Sunday, 16 June 2013

Sketsa Lelaki di Hari Jumaat

solat jumaat
solat jumaat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Alhamdulillah, Jumaat kembali lagi. Yaumul jumuuah. Hari kebesaran umat Islam. Hari tempat pemimpin bernama lelaki berkumpul di satu tempat mulia untuk menerima tazkirah buat diri dan ahli keluarga di rumah.

Banyak perkara yang aku duduk perhati, kenapa la orang lelaki ni suka buat yang pelik dan benda yang lelaki buat ni sangatlah rugi. Tambah2 rugi sebab perkara yang diorang buat ni jatuh hari Jumaat, penghulu hari dalam kalendar Islam. Tingkah laku lelaki ni bermacam2 ragam aku jumpa kat masjid. Kat sini aku cuma nak kongsi yang aku tak berapa berkenan jela. Banyak sebenarnya tapi kongsi sedikit je dulu.

Aku harap sangat, gentlemen yang baca artikel aku ini tolonglah jangan buat ataupun ladies yang baca, tolong la sampaikan atau tegur kat adik beradik, "abang sayang", and siapa yang bernama lelaki jela.

Mula2 sekali aku ucapkan tahniah pada semua yang ketika dia mandi di pagi Jumaat telah sertakan sekali niat mandi sunat Jumaat. Bukan setakat niat "sahaja aku mandi" tapi niatkan juga mandi sunat jumaat. Alhamdulillah sunnah pertama telah berjaya diperoleh. Bukannya susah sangat, niat je, takda kena bayar pun. Dapat pahala free lagi adalah. Aiseyman, rugi pahala orang yang lupa ni.

FASA PERTAMA

lelaki kartun
lelaki
Bagi yang sampai masjid awal, akan ada kelebihan dan rezeki yang mungkin tak disangka-sangka. Sebab apa?.. Untuk pengetahuan orang yang selalu sampai lewat, biasanya hari Jumaat akan ada yang pemurah hati sedekah makanan. Paling famous bagi pisang, rambutan, duku. Ada juga yang sedekah kurma, kuih, meehun. Yang paling best ada yang sedekah nasi berlauk. Perghh !! Memang rezeki orang yang datang awal. Tu  la siapa suruh korang datang lewat. Biasanya setiap minggu memang akan ada la yang sedekah makanan kat masjid, kecuali bulan puasa. Yang tak berkenan di hati kat orang yang sampai awal ini, dah la timbai nasi sebungkus tapi kenapa la korang tetap juga masuk masjid lewat.

Aku pelik betul la dengan segolongan orang macam ni. Apa yang tak peliknya, bila dah sampai awal tu, masuk la dalam, duduk saf depan-depan. Kalau boleh pilih satu saf sekali dengan bilal, ajk, JKKK tapi golongan ni tetap juga pilih saf belakang-belakang. Ada yang pilih belakang dekat tempat ambil wuduk, tempat letak kasut, belakang tiang, belakang dinding, depan pintu. Ada juga yang pilih satu saf dengan budak-budak. Pelik betul. Dah la semuanya besar-besar. Ada yang dewasa dan tak ketinggalan yang anak dah besar pun tetap juga pilih saf belakang-belakang ni. Aku boleh andaikan golongan macam ni sebenarnya tak suka pun nak datang masjid. Berat tuduhan ni tapi itulah hakikatnya. Sedangkan saf kat depan banyak lagi tak berpenghuni, yang belakang juga menjadi pilihan. Mengganggu orang nak masuk je. Orang yang sampai lewat lak boleh duduk dekat depan. Pelik betul. !!

FASA KEDUA

air tidur
tidur...tidur...tidur...
Sekarang waktu untuk khatib baca khutbah. Hebat orang ni. Kenapa hebat?. Cuba kita perhatikan. Masa mula-mula khatib sampai kat mimbar, rata-rata jemaah masih lagi celik. Apabila mula je khatib bersuara untuk membaca khutbah, ramai je aku tengok jemaah yang perlahan-perlahan pejam mata. Pada mulanya niat dengan pejam mata akan khusyuk mendengar tapi sebaliknya lak. Makin asyik dia tidur. Aku pun pernah terlibat sama, sebab tu la tahu..hahaha..Sepanjang sesi khutbah pertama ni, akan ada juga yang tidur. Dari awal baca khutbah sampai la habis. Tambah hebat lagi, sampai je waktu berdoa antara khutbah pertama dan kedua, semua golongan yang tidur ini akan sedar dan turut sama menadah doa walaupun sambil tutup mata.

Hebat!! Dalam keadaan tidur terus bangkit tadah doa. Bila mula khutbah kedua, skrip yang sama berulang. Sambung tidur semula sampai habis khutbah. Inilah hebat orang lelaki. Tengah baca khutbah, boleh tertidur padahal speaker dekat dengan telinga dah tapi masa berhenti rehat seketika antara khutbah pertama dengan kedua, golongan yang tidur ni boleh tadah doa sama-sama. Waaaa.. Hebat. Inilah dipanggil tidur-tidur ayam. Kalau tak percaya, cuba tanya apa isi khutbah tadi, mesti tak dapat golongan ni.

FASA KETIGA

Ok tadi dah jelas 2 point. Sekarang point yang terakhir yang ramai juga buat. Penulis ingin menyeru, tolonglah lepas je bagi salam jangan terus bangun. Langsung tak sempat nak istighfar, wirid, berdoa. Jangan jadi hamba yang biadap kat tuhan. Sekurang-kurangnya ambil lah dulu masa untuk berzikir sekejap. Tak sampai 2 minit pun. Kalau tak percaya boleh time jam. Duduklah istighfar sekejap. Tahu, kamu semua sibuk tapi janganlah jadikan alasan sibuk itu sampai langsung tak sempat untuk berdoa. Kamu boleh tunggu untuk solat Jumaat 30 minit lebih, tak kan tak boleh tahan 3 minit lagi untuk berwirid. Tolonglah jadi hambaNya yang sentiasa ingat kepadaNya.

Bagi jemaah yang bercuti pada hari Jumaat seperti di Terengganu, Kedah dan Kelantan atau yang tidak ada apa-apa urusan selepas solat Jumaat, penulis berharap jemaah semua dapat luangkan sedikit masa lagi untuk beribadah di rumah Allah. Yela, bagi lelaki yang memang jarang sampai masjid kecuali hari Jumaat, ambil la peluang ni untuk beriktikaf seketika. Ambil sekurang-kurang 10 minit untuk mengaji al-quran, atau paling malas pun berselawatlah ke atas nabi. Lagipun nak pergi mana kalau keluar awal-awal, menuju ke rumah juga kan. Sampai rumah je, tengok tv atau tidur je. Sabarkan diri dulu untuk 10 minti, Kalau keluar masjid awal pun terpaksa beratur juga kat luar tu sebab semua berebut hendak balik awal. Kereta, motor berebut-rebut nak keluar. Terpaksa beratur juga kan. Berjemur juga kat tengah panas. Lebih baik tunggu je sekejap kat dalam masjid. Macam lama sangat dah duduk kat masjid. Kalau yang tiada urusan penting tu, curi-curi lah masa sedikit untuk hari Jumaat ni. Jadi orang yang rajin beribadah sikit, baru kena dengan ciri-ciri yang pakai jubah. Nanti pasangan kat rumah rindu lebih. Lagipun, takkan orang pakai jubah pun nak keluar awal kot.

Harapan penulis dapatlah kita semua mendapat manfaat dalam setiap hari Jumaat. Dapat menjadi hambaNya yang sentiasa ikhlas beribadah. Hindari dari kita jadi golongan yang rugi macam ni. Jangan lupa datang masjid awal, barulah dapat "unta".



sunat jumaat

2 comments:

  1. Wahhh! Ada pembaikan di blog ini. Syabas akhi. Ana nak komen tu he. heheh. Good job!

    Teruskan berblogging. Sesungguhnya amalan yang Allah suka adalah amalan yang sedikit, tetapi dilakukan dengan istiqomah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog anta pun kena buat benda yang sama...hehe..kaizen

      Delete

Setiap tulisan dan artikel adalah pandangan penulis semata-mata. Tidak semestinya padangan penulis betul atau tidak semestinya salah. Kita semua berhak memberikan pandangan masing-masing. Jika berbeza pandangan boleh nyatakan di ruangan komen yang disediakan. Terima Kasih