Friday, 8 March 2013

Pancainderaku

HIDUNG

Pancaindera yang pertama kurniaan Allah. Hidung.
Tidak selalunya dapat menghidu, kadang kala ia selsema,
Menjadi lorong bau yang tersumbat,
Hilanglah nikmat aroma seketika.
Sifatnya sensitif terhadap bau yang menyenangkan,
juga bau yang mengembirakan.
Haruman bunga menyegarkan hati, terukir senyuman.
Aroma "tengik", menggundahkan perasaan, memasamkan muka,
Dikipas bau, biar hilang dari laluan.



bau tengik

LIDAH


semburan lidah
 Lidah menjadi pancaindera kedua.
Mempunyai pelbagai deria rasa.
Manis, masam, masin, pahit, tawar.
Deria seolah asam garam kehidupan.
Kuasa tuhan mengatasi pengetahuan.
tak kuketahui lagi, mana datangnya pedas.
Merah jambu warna penciptaan,
Menjadi warna kekuasaan, melayan nafsu yang kuat makan.




TELINGA


telingaku
telinga buat mendengar

Telinga tidak selalunya ingin mendengar,
kadangkala disumbat dengan wayar pembesar.Tanda ia tidak gembira dengan suasana.
Hanya ingin menghiburkan diri sendiri.

Jika diserang dengan drakula kecil, kelibat tangan naik ke udara,
tanda bunyi yang tak disukai.
Melibas jauh drakula kecil.
Tak dapat dilihat tapi mengetahui wujudnya.
Kepekaannya menoleh kepala, setiap bunyi menarik perhatian. Menjadikan kepala sebagai mangsa, memaling tanpa amaran. 




KULIT


Kulit tidak ingin selalu merasa,
ia alah terhadap perkara yang tidak biasa.
Panas, sejuk, kasar, geli, menjadi musuh.
Melahirkan satu musuh bermakna kepedihan.
Menjadi sel terbesar dalam tubuh.
Menjadi pakaian buat daging,
Menjadi hiasan buat hidupan,
Menjadi pelindung dari kesakitan.

Kulit tersangat sensitif dengan sentuhan,
berjaya melahirkan pelbagai perasaan.
Disentuh kekasih bertambah sayang,
menjadi pengikat perhubungan,
meningkat kemesraan sesama pasangan,
apabila tertaut dua insan.



MATA



mataku
mata anugerah tuhan
Pancaindera teristimewa,
Mata namanya. Ia selalu ingin melihat. Setiap yang berada di landasannya menjadi tumpuan. Pandangan haram, pandangan merangsang.
Jantina berlainan menjadi sasaran. Andai tidak dikawal dengan iman, ia takkan tunduk mengalah. Senipis iman bertambah nipis. Gelora nafsu bertambah girang. Tergoda dengan pandangan keasyikan. Tercatat sebagai satu nikmat kemungkaran.



HATI

Pancaindera keenam takda pilihan. Hati mengambil keputusan.
Hati tersangat sensitif. Berjaya mengumpul kesemua pancaindera.
"Ucapan ikhlas selalunya datang dari hati."
"Dari mata jatuh ke hati."

"Sentuhan pasangan mengikat hati dengan cinta dan kasih sayang."
"Luahan perasaan akan terus masuk ke hati."
"Dan hidung, selalu tidak lupa bau orang yang tersayang kerana orang yang tersayang selalu berada di hati."



Itulah kisah sedikit sebanyak pancainderaku...hargailah semuanya dengan baik...gunakanlah ia dengan bermanfaat..jangan tersalah mencuba...jadilah seorang insan yang selalu bersyukur...bersyukur atas nikmat pancaindera...untuk diguna melihat Allah, merasa cinta Allah, berkata-kata dengan Allah, mendengar kalam Allah..jagalah sebaiknya untuk digunakan di syurga

No comments:

Post a Comment

Setiap tulisan dan artikel adalah pandangan penulis semata-mata. Tidak semestinya padangan penulis betul atau tidak semestinya salah. Kita semua berhak memberikan pandangan masing-masing. Jika berbeza pandangan boleh nyatakan di ruangan komen yang disediakan. Terima Kasih