Setiap dari kita mempunyai impian yang telah kita angankan sejak dari kanak-kanak lagi. Ingin mempunyai empayar perniagaan sendiri, keluarga yang bahagia, harta yang banyak, kerjaya yang diidamkan dan pelbagai lagi. Mungkin sahaja setengah dari kita telah mencapai impiannya tetapi bagaimana yang lain. Sedarkah simptom-simptom ini mungkin telah berjangkit dalam diri kamu menyebabkan kamu banyak menghabiskan masa tanpa sedar.
Antaranya ialah :-
hidup yang bosan |
1. Kamu menghabiskan banyak masa melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Sibuk dengan permainan komputer, menonton tv, melayari internet, memenuhi masa dengan makan, tidur dan lepak. Cuba imbas seketika hidup kamu. Di mana kamu banyak menghabiskan masa? Adakah perbuatan kamu itu menjadikan hidup kamu lebih baik? Adakah ia menjamin masa hadapan yang cerah? Jika tidak, kamu perlu segera ubah rutin harian kamu. Segera UBAH!
2. Kamu dapati diri kamu banyak mengeluh.
Terdapat ramai orang yang bersedih dengan kehidupan mereka
dan mereka langsung tidak pernah berhenti meluahkannya sama ada di media sosial
atau kawan rapat. Adakah kamu juga tergolong sama? Adakah kamu mengeluh tentang
kerjaya kamu sekarang, bos kamu, gaji kamu, jiran kamu atau pasangan kamu? Jika
ya, kamu sebenarnya tidak mengubah apa-apa, malah hanya mengumpul tenaga negatif. Perkara negatif tidak mengubah apa-apa
yang baik. Ia hanya membuatkan kamu semakin tertekan. Jadi ubah cara pemikiran
kamu dan bercakap dengan orang yang kamu hargai dalam hidup kamu bukan pada
perkara yang kamu tidak suka.
3. Pengetahuan kamu konsisten.
Jika semakin hari semakin membesarnya kamu tapi
pengetahuan kamu tidak bertambah, sebenarnya kamu sedang berada dalam keadaan yang rugi. Pengetahuan kamu tidak berkembang, kemahiran kamu tidak diasah
dan bakat kamu juga sudah semakin tenggelam. Kamu ibarat air bertakung yang
mungkin hanya mengumpulkan hidupan-hidupan mati. Itulah yang sebenarnya sedang
berlaku kepada intelektual kamu jika kamu berterusan tidak menggunakannya dan
tidak belajar sesuatu perkara baru. Menerima cabaran baru dalam kehidupan
akan mengembangkan lagi cara pemikiran kamu untuk melihatnya dengan skop yang lebih luas.
Bermonolog (bercakap dengan diri sendiri) boleh memberikan dua kesan sama ada positif atau negatif. Kesan positif ia boleh menyuntik semangat keyakinan dalam diri atau menyedarkan jiwa yang sedang gemuruh. Kesan negatif pula adalah sebaliknya jika dia bermonolog dengan perkara yang negatif. Minda separa sedar juga akan terpengaruh dengan kata-kata yang tidak merangsangkan perkara baik yang membawa kepada kejayaan. Diri kamu sendiri akan sentiasa berfikir ke arah kegagalan jika kalimat tidak boleh yang selalu kamu ucapkan.
Pepatah ada menyebut : Sama ada kamu berfikir kamu boleh atau tidak boleh, kedua-duanya adalah betul.
Jika kamu memberitahu pada diri bahawa kamu tidak cukup pandai untuk berniaga, maka kamu betul. Jika kamu memberitahu pada diri bahawa kamu telah terlalu penat berusaha untuk mengubah kehidupan, maka kamu betul. Apa sahaja yang kamu bermonolog menjadi kenyataan. Waspadalah apa yang kamu ucapkan sebabnya kamu akan dapati ia terjadi seperti yang kamu fikirkan.
5. Kamu rasa tidak terinspirasi.
Adakah kamu berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu? Ramai yang beranggapan mereka merasakan tidak terlampau gemuruh untuk sesuatu perkara. Ini bukanlah menjadi satu masalah. Pasti ada sesuatu yang menyeronokkan untuk kamu lakukan. Maka carilah sesuatu apa sahaja yang membuatkan kamu bersemangat untuk melakukannya.
6. Tiada perancangan masa hadapan.
Jika kamu tiada matlamat dan impian untuk dicapai, kamu tidak ubah seperti sebuah kapal yang berada di tengah lautan yang tidak tahu ke mana arah hendak dituju. Hanya mengikut sahaja arah angin yang bertiup dan mengharap sampai ke daratan. Pemikiran sebegini adalah satu malapetaka bagi diri sendiri. Kamu mesti merangka satu pelan tindakan untuk menjayakan impian dan matlamat kamu. Tetapkan satu matlamat untuk dicapai dalam masa 5, 10, 15 dan 20 tahun akan datang.
7. Banyak menghabiskan masa dengan memenuhi agenda orang lain.
Cukup mudah sebenarnya untuk keluar bergembira dengan kawan-kawan. Secara tidak langsung sebenarnya kamu telah berjaya memenuhi agenda hidup kawan kamu tersebut. Itu bukanlah suatu perkara yang salah tetapi sekiranya ia berterusan kamu akan terus berada dalam keadaan yang rugi ataupun stagnant kerana tidak mempersiapkan agenda kamu sendiri tetapi terus menjayakan agenda orang lain.
Sebagai contoh menemani kawan membeli-belah, keluar makan dengan kawan setiap hujung minggu, menjadi teman perjalanan kawan bagi menghadiri kursus di luar negeri dan sebagainya. Berhentilah memenuhi agenda orang lain yang langsung tidak memberikan suatu input positif untuk diri kamu dan carilah orang yang dapat memberikan suatu nilai tambah kepada kedua-dua belah pihak.
Untung-rugi kita sama-sama naik!
smartphone |
8. Terlampau ketagih dengan smart phone.
Kepesatan teknologi sekarang melahirkan pelbagai jenis gajet terbaru lagi tercanggih dan membuatkan kita terus terleka dengannya. Dalam keghairahan bermain gajet, tahukah kamu berapa banyak masa yang telah kamu habiskan dengannya. Bertambah teruk lagi, fikir juga berapa banyak hubungan yang menjadi renggang akibatnya. Jika kamu masih lagi tidak dapat berhenti seketika dengan gajet walaupun sedang makan bersama dengan keluarga, pasangan dan anak-anak, kamu telah kerugian masa yang sangat berharga bersama dengan mereka. Atau mungkin juga kamu kehilangan masa merancang masa depan kamu.
9. Banyak menghabiskan duit pada perkara yang tidak perlu.
Dalam zaman kegawatan ekonomi sekarang, kita perlu menjadi bijak untuk membezakan antara barang keperluan dengan keinginan. Oleh kerana adanya perasaan 'biar papa asal bergaya' atau sikap tidak mahu kalah dengan orang lain menyebabkan ramai yang menghabiskan duit pada perkara yang tidak sewajarnya.
Dunia juga seolah terbalik apabila ramai anak-anak muda yang masih belajar sanggup mengumpul dan menghabiskan duit semata-semata untuk membeli gajet canggih lagi mahal kerana mahu mengikut arus peredaran zaman. Gajet yang dimiliki mereka jauh lebih hebat dari gajet yang dipakai oleh guru mahupun pensyarah. Jika ingin dihitung, sebenarnya barang keperluan (dharuri) tidaklah terlampau banyak. Ia hanya meliputi rumah, makanan, pakaian, ilmu pengetahuan, kasih sayang dan agama. Maka yang selebihnya adalah bonus. Jadi lihat semula perbelanjaan yang telah kamu lakukan sama ada boleh dikurangkan ataupun tidak seperti bil internet, bil astro, langganan majalah mingguan dan pelbagai lagi. Duit yang selebihnya boleh sahaja kamu laburkan untuk kegunaan masa hadapan.
10. Tidak mendapat tidur yang secukupnya.
mengantuknya |
Tidur yang secukupnya adalah penting. Ia adalah suatu rutin pemulihan setelah penat bekerja sepanjang hari. Jika kamu terlampau sibuk sehingga gagal mendapat rehat yang mencukupi atau mempunyai tabiat buruk berjaga malam sehingga awal pagi, kamu mesti ubat tabiat itu.
11. Tidak menjaga kesihatan.
Bukan hanya rehat mencukupi sahaja yang penting, malah makanan dan bersukan juga memainkan peranan yang sama. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang serta mengamalkan gaya hidup sihat adalah lebih bagus dari mengurangkan berat badan. Ia memberikan kecerdasan akal dan semestinya menyihatkan badan. Jadi lihat semula diet dan aktiviti harian kamu selama ini adakah ia menepati jadual kesihatan ataupun tidak. Akhir sekali, kamu akan dapati dengan membuat sedikit perubahan sekaligus ia akan meningkatkan kualiti hidup kamu secara tidak sedar.
12. Kamu tidak dapat tinggalkan zon selesa.
Realitinya, siapa yang tidak mahu berada di zon selesa. Ia membuatkan kita berasa tenang, bahagia serta tidak perlu untuk bersusah payah. Seolah-olah dunia sekarang ini adalah syurga. Berterusan dalam zon selesa bererti tiada usaha untuk meningkatkan kualiti hidup. Harus diingat, ada perbezaan antara risiko dan menghitung risiko. Setiap risiko mempunyai untung dan ruginya bergantung sebesar mana risiko itu diambil tetapi menghitung risiko ialah kamu telah mengira segala kemungkinan yang akan berlaku dan telah menyediakan pelbagai pelan untuk mengatasinya.
13. Kamu tidak merasai kebahagiaan hidup.
Secara umumnya, cara mengukur kebahagiaan seseorang adalah dengan mengukur tahap kegembiraannya. Jika kamu tidak gembira, kamu perlu lakukan perubahan. Buat sesuatu yang baru yang dapat mengembirakan serta meletakkan hidup kamu ke arah yang lebih baik. Hidup seharusnya menyeronokkan dan menarik.
jangan putus asa |
Halangan terbesar ialah individu itu sendiri. Nyalakan semangat dalam diri, ubah cara berfikir dan lakukan perubahan hidup !
No comments:
Post a Comment
Setiap tulisan dan artikel adalah pandangan penulis semata-mata. Tidak semestinya padangan penulis betul atau tidak semestinya salah. Kita semua berhak memberikan pandangan masing-masing. Jika berbeza pandangan boleh nyatakan di ruangan komen yang disediakan. Terima Kasih