Alhamdulillah, Ramadhan datang kunjung kembali. Bagaimanakah reaksi dan persiapan untuk Ramadhan kali ini? Artikel ini adalah luahan dan pandangan penulis yang biasa penulis lihat dalam tempoh sebulan Ramadhan.
Ramadhan yang Dikenali...
Atau kamu kenali Ramadhan hanya sebagai lautan rezeki segera bagi kamu peniaga amatur? Ada yang mengenali Ramadhan sebagai tempoh untuk mengaut kekayaan. Peniaga amatur yang hanya muncul setahun sekali. Tidaklah salah tapi inilah juga peluang setahun sekali. Jangan kerana mengejar kekayaan dunia yang hanya picisan sehingga buta mengaut kekayaan akhirat yang melimpah. Tidak salah ambil peluang kaya dunia tapi jangan sekali buang peluang akhirat.
Ataupun terkenalnya dengan pesta bufet Ramadhan di hotel-hotel mewah? Turut juga restoran-restoran makanan barat serta laut. Sama ada yang diiktiraf halal oleh JAKIM atau juga sebaliknya. Apakah pesta makanan itu juadah yang menyelerakan atau sekadar lautan pemenuh nafsu? Rendahlah taraf jika mengikut kepuasan nafsu makan atas sebab kelaparan lebih 12 jam. Puas, sungguh puas. Inilah tiga golongan pertama yang saling berkait. Golongan kuat makan dipengaruhi oleh bazar Ramadhan dan pesta bufet makanan.

bunga api tahun baru |
Ataupun Ramadhan akan dikenali dengan bulan tragis dek tragedi kemalangan? Faktornya lebuh raya menjadi medan perlumbaan lumba kereta secara tidak rasmi. Siapa yang tidak mahu cepat sampai ke destinasi. Jadilah seorang pemandu yang berhemah. Jangan lakarkan sejarah di bulan Ramadhan dengan kematian orang yang tersayang, atau kaki yang terputus atau patah tangan, kemalangan ngeri atau kereta terbalik sehingga meletup. Apabila ingin memintas kenderaan biarlah anggaran dengan penuh yakin dapat lepas agar nyawa kita yang tidak terpintas.
Atau Ramadhan ini hanya dikenali bulan yang cukup mewah kerana dapat berbelanja sakan untuk menyambut 1 Syawal?. Apakah hanya dengan hadirnya Ramadhan terus ditukar langsir baharu, set sofa baharu, set perabot baharu. Raya semakin bertambah sakan apabila ada yang terus tukar kereta baharu, rumah baharu mungkin juga bertambah meriah dengan kehadiran pengantin baharu. Cukuplah bagi orang biasa untuk memperoleh baju raya atau baju kurung baharu sempena aidilfitri tapi itu masih lagi bukan Ramadhan yang patut dikenali.
Perangai Sesetengah Orang.
Ada orang pada bulan Ramadhan kerjanya makan sahaja. Pada waktu sahur makan berpinggan-pinggan.
Telan supplement, ginseng, pil tenaga takut lapar di kala waktu siang.. Masa berbuka nanti apatah lagi. Pasti lagi banyak ditelannya. Ingatlah nabi berpesan untuk suruh bangun sahur bukanlah semata-mata untuk mengalas perut di waktu siang tapi juga untuk mengambil berkat. Di mana berkatnya jika makan sehingga terlalu kenyang.

Ada hamba Allah pada waktu sahur dimulakan dahulu dengan solat tahajud sekurang-kurangnya 2 rakaat baru menjamah sahur. Niat sungguh ikhlas untuk mengejar lailatul qadr. Kehebatan hamba Allah ini ditunjukkan dengan memburu ganjaran lebih baik dari seribu bulan sejak awal 1 Ramadhan lagi. Alhamdulillah.
Cukuplah mencari suasana Ramadhan yang baru. Berhentilah meneroka Ramadhan yang bukan dari sepatutnya. Mari kembali bekerja pada Ramadhan yang asal tujuan kewujudannya. Ramadhan harus dikenali dengan penuh pengisian rohani. Padat dengan amal ibadat dari seawal tahajud sehinggalah ke akhir mata terlelap.
solat berjemaah |
Ayuh Hayati.
Maksud bagi orang yang berbuka tapi berpuasa ialah seperti orang yang menjaga segala anggotanya iaitu mata, mulut, tangan, hati, kaki, telinga daripada sebarang dosa walaupun dia makan dan minum. Dalam menjaga pandangan dan menutup mulut tidaklah hanya sebulan dalam setahun tetapi hendaklah sepanjang mata melihat dan mulut masih dapat berbicara.
Manakala maksud orang yang berpuasa tapi sebenarnya berbuka ialah orang yang sedang lapar dahaga berpuasa sepanjang hari tetapi anggota badannya asyik melakukan dosa.
Imam Ghazali telah mengelaskan orang yang berpuasa itu kepada 3 kumpulan :-
1. Puasa orang awam @ Shaum al-Umum iaitu orang yang berpusa sekadar menahan lapar dan dahaga serta menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa sahaja. Inilah darjat puasa kebanyakan orang awam.
2. Puasa orang khusus @ Shaum al-Khusus iaitu orang yang berpuasa dan menjaga diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa serta menjaga mata, lidah, telinga dan anggota-anggota tubuh yang lain dari perkara-perkara maksiat yang boleh mengurangkan darjat pahala puasa. Inilah puasa golongan orang-orang yang soleh.
3. Puasa golongan khusus dari yang khusus @ Shaum Khusus al-Khusus iaitu darjat puasa bagi golongan nabi, para rasul, siddiqin dan muqarrabin. Mereka berpuasa seperti golongan kedua tetapi dengan ditambah padanya puasa pada hati. Melupakan dari segala perkara yang hina, perkara duniawi serta mencegahnya daripada selain Allah secara keseluruhannya.
Bagi kita sebagai manusia biasa mungkin terlampau sukar untuk mencapai darjat puasa golongan ketiga tetapi tidaklah bermaksud mustahil. Biarlah diletakkan untuk kita berusaha mencapai makam puasa dalam golongan kedua dengan cara :-
i) Menjaga pandangan
ii) Menjaga percakapan
iii) Menjaga pendengaran
iv) Menjaga seluruh anggota badan dari dosa
v) Tidak makan terlampau banyak ketika berbuka
vi) Jadikan hati sentiasa dalam keadaan takut dan berharap kepada Allah tentang penerimaan ibadah

Doa
Ya Allah, jadikanlah puasaku di bulan ini seperti orang-orang sejati berpuasa dan qiamku seperti orang-orang yang bangkit, bangunkanlah aku di bulan ini dari kelelapan tidur orang-orang yang lupa. Ampunilah segala kesalahanku wahai Tuhan semesta alam, ampunilah aku wahai pengampun orang-orang yang bersalah.
No comments:
Post a Comment
Setiap tulisan dan artikel adalah pandangan penulis semata-mata. Tidak semestinya padangan penulis betul atau tidak semestinya salah. Kita semua berhak memberikan pandangan masing-masing. Jika berbeza pandangan boleh nyatakan di ruangan komen yang disediakan. Terima Kasih