Sunday, 16 June 2013

Sketsa Lelaki di Hari Jumaat

solat jumaat
solat jumaat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Alhamdulillah, Jumaat kembali lagi. Yaumul jumuuah. Hari kebesaran umat Islam. Hari tempat pemimpin bernama lelaki berkumpul di satu tempat mulia untuk menerima tazkirah buat diri dan ahli keluarga di rumah.

Banyak perkara yang aku duduk perhati, kenapa la orang lelaki ni suka buat yang pelik dan benda yang lelaki buat ni sangatlah rugi. Tambah2 rugi sebab perkara yang diorang buat ni jatuh hari Jumaat, penghulu hari dalam kalendar Islam. Tingkah laku lelaki ni bermacam2 ragam aku jumpa kat masjid. Kat sini aku cuma nak kongsi yang aku tak berapa berkenan jela. Banyak sebenarnya tapi kongsi sedikit je dulu.

Aku harap sangat, gentlemen yang baca artikel aku ini tolonglah jangan buat ataupun ladies yang baca, tolong la sampaikan atau tegur kat adik beradik, "abang sayang", and siapa yang bernama lelaki jela.

Mula2 sekali aku ucapkan tahniah pada semua yang ketika dia mandi di pagi Jumaat telah sertakan sekali niat mandi sunat Jumaat. Bukan setakat niat "sahaja aku mandi" tapi niatkan juga mandi sunat jumaat. Alhamdulillah sunnah pertama telah berjaya diperoleh. Bukannya susah sangat, niat je, takda kena bayar pun. Dapat pahala free lagi adalah. Aiseyman, rugi pahala orang yang lupa ni.

FASA PERTAMA

lelaki kartun
lelaki
Bagi yang sampai masjid awal, akan ada kelebihan dan rezeki yang mungkin tak disangka-sangka. Sebab apa?.. Untuk pengetahuan orang yang selalu sampai lewat, biasanya hari Jumaat akan ada yang pemurah hati sedekah makanan. Paling famous bagi pisang, rambutan, duku. Ada juga yang sedekah kurma, kuih, meehun. Yang paling best ada yang sedekah nasi berlauk. Perghh !! Memang rezeki orang yang datang awal. Tu  la siapa suruh korang datang lewat. Biasanya setiap minggu memang akan ada la yang sedekah makanan kat masjid, kecuali bulan puasa. Yang tak berkenan di hati kat orang yang sampai awal ini, dah la timbai nasi sebungkus tapi kenapa la korang tetap juga masuk masjid lewat.

Aku pelik betul la dengan segolongan orang macam ni. Apa yang tak peliknya, bila dah sampai awal tu, masuk la dalam, duduk saf depan-depan. Kalau boleh pilih satu saf sekali dengan bilal, ajk, JKKK tapi golongan ni tetap juga pilih saf belakang-belakang. Ada yang pilih belakang dekat tempat ambil wuduk, tempat letak kasut, belakang tiang, belakang dinding, depan pintu. Ada juga yang pilih satu saf dengan budak-budak. Pelik betul. Dah la semuanya besar-besar. Ada yang dewasa dan tak ketinggalan yang anak dah besar pun tetap juga pilih saf belakang-belakang ni. Aku boleh andaikan golongan macam ni sebenarnya tak suka pun nak datang masjid. Berat tuduhan ni tapi itulah hakikatnya. Sedangkan saf kat depan banyak lagi tak berpenghuni, yang belakang juga menjadi pilihan. Mengganggu orang nak masuk je. Orang yang sampai lewat lak boleh duduk dekat depan. Pelik betul. !!

FASA KEDUA

air tidur
tidur...tidur...tidur...
Sekarang waktu untuk khatib baca khutbah. Hebat orang ni. Kenapa hebat?. Cuba kita perhatikan. Masa mula-mula khatib sampai kat mimbar, rata-rata jemaah masih lagi celik. Apabila mula je khatib bersuara untuk membaca khutbah, ramai je aku tengok jemaah yang perlahan-perlahan pejam mata. Pada mulanya niat dengan pejam mata akan khusyuk mendengar tapi sebaliknya lak. Makin asyik dia tidur. Aku pun pernah terlibat sama, sebab tu la tahu..hahaha..Sepanjang sesi khutbah pertama ni, akan ada juga yang tidur. Dari awal baca khutbah sampai la habis. Tambah hebat lagi, sampai je waktu berdoa antara khutbah pertama dan kedua, semua golongan yang tidur ini akan sedar dan turut sama menadah doa walaupun sambil tutup mata.

Hebat!! Dalam keadaan tidur terus bangkit tadah doa. Bila mula khutbah kedua, skrip yang sama berulang. Sambung tidur semula sampai habis khutbah. Inilah hebat orang lelaki. Tengah baca khutbah, boleh tertidur padahal speaker dekat dengan telinga dah tapi masa berhenti rehat seketika antara khutbah pertama dengan kedua, golongan yang tidur ni boleh tadah doa sama-sama. Waaaa.. Hebat. Inilah dipanggil tidur-tidur ayam. Kalau tak percaya, cuba tanya apa isi khutbah tadi, mesti tak dapat golongan ni.

FASA KETIGA

Ok tadi dah jelas 2 point. Sekarang point yang terakhir yang ramai juga buat. Penulis ingin menyeru, tolonglah lepas je bagi salam jangan terus bangun. Langsung tak sempat nak istighfar, wirid, berdoa. Jangan jadi hamba yang biadap kat tuhan. Sekurang-kurangnya ambil lah dulu masa untuk berzikir sekejap. Tak sampai 2 minit pun. Kalau tak percaya boleh time jam. Duduklah istighfar sekejap. Tahu, kamu semua sibuk tapi janganlah jadikan alasan sibuk itu sampai langsung tak sempat untuk berdoa. Kamu boleh tunggu untuk solat Jumaat 30 minit lebih, tak kan tak boleh tahan 3 minit lagi untuk berwirid. Tolonglah jadi hambaNya yang sentiasa ingat kepadaNya.

Bagi jemaah yang bercuti pada hari Jumaat seperti di Terengganu, Kedah dan Kelantan atau yang tidak ada apa-apa urusan selepas solat Jumaat, penulis berharap jemaah semua dapat luangkan sedikit masa lagi untuk beribadah di rumah Allah. Yela, bagi lelaki yang memang jarang sampai masjid kecuali hari Jumaat, ambil la peluang ni untuk beriktikaf seketika. Ambil sekurang-kurang 10 minit untuk mengaji al-quran, atau paling malas pun berselawatlah ke atas nabi. Lagipun nak pergi mana kalau keluar awal-awal, menuju ke rumah juga kan. Sampai rumah je, tengok tv atau tidur je. Sabarkan diri dulu untuk 10 minti, Kalau keluar masjid awal pun terpaksa beratur juga kat luar tu sebab semua berebut hendak balik awal. Kereta, motor berebut-rebut nak keluar. Terpaksa beratur juga kan. Berjemur juga kat tengah panas. Lebih baik tunggu je sekejap kat dalam masjid. Macam lama sangat dah duduk kat masjid. Kalau yang tiada urusan penting tu, curi-curi lah masa sedikit untuk hari Jumaat ni. Jadi orang yang rajin beribadah sikit, baru kena dengan ciri-ciri yang pakai jubah. Nanti pasangan kat rumah rindu lebih. Lagipun, takkan orang pakai jubah pun nak keluar awal kot.

Harapan penulis dapatlah kita semua mendapat manfaat dalam setiap hari Jumaat. Dapat menjadi hambaNya yang sentiasa ikhlas beribadah. Hindari dari kita jadi golongan yang rugi macam ni. Jangan lupa datang masjid awal, barulah dapat "unta".



sunat jumaat

Sunday, 2 June 2013

Paluan Gendang Masih Berbunyi ??

5 mei 2013
5 Mei 2013

Tanggal 5 Mei 2013 sudah berlalu. Berlangsungnya peristiwa bersejarah kerana PRU 13, sekali lagi BN menyambung tampuk pemerintahan Malaysia dengan majoriti mudah 133 kerusi parlimen berbalas 89 kerusi parlimen.

Bagi aku, setelah menjelangnya tarikh 6 Mei 2013 dan keputusan pun telah diketahui menandakan berakhirnya segala paluan gendang, perang bendera, kempen fitnah-memfitnah, kutut-mengutuk dan ucapan memburukkan antara satu sama lain. Itulah keindahan seni politik pilihanraya di Malaysia dan juga tidak terkecuali negara demokrasi lain.

Sepanjang kempen mahupun sebelum kempen, kerajaan BN dikenali rakyat sebagai kerajaan yang zalim atas sebab2 tertentu. Dendangan lagu keburukan BN terserlah di laman sosial facebook. Tentang rancangan bahaya PR juga telah diputar hebat oleh media arus perdana.  Buktinya dengan menyaksikan PR banyak tewas di kawasan kampung berbanding kawasan bandar yang rata2 nya pengundi muda yang celik IT.

Sehari selepas pengundian, aku harap keburukan ini tidak berleluasa lagi atau biarlah sunyi sehingga 5 tahun. Aku menjangkakan dendangan lagu kezaliman BN tidak lagi berkumandang di saluran facebook tapi sangkaanku jauh mengherot. Lagu ini rancak dimainkan walaupun medan pertempuran lagi 5 tahun untuk dibuka. Semuanya diputar oleh penyokong2 tegar dan ahli tolak BN seumur hidup.

Aku merasa sedikit terbosan dengan cerita ini di facebook. Oleh kerana ramai juga kawanku yang memutarkan semula lagu ini, maka dengarlah pula lagu balas dariku.

pemimpinOk, kawan2ku semua. Untuk masa sekarang, kita masih lagi berusia muda dan masih lagi mempunyai baki umur 50 tahun untuk menuju 70. Kita mempunyai tempoh yang panjang lagi. Bagiku, berhentilah seketika menumpukan perhatian menyebarkan kehodohan BN, mengkaji kezaliman BN. Aku tahu kebencian kamu terhadap Umno BN dah lama. Boleh kata lebih lama dari usia kamu sendiri.

Berpuasalah 4 tahun pertama ini dari menyebarkan kezaliman BN dan tumpukanlah pada pengajian kamu yang akan tamat sekitar 1-2 tahun lagi.

Berpuasalah 4 tahun ini untuk kamu menyemak kesalahan kamu dari kamu menyebarkan keburukan BN. Kamu hanya nampak bahawasanya hanya BN sahaja yang zalim di sini tapi aku melihat sebaliknya. Kamu juga atau aku juga mungkin sedang menzalimi diri sendiri.

Dalam kamu sibuk menyebarkan kezaliman orang, kenapa kamu tak lihat kezaliman terhadap diri kamu sendiri? Kamu bukanlah ahli politik untuk sibuk mengkaji kelemahan atau kelebihan parti lawan tetapi kamu ialah seorang mahasiswa yang masih sedang menuntut ilmu di menara gading. Bukan maksud aku untuk menghalang kamu mengetahui dunia luar tapi kecenderungan kamu telah mengabaikan pelajaran ijazah kamu yang hanya memakan masa paling lama pun 4 tahun sahaja. Kamu telah gagal untuk mengfokus sepenuhnya pada tesis dan pengajian kamu, menyebabkan ratio bilangan mahasiswa melayu yang mendapat anugerah dekan terlampau kecil berbanding mahasiswa bukan melayu.


zalimi
Dalam kamu sibuk menyebarkan kezaliman orang lain, kenapa kamu tak lihat kezaliman terhadap diri kamu sendiri? Kamu telah zalimi diri kerana gagal memenuhi masa dengan ilmu agama yang jauh lebih penting dari mengetahui kezaliman orang lain yang telah sedia kamu tahu. Kamu gagal menuntut ilmu fekah dengan sempurna, kamu gagal mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal. Kamu gagal kenal utusan-Nya Rasulullah s.a.w. dengan sebenar-benar kenal. Kamu hanya mengenal 'dia'sebagai musuh politik kamu yang nyata. Kamu telah zalimi diri sebab gagal mengenal Allah dan Rasulullah berserta semua sifat2nya.

Wahai para wanita, dalam kamu sibuk menyebarkan kezaliman orang lain, kenapa kamu tak lihat kezaliman terhadap diri kamu sendiri? Kamu gagal mengenal batas aurat kamu dengan yang bukan mahram. Betul apabila kamu berkata Islam menentang kezaliman, tapi jangan kamu lupa Islam juga menentang segala unsur yang menuju ke arah kemungkaran. Kamu gagal mengenal siapa yang halal dan siapa yang haram. Kamu gagal mengenal batasan perhubungan lelaki perempuan. Kamu juga telah zalimi diri sebab etika pakaian yang keterlaluan.


lelaki dajal
lelaki dajal
Wahai kaum lelaki, dalam kamu sibuk menyebarkan kezaliman orang lain, kenapa kamu tak lihat kezaliman terhadap diri kamu sendiri? Kamu gagal untuk menjadi pemimpin yang terbaik terhadap tanggungan kamu. Kenapa kamu takut menegur kesalahan isteri kamu? Kenapa kamu terlampau sayang untuk menegur kedegilan anak-anak kamu. Kenapa kamu gagal mendidik dan membimbing ahli keluarga kamu agar sentiasa berada di dalam syariat Islam yang sebenar-benarnya? Kamulah yang telah menzalimi diri kamu sendiri dan juga membiarkan ahli keluargamu yang lain menzalimi diri dengan mencampak diri pada seburuk-buruk tempat kembali. Kamulah yang lebih zalim, bukan orang lain.

Wahai saudaraku semua, kita adalah sebaik-baik ciptaan, kita adalah sebaik-baik makhluk dan setiap dari kita adalah pemimpin diri kita sendiri. Kita dimuliakan kerana Islam. Untungnya kita kerana kita adalah orang Islam yang beriman. Bimbinglah nafsumu mengikut jalan keredhaanNya. Penuhkanlah ilmu di dada, tingkatkanlah iman. Jangan jadi orang yang menyusahkan.

Jangan menzalimi diri kamu sendiri....

tazkirah
tazkirah