ketinggian ilmu |
"Sesiapa yang inginkan dunia hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya hendaklah dia lebih berilmu.”
Jika dirujuk pada
petikan di atas dan hadis nabi, maka akan terserlah banyaknya kelebihan dan
ganjaran yang Allah sediakan bagi orang yang menuntut ilmu. Banyak hadis nabi
yang membongkarkan fadhilat penuntut ilmu. Ini secara tidak langsung
menunjukkan betapa tingginya kedudukan ilmu dan betapa pentingnya untuk
menuntut ilmu. Antara fadhilatnya, Allah memudahkan jalan bagi penuntut ilmu
untuk ke syurga, penuntut ilmu akan dipayungi oleh para malaikat, diangkat
darjatnya lebih tinggi berbanding ahli ibadah yang jahil, penuntut ilmu
dianggap sebagai pejuang Allah, semua penghuni langit dan bumi akan memohon
keampunan buat orang yang sedang menuntut ilmu dan pelbagai lagi ganjaran yang
Allah kurniakan. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menitik beratkan soal ilmu dalam
setiap diri manusia.
Nabi pernah bersabda,
“ Sesungguhnya
menuntut ilmu itu adalah fardhu bagi setiap muslim.”
Ilmu yang bermanfaat
ialah segala ilmu yang mendorong dan membimbing manusia untuk melakukan
kebaikan serta mencegah daripada melakukan kejahatan. Ilmu yang tidak
bermanfaat pula adalah ilmu yang tidak dapat membentuk penuntutnya menjadi
seorang manusia yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat, agama serta
negara. Ilmu dunia yang terlalu luas ini memungkinkan manusia tersesat.
Oleh kerana itu perlu diimbangi dengan ilmu agama untuk memilih mana yang
benar, mana yang batil dan untuk mengetahui mana yang halal dan mana yang haram
demi menyelamatkan diri dari lembah kebinasaan.
Jihad Ilmu
Apabila disebut jihad, maka ramai yang akan membayangkan mata pedang, peperangan, senjata dan pertumpahan
darah. Ini sedikit sebanyak telah menyempitkan aspek jihad. Jihad merupakan
satu syariat Islam, sedangkan syariat Islam itu adalah releven pada setiap
masa. Tidak mungkin syariat Islam akan ketinggalan zaman. Maksud jihad dari
sudut bahasa adalah bererti mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha
mencapai suatu matlamat atau cita-cita sama ada yang mulia dan ideal ataupun
tidak. Manakala jihad ilmu pula bermaksud berusaha bersungguh-sungguh
untuk berkorban segala usaha dan tenaga demi meningkatkan ilmu pengetahuan yang
dimiliki dan sentiasa berazam menjadikan menuntut ilmu sebagai amalan dalam
kehidupan.
Hilmy Bakar Al-Mascaty
telah membahagikan jihad kepada 5 kategori iaitu Jihad Harta, Jihad Jiwa, Jihad
Pendidikan, Jihad Politik dan Jihad Ilmu Pengetahuan. Jika dilihat pada
zaman kemajuan sains dan teknologi sekarang ini, jihad ilmu pengetahuan hampir
menyamai dengan kepentingan jihad di medan peperangan pada zaman lampau. Peperangan
zaman moden tidak hanya menuntut penggunaan senjata sahaja tapi juga lebih
mengutamakan pada ilmu pengetahuan dan teknologi sebagai senjata baru. Lihat
saja pada zaman ini, negara yang menguasai teknologi seperti AS, Rusia, China dan beberapa lagi negara besar mampu menguasai dunia
seterusnya juga menguasai negara-negara yang lemah. Oleh itu, seharusnya kita
semua sedar bahawa jihad mempunyai makna yang luas dan meliputi segenap aspek
kehidupan manusia.
kalam murabbi |
Kepentingan jihad ilmu
berlandaskan syariat Islam akan menjadikan penuntutnya seorang yang berguna
kepada masyarakat sekeliling. Konsep ilmu yang benar bukan sekadar
diisi ke dalam akal fikiran tetapi juga dalam hati nurani manusia sehingga ilmu
tersebut dapat dizahirkan dengan amalan praktikal melalui tingkah laku yang
beradab dan berakhlak. Kalau dilihat pada zaman sekarang, pada setiap
tahun akan lahirnya berpuluh-puluh ribu mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai
instititusi pendidikan awam mahupun swasta di seluruh negara. Jika dilihat pula
pada statistik jenayah negara, bilangan jenayah telah mengatasi bilangan
mahasiswa yang bergraduasi. Amat sedih dengan ketidakseimbangan julat tersebut
jika dibandingkan dengan jumlah penuntut ilmu. Ternyata ilmu yang dipelajari di
peringkat kolej ataupun universiti masih belum cukup untuk mengelakkan atau
mencegah berlakunya perkara mungkar. Atau mungkin juga kerana ilmu yang
dimiliki oleh mahasiswa cetakan institusi pendidikan gagal membantu mereka
untuk menyedarkan masyarakat dalam mengenal erti jenayah seterusnya dapat
mengurangkan kadar jenayah negara.
Saidina Ali ra pernah
menukilkan katanya yang bermaksud,
“Ilmu itu lebih baik
daripada harta. Ilmu menjaga kamu, manakala dengan harta, kamu pula yang
menjaganya. Ilmu itu penghukum (hakim) manakala harta pula akan terhukum. Harta
itu akan berkurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu akan bertambah apabila
dibelanjakan.
Kesimpulan dari jihad
ilmu pengetahuan yang perlu diketahui bagi setiap mahasiswa ialah telah menjadi
satu kewajipan baginya untuk menuntut ilmu dalam bidang yang dipelajari
sessungguh-sungguhnya walau dalam apa jua bidang sekalipun sama ada bidang
sains, teknologi, perundangan, perubatan, pemakanan, sastera, sejarah, ekonomi,
politik, agama dan bidang lain-lain kerana dia secara tidak langsung dia telah
menjadi wakil umat Islam untuk menguasai bidang tersebut. Menjadi satu
kesalahan bagi dirinya seandai dia gagal untuk menghadiri kuliah atau
menyiapkan tugasan disebabkan oleh disibukkan demgan sesuatu perkara yang bukan
dalam bidang sepatutnya dia pelajari.
Permasalahan besar yang masih berlaku di kalangan mahasiswa adalah kurangnya budaya membaca buku. Budaya program nilam yang disemai sejak dari sekolah rendah gagal menjadikan mereka memiliki perasaan cintakan buku. Jenis buku yang dimaksudkan adalah jenis bacaan yang berat seperti sains, teknologi, kejuruteraan dan pelbagai lagi mengikut jurusan yang diambil. Sepatutnya bukan bahan bacaan ringan seperti novel cinta, komik atau majalah hiburan menjadi bahan bacaan utama. Cuba bandingkan tempoh bacaan novel cinta dengan buku rujukan subjek yang mempunyai ketebalan sekitar 200 hingga 300 muka surat. Sudah pastinya novel cinta mampu dihabiskan dahulu dalam masa kurang dari tiga hari walaupun mempunyai jumlah muka surat melebihi 600 berbanding dengan buku rujukan subjek yang mengambil masa belum tentu satu semester sudah habis diulangkaji. Ini kerana buku rujukan subjek lebih berat bacaannya bagi otak tapi ia tetap menjadi kewajipan bagi mahasiswa untuk membeleknya.
Majlis Pengijazahan.
Permasalahan besar yang masih berlaku di kalangan mahasiswa adalah kurangnya budaya membaca buku. Budaya program nilam yang disemai sejak dari sekolah rendah gagal menjadikan mereka memiliki perasaan cintakan buku. Jenis buku yang dimaksudkan adalah jenis bacaan yang berat seperti sains, teknologi, kejuruteraan dan pelbagai lagi mengikut jurusan yang diambil. Sepatutnya bukan bahan bacaan ringan seperti novel cinta, komik atau majalah hiburan menjadi bahan bacaan utama. Cuba bandingkan tempoh bacaan novel cinta dengan buku rujukan subjek yang mempunyai ketebalan sekitar 200 hingga 300 muka surat. Sudah pastinya novel cinta mampu dihabiskan dahulu dalam masa kurang dari tiga hari walaupun mempunyai jumlah muka surat melebihi 600 berbanding dengan buku rujukan subjek yang mengambil masa belum tentu satu semester sudah habis diulangkaji. Ini kerana buku rujukan subjek lebih berat bacaannya bagi otak tapi ia tetap menjadi kewajipan bagi mahasiswa untuk membeleknya.
Majlis Pengijazahan.
Sifat ilmu itu
seharusnya melahirkan seorang manusia yang mengikut resmi padi, apabila berisi
semakin tunduk. Begitulah realitinya dengan mahasiswa sekarang apabila
melangkah sahaja keluar dari menara gading selepas pengijazahan, membawa
segulung sijil dengan megah tetapi langsung tidak mengetahui apakah falsafah
yang terkandung dalam majlis pengijazahan atau turut dikenali sebagai
konvokesyen.
Majlis pengijazahan
adalah bermakna seorang mahasiswa itu telah berjaya menamatkan pengajiannya. Ia
juga adalah simbol seorang guru mengiktiraf ilmu yang diajar kepada anak
muridnya. Majlis pengijazahan sebenarnya adalah merupakan satu petanda yang
amat penting bagi setiap orang yang menerima dan memberi ijazah tersebut. Bagi
penerima ijazah atau anak murid, mereka sebenarnya telah dibebani satu
tanggungjawab baru iaitu untuk menyampaikan ilmu yang selama ini telah
berpuluh-puluh tahun dituntut semenjak dari zaman kecil tadika sehinggalah saat
pengijazahan terakhir doktor falsafah. Mereka seharusnya menyumbangkan segala
ilmu dengan berbakti semula kepada masyarakat dan menunjukkan sebagai seorang
ahli ilmu dengan contoh akhlak yang soleh bertepatan dengan nilai ilmu itu
sendiri.
Bagi penganugerah ijazah
atau juga dikenali seorang guru pula haruslah berterusan mendidik anak muridnya
dengan sebaik-baiknya kerana guru bertanggungjawab terhadap apa yang diajar
oleh mereka dan apa yang akan diajar oleh anak murid kepada masyarakat. Berat
sebenarnya tanggungjawab seorang guru. Malangnya konvokesyen sekarang sudah
tidak difahami oleh setiap graduan. Mereka menganggap ia hanya sebagai satu
majlis untuk bergembira sambil meraikan kejayaan mereka sebagai seorang
mahasiswa yang sudah menamatkan sukatan pelajaran dan akan berakhir di situ
sahaja. Padahal dunia ilmu itu adalah luas dan langsung tidak akan penah habis
sehinggalah kamu menghirup nafas terakhir dan yang paling penting adalah
tanggungjawab selepas tamat pengijazahan untuk membayar semula jasa kepada
masyarakat di samping tidak lupa pada pinjaman tabung pendidikan.