Dr Aidh Abdullah Al-Qarni |
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
" Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan pada kebaikan dan berpesan-pesan pada kesabaran."
al-asr..(103:1-3)
Kali ini aku bukan ingin menulis tentang tafsir ayat al-quran seperti tafsir Ibnu Kathir atau tafsir Fil Zilal tapi tujuan menulis terjemahan surah al-asr adalah untuk meng highlight tentang satu ayat dalam surah itu. Manusia sentiasa berada dalam kerugian. Yup, betul. Kita sentiasa berada dalam kerugian. Aku tengok, duk perhati rasa ruginya orang ni. Rugi kerana jahil ilmu dan rugi kerana sifat bermalas-malasan.
Hari ini ingin berkongsi tentang kerugian dari segi pahala yang biasa orang malas dan jahil lakukan. Rasa ingin menulis sebab biarlah tulisan ini dibaca dan dapat tersimpan agar aku juga tak lupa. Anak cucu pun boleh baca juga kan. Semoga Allah terima..
niat Ikhlas kerana Allah |
Perkara pertama ialah berkaitan dengan Niat. Sekali lagi, bukan ingin mensyarahkan kitab hadis 40 karangan Imam Nawawi tapi ingin petik sedikit je dari syarah kitab tu. Seharian kita hidup dari bangun tidur sampai la tidur semula semua perkara yang kita buat akan dikira sebagai ibadah kalau betul-betul niat buat kerana Allah. Rewrite semula, kalau semua perkara yang kita buat dalam sehari-hari dari awal bangun tidur sampai la tidur semula, semuanya niat lakukan semata-mata kerana Allah barulah dikira ibadah. Niat lakukan semata-mata kerana Allah baru dikira ibadah dan dapat pahala. InsyaAllah.
Memang betul tujuan manusia hidup ni untuk beribadat kepada-Nya. Tapi apabila aku tengok orang kat sekeliling macam memperkecilkan skop ibadah je. Please, janganlah sempitkan skop ibadah tu hanya dengan solat, zikir, puasa, baca quran, pergi haji. Tolonglah.!!.
Rugi la kalau macam ni. Sebab apa rugi?.. Sebab kita solat bukannya 24 jam. Kalau hitung solat 5x sehari pun tak sampai 30 minit. Jadi tiada langsung kita tunaikan tanggungjawab kita untuk beribadah kepada-Nya. Banyak masa yang kita lalai dari ingat kat Dia. Rugilah macam ni kalau pahala hanya dapat masa sembahyang je. Lepas sembahyang tak dapat pahala.
Ok, so apa solusinya?. Straight to the point. Niatkan semua perkara yang kita buat itu adalah ibadah dan yang paling penting semuanya kerana Allah. Niat ikhlas kerana Allah semata-mata. Faham?..Semua perkara yang kita buat macam makan, minum, tidur, belajar, pergi shopping mall, bersembang, main game, and many more.
Aik.. Perkara makan, minum dan tidur kita biasa dengar. Kalau makan, minum dapat pahala atas sebab kalau tak makan nanti takda tenaga, jadi tak boleh nak solat dan sebagainya. Jangan gelojoh sangat sampai lupa baca doa and makan guna tangan kanan, niat ikut sunnah Rasulullah s.a.w. Sama macam tidur, baca doa and jangan malas berwuduk. Niat tidur juga kerana Allah baru dapat pahala free 8 jam. (untungnya kalau tahu agama) tapi macam mana bersembang, pergi shopping mall and main game boleh dapat pahala?.
Betul boleh, sebab kita tak biasa buat dan tak biasa dengar.
Cara nak bersembang dapat pahala, pertama niat kerana Allah Taala, baru setiap perkataan tu dapat pahala. Kalau tak berbuih kosong jela nampaknya. Yang kedua, bersembang untuk merapatkan silaturrahim. Kalau korang dah tak bersembang macam mana nak kenal dengan jiran sebelah bilik. Takda kawan baru la gayanya. Seterusnya, pastikan tiada unsur mengumpat dan memburukkan orang lain ya. Mungkin yang terakhir pastikan adab nak bersembang tu kena jaga, bukan bersembang dengan bukan mahram..
( muhrim dan mahram berbeza ye. Kalau tak percaya boleh rujuk kamus dewan edisi keempat)
Next, cara untuk main game dan pergi shopping mall dapat pahala. Niatkan main game tu kerana Allah dan niat untuk lepaskan tension study. Tapi jangan sampai bazir masa main game sampai 12 jam sehari, 84 jam seminggu. Tu dikira membazir tahap saudara syaitan. Pergi shopping mall dapat pahala ? Pertama dengan cara menutup aurat. Kedua, tidak melihat aurat orang lain. Ketiga, hati tidak lalai dari mengingati Allah. Bukan bermaksud kena lafaz zikir, tapi ingat Allah dengan cara tidak melakukan kemungkaran. Mungkin yang terakhir, tidak terlampau lama di shopping mall kerana ia tempat yang melalaikan.
Alhamdulillah, harap tu jela dulu untuk kali ni. Resolusi dari artikel ni, niat lakukan sesuatu tu kerana Allah semata-mata. Korang baca artikel ni pun niatkanlah kerana Allah Taala, untuk mendapatkan ilmu dan peringatan. Lakukan kerana Allah barulah setiap perkara yang kita buat dapat pahala dan dinilai di akhirat sebgai satu ibadah yg tidak sia-sia. Barulah kita akan digelar sebagai seorang Full Time Muslim.
p/s ; Melabur saham kat tandas pun 1 ibadah kalau kena caranya.
No comments:
Post a Comment
Setiap tulisan dan artikel adalah pandangan penulis semata-mata. Tidak semestinya padangan penulis betul atau tidak semestinya salah. Kita semua berhak memberikan pandangan masing-masing. Jika berbeza pandangan boleh nyatakan di ruangan komen yang disediakan. Terima Kasih