ni adalah bas sp bumi yang selalu aku naik |
Ramai
orang yg aku jumpa dia kata aku terpaksa la buat benda ni..lantas dengan
keadaan mereka yg terpaksa la sangat tu
menjadi lesen untuk membiarkan mereka melakukan perkara yg melanggar
syariat..ramai org yg myalah guna istilah darurat..dan mungkin ramai tak tahu
langsung apa syarat2 yg ada utk di claim
dia berada dalam keadaan darurat.. Senang cakap, darurat adalah keadaan kamu
yang sangat terdesak sehingga membahayakan nyawa jika tidak melakukan
sedemikian..
Aku
ingin highlight satu keadaan terpaksa la sangat. Keadaan ni memang aku percaya ramai orang yang
tahu tapi macam tak boleh nak buat apa-apa….meaningless…Umum
semua yang biasa naik bas express untuk balik kampung mesti tahu yang tiket seat kita beli takda diberitahu siapa
yang akan duduk di sebelah kita. Lagi bahaya kalau naik bas yang seat 2+2.. sebab apa bahaya adalah
kerana seat ni lebih kecil dan rapat
antara satu sama lain. Kalau duduk yang berlawanan jantina sangat bahaya,
syaitan seronok tengok korang duk rapat-rapat, lagi2 yang bukan mahram. Pergh,
tambah lak kalau naik bas waktu malam, jarak jauh lak tu..memang seronok habis
la syaitan waktu tu. Betul la, cuba bayangkan dalam keadaan yang seat yang rapat, waktu malam, gelap, pahtu dua-dua
terlentok..takkan tak ada yang gatal tangan dalam tengah tidur.
“Alamak, aku duk sebelah laki lagi malam ni. Tak tidur lagi la aku kali ni. Habis tu nak buat macam mana dah terpaksa”…itulah keluh hati seorang perempuan sebenarnya. Suara hati yang kamu tak dengar wahai kaum lelaki. Ada juga sebenarnya lelaki yang tidak mahu duduk sebelah perempuan di dalam bas ekspress.
ni keadaan seat 2+2 |
Tidak kira la waktu siang ke atau waktu malam. Ini dikira lelaki baik sikit. Tapi terkilannya, kedua-dua mangsa ni tadi berjaya ditundukkan syaitan untuk duduk sebelah-menyebelah dalam satu masa yang panjang akibat terpaksa la sangat. Apa salahnya kalau kaum wanita tu gunakan hak dia sebagai wanita untuk lindungi diri dia dgn mengadu kat pemandu bas untuk ditukarkan ke seat yang lain ataupun orang lelaki tadi sendiri dengan gentleman untuk tukar tempat agar sama-sama boleh duk dengan sama jantina dan duduk dengan senang hati. Tak payah lagi nak risau tentang orang sebelah. Dua-dua boleh tidur lena…..
ni keadaan seat 2+1 |