Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
InsyaAllah, kali ini ingin penulis berkongsi tentang kronologi seperti tajuk di atas. Kronologi ini bukan penulis reka sendiri tetapi adalah dari rujukan buku yang boleh dipercayai sumbernya. ( Melainkan ada kesilapan penerbitan.)
Ramai yang terkeliru tentang berlakunya kiamat disebabkan oleh pengaruh dari filem barat. Ramai yang menyangkakan kiamat berlaku dengan permulaanya bencana besar seperti gempa bumi, runtuhan planet, hancurnya gunung-ganang, tsunami dan sebagainya tapi tidak ramai yang menyangka kan sebenarnya banyak lagi peristiwa yang berlaku dahulu sebelum berlakunya tragedi kemusnahan dunia.
Sebagai contoh, ketika berlaku gempa bumi biasanya akan terkeluar dari mulut mangsa yang panik bahawa kiamat sudah tiba. Walaupun memang betul tragedi gempa bumi atau tsunami itu berlaku pada hari Jumaat tapi masih belum lagi tiba kiamat yang sebenar.
Itu satu contoh yang menunjukkan masih lagi kurang kefahaman tentang peristiwa berlakunya kiamat. Penulis tidak menafikan kalimah " Kiamat " yang dilontarkan itu mungkin adalah kiamat kecil bagi dirinya iaitu kematian.
Ok, penulisan dimulakan untuk memberi sedikit kefahaman tentang kiamat..
1. Munculnya Imam Mahdi
- Sebelum kemunculannya, dia tidak mengetahui dirinya Imam Mahdi
- Dia akan mengalami transformasi diri dalam satu malam.
- Imam Mahdi dibai'ah oleh umat Islam di Masjidil Haram
2. Munculnya Dajjal
- Dajjal akan menjarah di merata pelosok muka bumi kecuali Makkah dan Madinah.
- Tentera Imam Mahdi terkepung oleh gerombolan tentera Dajjal yang terdiri daripada 70 ribu orang yahudi dan bangsa lain.
- Pada hari-hari terakhir penjarahannya, Dajjal kehilangan kesaktiannya selepas membunuh seorang lelaki Mukmin ( Nabi Khidir).
3. Turunnya Nabi Isa a.s.
- Nabi Isa akan menjadi makmum solat di belakang Imam Mahdi.
- Baginda mengikut syariat Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam.
- Nabi Isa a.s. akan berhadapan dengan Dajal dan membunuhnya.
- Nabi Isa a.s. membunuh orang Yahudi, pengikut dajal, mematahkan salib dan membunuh khinzir.
4. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
- Tugasnya akan membuat kerosakan di bumi.
- Nabi Isa a.s. bersama umat Islam terkepung di Bukit Tursina.
- Turunnya wabak yang membunuh Yakjuj dan Makjuj berkat doa Nabi Isa a.s
- Munculnya burung-burung yang mengangkut mayat Yakjuj dan Makjuj ke tempat yang tidak diketahui.
- Hujan akan turun untuk membersihkan muka bumi.
5. Dunia Aman.
- Dunia menjadi aman di bawah pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s
- Wafatnya Imam Mahdi
- Nabi Isa a.s menyambung pemerintahan.
- Nabi Isa wafat di Madinah dan dimakamkan di sebelah makam Rasulullah sollallahu alaihi wassalam.
- Dunia diperintah sementara oleh khalifah bergelar al-Muq'ad daripada Bani Tamim.
6. Mulanya episod kehancuran bumi.
- Matahari akan terbit dari barat.
- Tertutupnya pintu taubat.
- Muncul binatang ganjil di Makkah pada pagi yang sama.
- Al-quran diangkat pada satu malam
- Kaabah akan diruntuhkan ketika tiada lagi yang bertawaf
7. Muncul Asap Tebal
- Asap tebal memenuhi seluruh bumi selama 40 hari.
8. Bertiupnya angin dari negeri Yaman
- Tiupan angin lembut ini akan mematikan semua orang beriman walaupun iman sebesar zarah.
- Bumi dihuni orang yang tidak mengenal Allah yang akan hidup seperti binatang yang tiada rasa malu.
- Tiada lagi orang yang menyebut nama Allah di bumi
9. Gempa Bumi
- Berlaku gempa bumi yang dahsyat di timur, barat dan semenanjung arab yang menenggelamkan ramai manusia ke dalam perut bumi.
10. Sangkakala Pertama ( nafkhatul faza')
- Tiupan sangkakala dari Malaikat Israfil diikuti dengan keluarnya api besar dari arah Yaman menghalau manusia menuju tempat kebinasaan.
11. Sangkakala Kedua ( nafkhatul sha'q )
- Tiupan sangkakala kedua menandakan berlakunya kiamat
- Tiupan ini mematikan semua makhluk bernyawa termasuklah Malaikat Israfil dan Malaikat Izrail
- Makhluk yang tidak binasa.
- Arasy
- Kursy
- Luh Mahfuz
- Qalam
- Syurga dan neraka
- Pelayan Syurga
- Roh
- Jasad nabi dan para syuhada
- Sulbi manusia
- Langit terbelah
- Bumi bergoncang kuat
- Gunung ganang bertebangan
- Matahari digulung
- Bintang-bintang berselerakan
12. Tiupan Sangkakala Ketiga ( Nafkhatul ba'st )
- Malaikat Israfil dihidupkan semula selepas 40 tahun kiamat berlaku.
- Malaikat Israfil meniup sangkakala ketiga.
- Dengan tiupan itu, Allah menghidupkan semula semua manusia dan jin.
13. Padang Mahsyar.
- Muncul api besar menghalau manusia dan jin ke tempat perhimpunan, Padang Mahsyar.
- Padang Mahsyar, tempat perhimpunan terbesar dan perbicaraan seluruh manusia.
Begitulah serba ringkas kronologi hari kiamat. Walaupun dilihat seolah-olah tidak mendatangkan kegerunan tapi percayalah semua nabi mengajar kepada umatnya tentang satu doa iaitu doa minta lindung dari fitnah dajal.
Semoga kita mendapat iktibar..
waallahu a'lam..
Rujukan :-
- Majalah Q & A isu 16