Sunday, 21 April 2013

Tulang Sulbi Manusia

tulang sulbi tulang ekor
tulang sulbi
Coccyx atau dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai tulang sulbi ini adalah satu bahagian tulang yang berada dalam tubuh manusia.

Tulang sulbi ini terletak pada bahagian terbawah dari tulang belakang. Oleh sebab itu ia juga dikenali sebagai tulang ekor.Tulang sulbi adalah tulang yang pertama sekali bagi manusia yang diciptakan diciptakan oleh Allah ketika proses penciptaan datuk moyang manusia yang sulung iaitu nabi Adam a.s.

Pada hari kiamat kelak, semua makhluk akan dimatikan termasuklah malaikat dan ketikan itu hanya Allah sahajalah yang maha hidup. Sewaktu hari kebangkitan nanti, Allah akan membangunkan semua manusia dari nabi Adam sehinggalah manusia terakhir yang lahir sebelum kiamat dengan dari asalnya melalui tulang sulbi masing-masing. Hebatnya lagi tulang sulbi ini tak akan hancur dimakan tanah dan termasuk dalam salah satu benda yang tidak akan musnah dengan izin Allah.

Tulang sulbi banyak disebutkan dalam hadis. Antaranya,

Dari Abu Hurairah Nabi SAW bersabda,
Sesungguhnya bahagian tubuh manusia akan rosak, kecuali “tulang sulbi”, dari tulang ini pertama kali manusia diciptakan, dan dari tulang ini manusia dibangunkan dari kematian di hari akhir
(HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah)

Dan

Dari Abu Hurairah Nabi SAW bersabda,
 Ada satu tulang yang tidak akan dimakan tanah. Mereka bertanya,”tulang apa ya Rasulullah?” Nabi menjawab” Tulang Sulbi”.
(HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah)


Fakta Sains

Fakta sains telah membuktikan bahawa hadis ini adalah benar berkaitan tulang sulbi.

Pada bulan Ramadhan 1423 bersamaan 2002 masihi di Yaman, seorang doktor yang terkenal iaitu Dr. Othman Al-Djilani dan syaikh Abdul Majid telah melakukan sebuah eksperimen terhadap tulang sulbi.
Mereka berdua memanggang tulang punggung berikut juga dengan tulang sulbi dengan gas selama 10 minit hingga sampai benar-benar terbakar (tulang-tulang berubah menjadi merah kemudian menghitam).

Kemudian mereka berdua meletakkan potongan-potongan yang telah terbakar itu pada kotak steril. Kemudian kotak steril itu mereka bawa ke makmal analisa terkenal di Sanaa, Yaman.

Nama makmal itu adalah Al Olaki Laboratory. Dr. Al Olaki merupakan seorang professor dalam bidang histologi dan pathologi di Sanaa University, di Yaman.

Ia menganalisa hasil potongan-potongan tulang tersebut dan menemui bahawa sel-sel pada jaringan tulang sulbi dapat bertahan terhadap pembakaran. Ternyata hanya sel-sel otot, sumsum, dan jaringan lemak saja yang terbakar. Sementara sel-sel tulang sulbi tidak berlaku apa-apa perubahan.

Percubaan yang diatas ini membuktikan bahwa, hadis itu benar. Tulang sulbi akan tetap ada. Tak dimakan tanah, tak hancur terbakar serta tahan pada kondisi apapun.

Luar biasa bukan? Itulah, hebatnya Allah. Jika kita gali ilmu-ilmu-Nya betapa kecilnya kita ini dihadapan Allah. Dunia saja ibarat butiran-butiran pasir. Bagaimana dengan kita yang lebih kecil daripada bumi?

Sungguh Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui.

Lebih 1,400 tahun yang silam Nabi SAW sudah bersabda tentang tulang sulbi ini.

Sudah terbukti!

Jadi, kenapa harus ragu lagi pada mukjizat Allah iaitu al-quran? :).

Semoga ilmu ini bermanfaat.



tulang tak hancur




sumber : facebook

Saturday, 13 April 2013

Ruginya Orang Ni.


ikhlas niat
Dr Aidh Abdullah Al-Qarni
Bismillah...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
" Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan pada kebaikan dan berpesan-pesan pada kesabaran."

al-asr..(103:1-3)

Kali ini aku bukan ingin menulis tentang tafsir ayat al-quran seperti tafsir Ibnu Kathir atau tafsir Fil Zilal tapi tujuan menulis terjemahan surah al-asr adalah untuk meng highlight tentang satu ayat dalam surah itu. Manusia sentiasa berada dalam kerugian. Yup, betul. Kita sentiasa berada dalam kerugian. Aku tengok, duk perhati rasa ruginya orang ni. Rugi kerana jahil ilmu dan rugi kerana sifat bermalas-malasan.

Hari ini ingin berkongsi tentang kerugian dari segi pahala yang biasa orang malas dan jahil lakukan. Rasa ingin menulis sebab biarlah tulisan ini dibaca dan dapat tersimpan agar aku juga tak lupa. Anak cucu pun boleh baca juga kan. Semoga Allah terima..

niat ikhlas
niat Ikhlas kerana Allah


Perkara pertama ialah berkaitan dengan Niat. Sekali lagi, bukan ingin mensyarahkan kitab hadis 40 karangan Imam Nawawi tapi ingin petik sedikit je dari syarah kitab tu. Seharian kita hidup dari bangun tidur sampai la tidur semula semua perkara yang kita buat akan dikira sebagai ibadah kalau betul-betul niat buat kerana Allah. Rewrite semula, kalau semua perkara yang kita buat dalam sehari-hari dari awal bangun tidur sampai la tidur semula, semuanya niat lakukan semata-mata kerana Allah barulah dikira ibadah. Niat lakukan semata-mata kerana Allah baru dikira ibadah dan dapat pahala. InsyaAllah.

Memang betul tujuan manusia hidup ni untuk beribadat kepada-Nya. Tapi apabila aku tengok orang kat sekeliling macam memperkecilkan skop ibadah je. Please, janganlah sempitkan skop ibadah tu hanya dengan solat, zikir, puasa, baca quran, pergi haji. Tolonglah.!!.

Rugi la kalau macam ni. Sebab apa rugi?.. Sebab kita solat bukannya 24 jam. Kalau hitung solat 5x sehari pun tak sampai 30 minit. Jadi tiada langsung kita tunaikan tanggungjawab kita untuk beribadah kepada-Nya. Banyak masa yang kita lalai dari ingat kat Dia. Rugilah macam ni kalau pahala hanya dapat masa sembahyang je. Lepas sembahyang tak dapat pahala.


Ok, so apa solusinya?. Straight to the point. Niatkan semua perkara yang kita buat itu adalah ibadah dan yang paling penting semuanya kerana Allah. Niat ikhlas kerana Allah semata-mata. Faham?..Semua perkara yang kita buat macam makan, minum, tidur, belajar, pergi shopping mall, bersembang, main game, and many more.

Aik.. Perkara makan, minum dan tidur kita biasa dengar. Kalau makan, minum dapat pahala atas sebab kalau tak makan nanti takda tenaga, jadi tak boleh nak solat dan sebagainya. Jangan gelojoh sangat sampai lupa baca doa and makan guna tangan kanan, niat ikut sunnah Rasulullah s.a.w. Sama macam tidur, baca doa and jangan malas berwuduk. Niat tidur juga kerana Allah baru dapat pahala free 8 jam. (untungnya kalau tahu agama) tapi macam mana bersembang, pergi shopping mall and main game boleh dapat pahala?.

Betul boleh, sebab kita tak biasa buat dan tak biasa dengar.

Cara nak bersembang dapat pahala, pertama niat kerana Allah Taala, baru setiap perkataan tu dapat pahala. Kalau tak berbuih kosong jela nampaknya. Yang kedua, bersembang untuk merapatkan silaturrahim. Kalau korang dah tak bersembang macam mana nak kenal dengan jiran sebelah bilik. Takda kawan baru la gayanya. Seterusnya, pastikan tiada unsur mengumpat dan memburukkan orang lain ya. Mungkin yang terakhir pastikan adab nak bersembang tu kena jaga, bukan bersembang dengan bukan mahram..

( muhrim dan mahram berbeza ye. Kalau tak percaya boleh rujuk kamus dewan edisi keempat)

Next, cara untuk main game dan pergi shopping mall dapat pahala. Niatkan main game tu kerana Allah dan niat untuk lepaskan tension study. Tapi jangan sampai bazir masa main game sampai 12 jam sehari, 84 jam seminggu. Tu dikira membazir tahap saudara syaitan. Pergi shopping mall dapat pahala ? Pertama dengan cara menutup aurat. Kedua, tidak melihat aurat orang lain. Ketiga, hati tidak lalai dari mengingati Allah. Bukan bermaksud kena lafaz zikir, tapi ingat Allah dengan cara tidak melakukan kemungkaran. Mungkin yang terakhir, tidak terlampau lama di shopping mall kerana ia tempat yang melalaikan.

Alhamdulillah, harap tu jela dulu untuk kali ni. Resolusi dari artikel ni, niat lakukan sesuatu tu kerana Allah semata-mata. Korang baca artikel ni pun niatkanlah kerana Allah Taala, untuk mendapatkan ilmu dan peringatan. Lakukan kerana Allah barulah setiap perkara yang kita buat dapat pahala dan dinilai di akhirat sebgai satu ibadah yg tidak sia-sia. Barulah kita akan digelar sebagai seorang Full Time Muslim.

p/s ; Melabur saham kat tandas pun 1 ibadah kalau kena caranya.




Full time Muslim
Hidup sebagai seorang Islam

Monday, 8 April 2013

Pasca Kursus Kahwin

kursus kahwin
jin memberi khutbah pada kaumnya


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah selesai sudah kursus pra perkahwinan. Dua hari berlangsung. Pada petang hari kedua juga semua peserta mendapat "lesen" yang diidamkan. Betul la, pengantin kat Malaysia ni ada 6 rukun nikah. Tak percaya??

ok,

  1. Suami
  2. Isteri
  3. Saksi
  4. Wali
  5. Ijab dan Kabul
  6. Sijil Kursus Kahwin..


Takda rukun yang ke-6 itu tak boleh kahwin orang Malaysia....hahaha  


Ok, sedikit cerita atas pengalaman dan pandangan mengikuti kursus pra akad nikah ni. Maaflah kalau penulis mempunyai pandangan yang sangat berbeza dengan peserta lain. Luaskan skop pandangan tuan puan ye.

Kali ini kursus kahwin diadakan di sebuah universiti dan pastinya kehadiran peserta hanya dari kalangan mahasiswa dan staf universiti. Peluang menghadiri kursus penulis sambar walaupun masih belum punyai permaisuri hati apatah lagi tarikh genap akad nikah, lagi lah jauh.
Tak kisah la, kalau esok ada yang ajak nikah boleh terus daftar kahwin berbanding korang yang tak pergi kursus lagi. hahaha.

Pandangan tentang Peserta

Penulis ingin memberi pandangan tentang peserta, penceramah dan modul kursus. Buat pembaca, terimalah pandangan penulis ini. Ok, pandangan pertama tentang peserta. Kehadiran peserta melebihi 300 orang dan al maklumlah lah kalau majlis ilmu pastinya yang paling majoriti ialah perempuan. Boleh bagi nisbah, 5:1..seorang lelaki untuk 5 perempuan. 

ada peluang kahwin 4.. haha

Inilah realiti bagi tempat bernama majlis ilmu dan IPT. Lelaki tenggelam dikerumuni perempuan.

Ok, penulis merasakan kehadiran yang ramai disebabkan oleh 1 faktor. Faktornya ialah yuran kursus yang murah. Kalau kursus dalam IPT ni biasanya yuran RM 45-50 je. Murahkan. Kalau yuran kat luar mahu cecah RM 80-RM100. Pergh. Mahal, sama harga untuk 2 orang. Ini lah merupakan faktor kenapa peserta lelaki boleh cecah 50 lebih. Kalau tak, confirm tak sampai 30 orang. Faktor nak kahwin tu tak termasuk la.

Pandangan tentang Penceramah

Ok, pandangan kedua pula khas untuk penceramah. Mula-mula, penulis ingin minta maaf dulu kalau ada yang terasa. Emmm, sebenarnya, semua slot tu menarik sebab ustaz-ustaz yang bagi ceramah ini pandai buat lawak. Rasa macam tengok gelanggang maharaja lawak mega. Semua gelak sakan sampai nak pecah perut. Kalau masuk maharaja lawak, insyaAllah boleh menang macam ni. Kalau tak percaya boleh test tengok.. link. 
Bahan lawak yang semua ustaz buat ni hampir semuanya perihal suami isteri, masalah komunikasi and sifat semulajadi lelaki dan perempuan. Banyak juga sebenarnya boleh belajar melalui lawak ni. Lawak perli memerli..hahaha..

Ok, kembali kepada landasan seterusnya. Emmm, dalam gelak ketawa menjamah jamuan lawak ustaz-ustaz ni, terdetik sedikit dalam hati penulis merasa sedikit kerugian. Bukan sebab penceramah tak kelakar tapi sebab penceramah terlampau banyak buat lawak. Mmmmm..

Maaf, penulis tahu, penceramah yang dijemput ialah memang ustaz-ustaz yang berpengalaman dalam bab institusi perkahwinan. Ada yang sudah berkhidmat 5-10 tahun. Ada yang pakar tentang hubungan komunikasi suami isteri tapi apa yang penulis sedikit terluah ialah penceramah banyak mengisahkan sketsa lawak suami isteri, ada juga sampai tak sempat nak habiskan slide modul.

Penulis juga rasa sedikit kerugian dari segi ilmu kerana dalam tempoh kursus pendek 2 hari ini perkongsian  ilmu dari ustaz-ustaz yang berpengalaman tidak dapat digunakan dengan optimum. Bukan soal penyampaian tapi pada kualiti bahan penyampaian. Kita mengetahui kursus kahwin adalah kursus yang wajib bagi semua bakal pengantin di Malaysia termasuklah bukan warganegara. Ini bermakna hampir semua orang Islam akan terpaksa memasang telinga samada dengan rela hati atau tidak rela datang ke kursus ini. Semuanya perlu mendengar.

Ada satu slot berkenaan dengan Aqidah dan Ibadah dalam Islam, penceramah hanya menyentuh sedikit sahaja bab akidah dan selebihnya terus masuk pada kisah rumah tangga yang pasti lawak bila mendengarnya. Penulis rasa setiap ustaz bagi slot ini harus menerangkan tentang akidah ahli sunnah wal jamaah dengan sebaiknya dan menyampaikan tentang akidah yang salah seperti wahabi, syiah, ajaran sesat dan pelbagai lagi.

Penulis yakin masih ramai orang Islam yang nipis akhlaknya jikalau tidak, kenapa masih lagi ada orang yang memohon murtad dan mengabaikan tuntutan kefardhuan solat? Maaf, ini melibatkan aqidah kita sebagai seorang Islam. Sekiranya tersalah pegangan aqidah, tiada tempat lain melainkan hanya neraka tempatnya. Nauzubillah..


Itulah satu kerugian yang penulis rasa pihak bertanggungjawab dapat ubah kerana inilah antara salah satu waktu untuk terangkan tentang agama Islam sebaiknya. Ada yang mengatakan kalau penceramah bosan pasti peserta tidur. Bagi penulis, ini adalah perkara kecil jika dibandingkan dengan bab pegangan aqidah seseorang.

Pandangan tentang Modul

Ok, seterusnya penulis ingin pula memberi sedikit pandangan tentang modul pula. Modul pengurusan kesihatan, slot terakhir. Emm.. Pertamanya, terima kasih diucapkan kepada penceramah bagi slot ini kerana berjaya menyampaikan ilmu berkaitan kesihatan dengan sebaiknya. Contohnya tentang penjagaan kesihatan "senjata" masing-masing dan kesihatan bayi.
Banyak input yang penulis dapat, insyaAllah boleh praktik untuk dapatkan anak yang sihat..hahaha.

Ok, sambung kembali pada cerita. Apa yang mungkin penulis berbeza pandangan ialah ada juga terselit sedikit gambar-gambar "senjata" lelaki dan perempuan. Erk. Yup, memang betul dan itulah perkara yang berlaku.

Ada pendapat ulama yang mengatakan boleh melihat dengan tujuan belajar tapi penulis rasa ada gambar yang terlampau censor tempatnya. Contoh, video melahirkan anak dan gambar bagaimana memakai sarung pada senjata lelaki. Emmm. Perihal video tu mungkin ada kebaikannya, sekurang-kurangnya kita tahu bagaimana perit mak lahirkan kita. So, jangan jadi anak derhaka. Apa yang mungkin boleh edit sikit tentang video ni ialah harap penceramah boleh censor kan waktu sebelum bayi nak keluar. Bukan apa, peserta lain kata jelas tengok senjata wanita tu. Erkk. So, takda beza la dengan tengok video lucah. Mungkin boleh percepatkan video dengan hanya tunjukkan apabila bayi dah keluar sikit kot.

Pandangan tentang gambar pula, penulis rasa gambar tentang cara pemakaian sarung tu tak perlu tunjuk menggunakan senjata betul. Cukuplah sekadar senjata palsu. Realitinya itulah yang terjadi dan reaksi peserta perempuan terasa loya tekak dan geli tengok senjata betul. Erkk............




buku kursus kahwin JAIS
ini buku yang semua dapat


Begitulah sedikit sebanyak lontaran idea dan pandangan penulis tentang kursus kahwin yang dilalui. Minta maaf sekali lagi atas lontaran pandangan penulis yang fakir ini. Kita memang berbeza pendapat kan..

Di atas adalah gambar buku yang dibekalkan oleh JAKIM. Alhamdulillah, kandungan yang ringkas dan mudah faham. Tapi sedikit bermain di fikiran agak-agak berapa ramai yang baca buku ini.?