Sunday 15 September 2013

Jom Jadi Baik Melalui Facebook

facebook 2
birunya 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam diucapkan kepada junjungan nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat dan juga kaum kerabat baginda.

Setiap manusia, setiap insan yang hidup yang mengenal Allah atau juga hidup yang tidak mengenal Allah pasti akan terdetik di dalam hati mereka untuk melakukan kebaikan. Hati yang Allah jadikan yang diberi Allah hidayah padanya dari keras akan lembut jua. Hati yang hadir hidayah Allah pasti ingin menjadi baik dan berbuat baik. Ini semua kerana hidayah dan rahmat serta kasih sayang Allah pada hamba-Nya. 

Perubahan untuk ke arah kebaikan biasanya sebab dipengaruhi oleh keadaan sekeliling, dengan siapa kita berkawan, buku apa yang dibaca, atau mungkin juga sebab bagaimana versi facebook kita.

Kali ni dikongsikan beberapa tips bagaimana kita dapat wujudkan persekitaran yang baik-baik dalam versi facebook kita. Nak buat macam mana??

like facebook







Caranya    
  • Niat
  • Niat ikhlas semata-mata kerana Allah. Kalau niat korang kerana untuk melihat gosip2 yang terbaru maka rugilah. Tindakan yang pertama ialah baiki niat. Andai niat betul, insyaAllah Allah akan lindung dari perkara2 maksiat dan pastinya dari terlajak masa facebook yang biasanya memakan masa berjam-jam.
  • Ramai orang yang pandang remeh soal niat, sebenarnya niat dapat memberi kesan yang sangat mendalam untuk tindak-tanduk kita seterusnya. Mana ada orang niat nak buat maksiat kerana Allah.
  • Add Friend
  • Klik add friend dengan ustaz-ustaz, ustazah-ustazah atau sesiapa yang kita kenali. Pastikan kenalan yang dipilih itu bukan dari kalangan wahabi, salahpi (salafi), syiah, pengikut ayah pin atau golongan2 yang tidak disahkan oleh pihak JAKIM. Andai tersalah pilih kawan, tertangguhlah usaha ke arah untuk menjadi baik.
  • Follow
  • Biasanya korang semua mesti tak dapat nak friend fb dengan ustaz/ah yang femes2 sebabnya dah limit friend. Kouta yang facebook sediakan cuma 5000 friends je. Jadi  sebagai inisiatifnya klik button follow la. Penting untuk kita follow sebab ustaz/ah ini biasanya akan sentiasa beri tazkirah. Ada juga tazkirah ringkas untuk korang jadi baik.
  • Like
  • Korang semua mesti suka like page artis kan? Jika sebelum ni korang like page artis sebab nak tahu perkembangan dia dan pasti juga korang ada like page kelakar sebabnya juga nak hiburkan hati. Tak salah asalkan jangan keterlaluan dan bukan gambar yang pelik2 page ni post. Oleh sebab nak jadi baik, jangan lupa juga like page yang Islamik, yang sentiasa ada kata2 tazkirah. Banyak dah page Islamik ni. Tekan like untuk semua page ni. Ustaz2 sekarang pun dah ada page sendiri.
  • Join Group
  • Selain join group saya anak negeri, group coursemate, group muka-muka hensem, korang juga perlu join group yang berbentuk Islamik. Kalau diluar facebook dipanggil usrah tetapi di dalam facebook ni tak tahu panggil apa. Biasanya ni akan ada soal jawab berkaitan dengan kefahaman Islam. Tentang hukum hakam solat, puasa, aurat dan macam2 lagi yang korang boleh tanya. Boleh jugak tambah ilmu.
kongsi la
  • Share
  • Bila ada sesuatu perkara yang baik tu, kita kena berkongsi. Sebarkan sebanyak mungkin. Kongsi perkara kebaikan dengan orang lain. Barulah dunia ini akan aman dan bahagia sebab yang tinggal hanya orang yang baik-baik sahaja.
  • Sampaikanlah walau satu ayat (al-quran/hadis) kerana walau satu ayat itu mungkin Allah akan suluhkan kedalam hatinya hidayah untuk dia membacanya dan diberikan Allah taufiq untuk dia laksanakan. Jangan sekali2 pandang ringan dengan perkara2 kecil.

  • Unfriend dan Unlike
  • Tidak lain, tidak bukan untuk mewujudkan suasana persekitaran yang baik dalam facebook, korang terpaksa juga untuk unfriend dengan orang-orang yang selalu upload gambar yang bukan2, tulis kata-kata yang lucah dan segala perkara yang menghalang korang jadi baik.
  • Korang juga terpaksa unlike page yang korang rasa langsung tak berguna, page yang hanya membazir masa korang membacanya dan page yang selalu post yang bukan2.

InsyaAllah dengan sekadar secebis perkara yang kita ubah dalam facebook harap Allah akan terima segala amalan yang kita lakukan dengan niat untuk berubah. Bersama kita jadikan fb sebagai salah satu medium media untuk kita mendapat pahala dan keredhaan Allah serta menyebarkan Islam kepada kawan2 facebook yang lain.

p/s : Ketika seronok berfacebook pun dapat pahala. Alhamdulillah


login facebook
dah boleh login

.