Andai pada masa dahulu aku pernah membenci untuk melakukan sesuatu perkara yg bsifat harus hukumnya itu kerana keadaan pada masa itu memaksa aku bertindak sedemikian. Keputusan aku pada ketika itu mungkin adalah yang terbaik pada masa itu...
Jika pula pada masa sekarang, aku melakukan sesuatu perkara yang aku pernah kata untuk tidak akan sama sekali melakukannya lagi tetapi kamu melihat aku sedang melakukannya tidak bermakna aku melakukan ssesuatu perkara yang salah... Ini juga kerana keadaan pada masa ini telah berubah sehinga memaksa aku untuk melakukan hal sedemikian. Itu tidak bermakna aku hilang prinsip tetapi aku cuba melakukan perkara yang terbaik pada diriku untuk masa ini dan masa hadapanku..
Setelah berlalu perjalanan masa, perubahan keadaan sekeliling, pertukaran budaya semasa, peningkatan ilmu pengetahuan, penambahan pengalaman telah mengubah seseorang dan berjaya membentuk individu untuk menjadi lebih matang andai individu tersebut mengambil pengajaran dari setiap perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Perbezaan prinsip terdahulu dengan prinsip sekarang tidak juga mencerminkan individu itu bersifat lalang tapi itulah individu yang berubah untuk menjadi yang lebih cemerlang buat masa akan datang...
Wallahu a'lam
masa sentiasa berlalu |
No comments:
Post a Comment
Setiap tulisan dan artikel adalah pandangan penulis semata-mata. Tidak semestinya padangan penulis betul atau tidak semestinya salah. Kita semua berhak memberikan pandangan masing-masing. Jika berbeza pandangan boleh nyatakan di ruangan komen yang disediakan. Terima Kasih