Monday, 25 February 2013

Terpaksa la Sangat

bas sp bumi
ni adalah bas sp bumi yang selalu aku naik



Ramai orang yg aku 
jumpa dia kata aku terpaksa la buat benda ni..lantas dengan keadaan mereka yg terpaksa la sangat tu menjadi lesen untuk membiarkan mereka melakukan perkara yg melanggar syariat..ramai org yg myalah guna istilah darurat..dan mungkin ramai tak tahu langsung apa syarat2 yg ada utk di claim dia berada dalam keadaan darurat.. Senang cakap, darurat adalah keadaan kamu yang sangat terdesak sehingga membahayakan nyawa jika tidak melakukan sedemikian..


Aku ingin highlight  satu keadaan terpaksa la sangat. Keadaan ni memang aku percaya ramai orang yang tahu tapi macam tak boleh nak buat apa-apa….meaningless…Umum semua yang biasa naik bas express untuk balik kampung mesti tahu yang tiket seat kita beli takda diberitahu siapa yang akan duduk di sebelah kita. Lagi bahaya kalau naik bas yang seat 2+2.. sebab apa bahaya adalah kerana seat ni lebih kecil dan rapat antara satu sama lain. Kalau duduk yang berlawanan jantina sangat bahaya, syaitan seronok tengok korang duk rapat-rapat, lagi2 yang bukan mahram. Pergh, tambah lak kalau naik bas waktu malam, jarak jauh lak tu..memang seronok habis la syaitan waktu tu. Betul la, cuba bayangkan dalam keadaan yang seat  yang rapat, waktu malam, gelap, pahtu dua-dua terlentok..takkan tak ada yang gatal tangan dalam tengah tidur.


“Alamak, aku duk sebelah laki lagi malam ni. Tak tidur lagi la aku kali ni. Habis tu nak buat macam mana dah terpaksa”…itulah keluh hati seorang perempuan sebenarnya. Suara hati yang kamu tak dengar wahai kaum lelaki. Ada juga sebenarnya lelaki yang tidak mahu duduk sebelah perempuan di dalam bas ekspress. 

seat
ni keadaan seat 2+2

Tidak kira la waktu siang ke atau waktu malam. Ini dikira lelaki baik sikit. Tapi terkilannya, kedua-dua mangsa ni tadi berjaya ditundukkan syaitan untuk duduk sebelah-menyebelah dalam satu masa yang panjang akibat terpaksa la sangat.  Apa salahnya kalau kaum wanita tu gunakan hak dia sebagai wanita untuk lindungi diri dia dgn mengadu kat pemandu bas untuk ditukarkan ke seat  yang lain ataupun orang lelaki tadi sendiri dengan gentleman untuk tukar tempat agar sama-sama boleh duk dengan sama jantina dan duduk dengan senang hati. Tak payah lagi nak risau tentang orang sebelah. Dua-dua boleh tidur lena…..




ni keadaan seat 2+1

Boleh je sebenarnya untuk tukar tempat suka sama suka. Jangan terikatkan sangat diri untuk mesti duduk di seat tu. Kamu berhak untuk tukar seat kamu wahai kaum wanita…. Wanita, kamu wajib jaga diri kamu daripada lelaki yang mungkin akan mencabul kehormatan kamu dalam tidak sedar. Ni adalah sebagai langkah berjaga2 untuk diri kamu juga. Kalau kamu masih sembunyikan kuasa kamu untuk bersuara, kamu seolah-olah telah memperjudikan maruah kamu. Keadaan akan bahaya kalau duduk di sebelah warga asing. Jadi, mulai hari ni, kamu wanita jangan malu, takut, segan untuk menyuarakan hak kamu……!!!




Ingat semua, kita masih belum berada dalam keadaan darurat, tetapi kita biasanya berada dalam keadaan terpaksa la sangat. Jangan takut untuk menyatakan kebenaran, perkara yang benar mesti ditegakkan...Jadi, jangan takut untuk ubah sistem manusia barat ni…sedangkan kerusi presiden kamu semua boleh tukat takkan seat dalam bas tak boleh tukar….

3 comments:

  1. len kali plih single seat...

    ReplyDelete
  2. single seat dah habis la bang..ada seat double je..(muka frust)

    ReplyDelete
  3. saya naik bas duduk sebelah wanita...normal je. takde pape pun.

    ReplyDelete

Setiap tulisan dan artikel adalah pandangan penulis semata-mata. Tidak semestinya padangan penulis betul atau tidak semestinya salah. Kita semua berhak memberikan pandangan masing-masing. Jika berbeza pandangan boleh nyatakan di ruangan komen yang disediakan. Terima Kasih