5 Mei 2013 |
Tanggal 5 Mei 2013 sudah berlalu. Berlangsungnya peristiwa bersejarah kerana PRU 13, sekali lagi BN menyambung tampuk pemerintahan Malaysia dengan majoriti mudah 133 kerusi parlimen berbalas 89 kerusi parlimen.
Bagi aku, setelah menjelangnya tarikh 6 Mei 2013 dan keputusan pun telah diketahui menandakan berakhirnya segala paluan gendang, perang bendera, kempen fitnah-memfitnah, kutut-mengutuk dan ucapan memburukkan antara satu sama lain. Itulah keindahan seni politik pilihanraya di Malaysia dan juga tidak terkecuali negara demokrasi lain.
Sepanjang kempen mahupun sebelum kempen, kerajaan BN dikenali rakyat sebagai kerajaan yang zalim atas sebab2 tertentu. Dendangan lagu keburukan BN terserlah di laman sosial facebook. Tentang rancangan bahaya PR juga telah diputar hebat oleh media arus perdana. Buktinya dengan menyaksikan PR banyak tewas di kawasan kampung berbanding kawasan bandar yang rata2 nya pengundi muda yang celik IT.
Sehari selepas pengundian, aku harap keburukan ini tidak berleluasa lagi atau biarlah sunyi sehingga 5 tahun. Aku menjangkakan dendangan lagu kezaliman BN tidak lagi berkumandang di saluran facebook tapi sangkaanku jauh mengherot. Lagu ini rancak dimainkan walaupun medan pertempuran lagi 5 tahun untuk dibuka. Semuanya diputar oleh penyokong2 tegar dan ahli tolak BN seumur hidup.
Aku merasa sedikit terbosan dengan cerita ini di facebook. Oleh kerana ramai juga kawanku yang memutarkan semula lagu ini, maka dengarlah pula lagu balas dariku.
Ok, kawan2ku semua. Untuk masa sekarang, kita masih lagi berusia muda dan masih lagi mempunyai baki umur 50 tahun untuk menuju 70. Kita mempunyai tempoh yang panjang lagi. Bagiku, berhentilah seketika menumpukan perhatian menyebarkan kehodohan BN, mengkaji kezaliman BN. Aku tahu kebencian kamu terhadap Umno BN dah lama. Boleh kata lebih lama dari usia kamu sendiri.
Berpuasalah 4 tahun pertama ini dari menyebarkan kezaliman BN dan tumpukanlah pada pengajian kamu yang akan tamat sekitar 1-2 tahun lagi.
Berpuasalah 4 tahun ini untuk kamu menyemak kesalahan kamu dari kamu menyebarkan keburukan BN. Kamu hanya nampak bahawasanya hanya BN sahaja yang zalim di sini tapi aku melihat sebaliknya. Kamu juga atau aku juga mungkin sedang menzalimi diri sendiri.
Dalam kamu sibuk menyebarkan kezaliman orang, kenapa kamu tak lihat kezaliman terhadap diri kamu sendiri? Kamu bukanlah ahli politik untuk sibuk mengkaji kelemahan atau kelebihan parti lawan tetapi kamu ialah seorang mahasiswa yang masih sedang menuntut ilmu di menara gading. Bukan maksud aku untuk menghalang kamu mengetahui dunia luar tapi kecenderungan kamu telah mengabaikan pelajaran ijazah kamu yang hanya memakan masa paling lama pun 4 tahun sahaja. Kamu telah gagal untuk mengfokus sepenuhnya pada tesis dan pengajian kamu, menyebabkan ratio bilangan mahasiswa melayu yang mendapat anugerah dekan terlampau kecil berbanding mahasiswa bukan melayu.
Dalam kamu sibuk menyebarkan kezaliman orang lain, kenapa kamu tak lihat kezaliman terhadap diri kamu sendiri? Kamu telah zalimi diri kerana gagal memenuhi masa dengan ilmu agama yang jauh lebih penting dari mengetahui kezaliman orang lain yang telah sedia kamu tahu. Kamu gagal menuntut ilmu fekah dengan sempurna, kamu gagal mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal. Kamu gagal kenal utusan-Nya Rasulullah s.a.w. dengan sebenar-benar kenal. Kamu hanya mengenal 'dia'sebagai musuh politik kamu yang nyata. Kamu telah zalimi diri sebab gagal mengenal Allah dan Rasulullah berserta semua sifat2nya.
Wahai para wanita, dalam kamu sibuk menyebarkan kezaliman orang lain, kenapa kamu tak lihat kezaliman terhadap diri kamu sendiri? Kamu gagal mengenal batas aurat kamu dengan yang bukan mahram. Betul apabila kamu berkata Islam menentang kezaliman, tapi jangan kamu lupa Islam juga menentang segala unsur yang menuju ke arah kemungkaran. Kamu gagal mengenal siapa yang halal dan siapa yang haram. Kamu gagal mengenal batasan perhubungan lelaki perempuan. Kamu juga telah zalimi diri sebab etika pakaian yang keterlaluan.
lelaki dajal |
Wahai saudaraku semua, kita adalah sebaik-baik ciptaan, kita adalah sebaik-baik makhluk dan setiap dari kita adalah pemimpin diri kita sendiri. Kita dimuliakan kerana Islam. Untungnya kita kerana kita adalah orang Islam yang beriman. Bimbinglah nafsumu mengikut jalan keredhaanNya. Penuhkanlah ilmu di dada, tingkatkanlah iman. Jangan jadi orang yang menyusahkan.
Jangan menzalimi diri kamu sendiri....
tazkirah |
suami zalim, anak dajal...
ReplyDelete