Alhamdulillah, kepulangan 4 pemuda
dari negara seberang, Jogjakarta Indonesia telah banyak memberikan kesan ke
dalam hati setiap peserta delegasi. Peserta yang terdiri daripada pimpinan
tanzim mahasiswa berangkat ke negara seberang bertujuan mengumpul maklumat dan
berkongsi maklumat bersama dengan gerakan mahasiswa Islam Indonesia khususnya
di JogJakarta. Peserta yang terlibat ialah Ahmad Naqiuddin, Amirul Hakimi,
Izham Alias dan Hafizuddin Mazlan.
Walaupun kunjungan yang singkat
iaitu cuma 6 hari, dari tanggal 1-6 Julai 2013 sedikit sebanyak memberi manfaat
kepada setiap peserta dan InsyaAllah akan dikongsikan maklumat dan pengalaman
yang berguna kepada semua.
Ketibaan kami disambut oleh
saudara Sujono Marta Syuhada. Beliau menemani kami semua sepanjang beradaan
kami di Jogjakarta bersama dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Kami banyak
belajar dari seorang lelaki kental bernama Sujono.
Sujono merupakan seorang
mahasiswa Universiti Negeri Yogyakarta yang mengambil jurusan teknologi
pendidikan. Sekarang beliau menuntut di semester 8. Kehidupannya sungguh
sederhana dan tidak terlampau mewah. Banyak sumbangan masa beliau sumbangkan
pada jalan dakwah. Itulah Sujono, ayah kepada seorang puteri yang berusia 15 bulan.
Pengorbanan
Kesetiaan dan pengorbanan beliau
terserlah melalui perbuatannya. Beliau melayani kami sebagai tetamu dengan
sebaik-baiknya kerana beliau yakin dengan hadis nabi yang mengatakan tetamu itu
adalah rezeki. Beliau telah menemani kami hampir sehari suntuk sepanjang enam
hari di sana. Beliau menjemput kami di tempat menginap seawal pagi dan
menghantar kami pulang semula ke tempat menginap lewat malam. Ditanya bagaimana
dengan keadaan puterinya yang berusia 15 bulan dan isterinya yang sedang
mengandung 5 bulan anak kedua, beliau menjawab tenang, “ Isteri saya luar
biasa.” Jelas menunjukkan jiwa seorang isteri yang sudah faham dengan kegiatan
dakwah suami yang sentiasa sibuk. Tidak bermakna saudara Sujono melupakan
tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan seorang ayah.
Kegiatan Dakwah
Kami beralih arah kepada kegiatan
dakwahnya pula. Sujono adalah seorang aktivis dari Kesatuan Aksi Mahasiswa
Muslim Indonesia (KAMMI). Beliau menceritakan kepada kami bahawa beliau memang menyelam penuh dalam aktiviti
dakwah. Beliau menjadi naqib kepada 4 buah halaqah dan setiap halaqah mempunyai
bilangan antara 5-10 orang. Ini bermakna hari-harinya memang penuh dengan
aktiviti dakwah.
Berkorban masa dengan membina pemuda Islam untuk jadi
sepertinya atau lebih hebat lagi. Jika dibandingkan dengan situasi daie di
Malaysia, sudah pasti jauh sekali. Di sini, ada yang cukup bangga dengan hanya
memimpin 1 halaqah, itupun belum tentu dapat melahirkan anak usrah yang sama
hebat seperti dirinya.
Walaupun masa Sujono sibuk dengan
aktiviti dakwah, langsung tidak menggugat pelajarannya. Beliau mengkagumkan
kami dengan berkongsi kegembiraan bahawa beliau berjaya mendapat pelajar
terbaik universiti dan langsung terus mendapat biasiswa. Kesibukannya dalam
dakwah dan kecemerlangan dalam pelajaran harap dapat menjadikan semua terbuka
mata untuk sentiasa ikhlas dalam segala tindakan.
Ingatlah kata-kata Allah, “Siapa
yang menolong agamaNya, pasti Allah akan menolongnya."
IKEA MALAXYPE® titanium pen - TITANIAN ART
ReplyDeleteThe Parker Parker-Matin Parker-Matin Parker-Matin Parker-Matin Parker-Matin nipple piercing jewelry titanium Parker-Matin Parker-Matin Parker-Matin Parker-Matin 출장샵 Parker-Matin titanium trim reviews Parker-Matin Parker-Matin Parker trekz titanium pairing Rating: 5 · 3 where to buy titanium trim reviews