Hari ini ingin berkongsi cerita sikit..kalau mengikut pada tajuk iaitu " Kenapa Perlu Undi Calon Berwibawa" pastilah cerita akan berkait rapat dengan tajuk.
Ok, apabila semester dah buka, aku ingin pergi ke kuliah macam biasa selepas dah bercuti. Kalau mengikut kebiasaan, aku akan ke kuliah dengan motor Yamaha Lagenda 110Z tetapi hari tu aku ubah sikit dgn naik bas..Saja la nak naik bas sebab nak tukar angin.
Ok, apa yang ingin diceritakan ialah keadaan dalam bas tu. Dalam bas tu aku tengok pemandu bas adalah berbangsa India dan penumpangnya majoriti adalah orang melayu. Ada juga la sikit orang cina dan lagi bangsa asing 3 orang. Kalau tak silap langsung tiada orang india melainkan driver bas je.
Apa yang aku xpuas hati ialah (isu kecil je) pemandu bas tu buka radio tamil.. Habis semua penumpang 1 bas tu xfaham apa la deejay ni cakap termasuk sekali lah dengan pelajar asing 3 orang tadi. Semua penumpang duduk diam je menikmati radio tamil tu. Untungla pemandu tu dia sorang je faham. Kami semua yang dalam bas ni terpaksalah dengar juga walaupun tak faham. Hari tu menjadi sejarah mendengar radio tamil, berita pun dalam bahasa tamil dan juga lagu tamil sekali..hahaha..Kebiasaan orang melayu tak kan ambil kisah sangat perkara-perkara kecil ni tapi saja la berkongsi cerita.
Ramainya pelajar melayu dalam bas tu pun tak dapat nak jadi petunjuk kat pemandu bas tu untuk tukar siaran radio lain, cam radio era fm ke, hot fm ke takpun radio sinar fm.
Cerita di atas adalah sebagai analogi untuk kisah seterusnya yang mana pada PRU-12 yang lepas ramai pengundi beragama Islam yang majoriti di sesebuah dun atau parlimen terpaksa mengundi calon bukan Islam yang diletakkan oleh kedua-dua belah pihak pembangkang dan juga pihak kerajaan.
Adanya calon bukan Islam di sesuatu dun @ parlimen yang majoritinya adalah penduduk beragama Islam mungkin sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada penduduk di situ. Tambahan lagi kalau kedua-dua calon bukan Islam itu langsung tidak dikenali dan juga tidak berapa mengambil kisah tentang sensitiviti umat Islam di kawasan itu.
Kalau mengikut statistik orang yang tidak mengundi adalah seramai 348 600 orang. Ini adalah jumlah tertinggi jika dibandingkan dengan jumlah yang tidak mengundi bagi negeri lain. Jumlah ini tidak ditambah lagi dengan undi rosak dan undi tidak diterima. Menambah jumlah undi rosak dan tidak diterima ialah 25 942 undi. Jumlah semua menjadikan bilangan undi 374 542 undi telah hilang begitu sahaja bagi negeri Selangor.
Jumlah yang besar ini adalah pasti disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor yang ingin diketengahkan ialah isu calon di sesuatu tempat. Bilangan yang besar ini juga pastinya disebabkan oleh mungkin rasa tidak puas hati kepada calon ataupun mereka tidak tahu mengundi siapakah calon yang terbaik kerana kedua-duanya adalah bukan Islam. Oleh yang demikian, maka undi rosak adalah salah satu pilihan ataupun satu pilihan lagi adalah tidak mengundi.
Itu baru berdasarkan satu kesan kepada bilangan undi. Ingin memetik pula kesan kepada penduduk setempat selepas PRU12 akibat terpaksa mengundi calon yang tidak berwibawa.
Contohnya ialah setelah berlaku PRU-12 yang mana calon bukan Islam menang di tempat majoriti penduduk Islam, lahirnya kedai penjualan arak di tempat majoriti orang Islam. Walaupun telah mendapat bantahan daripada penduduk setempat tetapi penjualan arak masih diteruskan. Ini sudah menyentuh sensitiviti umat Islam kerana jelas Allah telah mengharamkan arak dan arak adalah najis. Tidak berwibawanya wakil rakyat ini kerana mereka tidak menjaga penduduk majoriti di situ. Wakil rakyat itu mungkin hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja.
Tidak logik langsung penjualan arak di tempat minoriti bukan Islam tetapi penjualan tetap diteruskan. Kasihan aku melihat orang Islam seperti orang Islam yang bekerja di kedai serbaneka yang terdapat arak di dalam kedai itu. Pastilah akan turut terpalit dosa kepada jurujual kedai itu tentang hadis nabi berkaitan 10 orang yang dicatat dosa disebabkan arak.
Oleh itu, calon berwibawa harus ditampil kehadapan memikul tanggungjawab ini. Memperjuangkan suara majoriti tanpa menindas kaum minoriti. Dengar-dengar "Arus Baru" akan tampil dengan calon Islam untuk bertanding di tempat yang majoriti orang Islam tetapi diletakkan calon bukan Islam.
Tambah lagi , ciri-ciri calon Arus Baru yang akan dipilih hanyalah yang AMANAH , BERAKHLAK, yang mementingkan PERPADUAN, KESETIAAN, dan KESEJAHTERAAN.
Aku sokong perjuangannya iaitu " Saya Sokong Muslim Berwibawa".
PEMILIHAN PEMERINTAH MENURUT AL-IMAM IBNU TAIMIYYAH RAHIMAHULLAH DALAM SITUASI BERTEMBUNG ANTARA MUSLIM YANG ZALIM DAN KAFIR YANG ADIL :
ReplyDeleteFadhilatus Syaikh Ali Jum'ah Hafizahullah ketika membincangkan susunan Maqasid Syariah yang 5 dalam kitab beliau "Al-Madkhal Ila Dirasah Mazahib Al-Fiqhiyyah" - telah menyebutkan dan mengulas pandangan Imam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah dalam persoalan Pemerintahan :
"Ibnu Taimiyyah Rahimahullah mengutamakan Kafir yang Adil dalam pemerintahan berbanding Muslim yang Zalim dalam pemerintahan dari sudut mengimarahkan (mengurus dan mentadbir) dunia. Ini kerana KEADILAN ADALAH ASAS PEMERINTAHAN.
Ibnu Taimiyyah Rahimahullah mentarjihkan (mengutamakan) perkara ini atas asas : Kafir yang Adil telah menepati Nilai Ketamadunan Islam dalam persoalan ini(pemerintahan),sekalipun dari sudut agamanya dia berbeza dengan Islam.
Ianya adalah kerana asas tegaknya Tamadun Islam itu adalah KEADILAN. Yang mana dengan keadilan inilah tertegak dan terpeliharanya Nyawa,Aqal,Keturunan,Harta Benda, yang menjadikan tertegaknya urusan dunia ini disebabkannya,manakala kezaliman pula akan menghancurkan perkara-perkara tersebut.
Seorang Muslim pula,walaupun dia terikat hubungannya dengan Agama (Islam),akan tetapi dalam keadaan ZALIMnya tadi,dia akan menghancur dan menghapuskan nilai-nilai yang terbina di atas Maqasid-Maqsid yang lain yang diperlukan untuk menegakkan Ibadah dan Imarah,dan ini tidak akan membawa kepada tercapainya matlamat di dalam realiti kehidupan.
Dari sudut inilah difahami dan diletakkan pandangan Ibnu Taimiyyah Rahimahullah."
[Al-Madkhal Ila Dirasah Al-Mazahib Al-Fiqhiyyah - Darus Salam m/s 319]
p/s :
Perbahasan Fiqh Islami terhadap persoalan melantik non-muslim memegang tanggungjawab pemerintahan bukanlah baru.
Ada Fuqaha' yang menghalang dan ada yang membenarkan.
Tugas Sarjana Ummah semasa terutama di Negara kita adalah untuk mengambil faedah dari pandangan Fuqaha' terdahulu dan meneliti pandangan manakah yang bersesuaian dengan realiti dan maslahah negara.
Yang tidak patut berlaku ialah - menafikan pandangan yang tidak sehaluan secara mutlak,dan menganggapnya sebagai tidak bertepatan dengan Islam.
Wallahu'alam.