setakat 10-20 muka surat lepas tu tukar buku lain sebab bosan..hahaha..memang ada sebenarnya golongan ini.

Pecahan kedua ialah kaki baca buku. Golongan ini akan memanfaatkan baucar buku sebaiknya. Kalau golongan wanita kebanyakan akan membeli novel berkisar cintan-cintun. Ada juga yang akan membeli buku perihal agama. Tidak kurang juga, ada yang menggunakan baucar tu untuk wakafkan al-quran. Alhamdulillah. ( Dapat juga la saham akhirat sikit kat siapa yang bagi baucar buku ni ). Ada yang dapat beli buku yang harga mahal. Tidak dinafikan memang ada manfaatnya dan sedikit sebanyak berjaya memupuk budaya membaca dalam kalangan anak muda.

Ok, golongan yang seterusnya ialah golongan yang kurang membeli buku apatah lagi membaca buku tetapi ajaibnya baucar tetap habis. Macam mana boleh habis? Dengan suka citanya mereka memborong gadjet IT la. Ada yang beli pendrive, hard disk, printer, wireless mouse, headphone dan macam-macam lagi. Kira ok la sebab memang harga gadjet IT ni mahal, jadi dapat merasa juga la untuk ada hard disk. Tapi macam mana pula golongan yang tak minat gadjet ni? Macam mana dia orang "hilangkan" baucar buku?..

Taraa!!...caranya ialah dengan memborong di kedai mamak la. Aku dengar ada yang guna untuk borong maggi, milo, nestum, dan pelbagai lagi lah makanan, memang beli cukup-cukup untuk stok satu sem..waaaaa..kuat makan juga rupanya student ni... Aku dengar ada juga yang beli top up kredit semata-mata untuk habiskan RM250. Makin kuat la bergayut golongan ni malam-malam. Alangkah ruginya.

Begitulah sedikit sebanyak perihal mahasiswa dengan baucar buku. Sebenarnya, golongan peniaga pun turut mengambil kesempatan dari kemewahan baucar buku ni. Contohnya bagi penjual gadget IT. Harga hardisk menggunakan baucar buku jadi RM200 tetapi kalau guna duit tunai akan jadi RM190. Berjaya juga mereka menumpang kemewahan student.

Itulah kehidupan di sebalik pemberian, pasti ada yang akan mengambil manfaat. Jika bukan untuk orang lain, sekurang-kurangnya ada juga la manfaat untuk diri sendiri. Berubah untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.